Recent Articles

Perkhidmatan diberhentikan.

Semenjak semalam kecoh dalam ‘whatsapp’ berkenaan perkhidmatan khemah oleh surau telah diberhentikan pekhidmatannya. Ironinya hanya pihak yang dibatalkan perkhidmatan saja yang banyak bersuara, tetapi pihak yang membatalkan hanya diam tanpa bicara. Cuma pihak pendamai yang terkadang bersuara untuk meredakan perbincangan ketegangan. Perihal perkhidmatan khemah di surau ini bukanlah isu baru, bahkan ia isu yang tidak […]

Mbak hidup berpandukan apa?

“Saya bertemu dengan seorang makcik. Beliau tanya saya boleh atau tidak membaca al-Quran. Saya menjawab tidak. Makcik tersebut membalas, ‘Loh, setiap hari tidak baca Quran. Macam mana ibu hidup seharian? Berpandukan apa?” Inilah yang dikongsikan oleh seorang puan yang hadir ke bumi Mekah dan bertemu dengan seorang makcik dari Indonesia. Saya senyum mendengar kisah itu. […]

Mak tak mahu bedah

‘Mak tak mahu bedah. Tengok arwah makcik, dulu dah bedah, bukan makin baik, tapi makin teruk. Sampai dia meninggal dunia. Lepas tu tiap-tiap minggu kena pergi hospital’, tegas mak yang memang tak mahu dibedah kerana masalah paru-paru berair dan buah pinggang. Kata-kata mak itu memang masuk akal. Teringat pada arwah makcik dan beberapa saudara mara […]

GET dalam perundingan

Greg Neal, seorang jurujual cemerlang bertaraf antarabangsa mengkategorikan gejala angkuh kepada tiga elemen yang digelar GET (lihat jadual). Elemen Penerangan G G adalah GAIN, iaitu dapatan peribadi saya, perkara yang saya kecapi, dan perkara yang saya akan perolehi.   E E adalah EMOSI, iaitu perasaan saya, rasa tidak selamat, ketakutan saya, dan identiti saya.   […]

Hubris merencatkan perundingan

Ali merupakan CEO di sebuah syarikat KLM semenjak 9 tahun yang lepas. Ahli lembaga pengarah bercadang menggantikan tempat Ali dengan Yazid. Ketika Yazid membentangkan perancangannya untuk syarikat bagi tempoh 5 tahun akan datang, Ali memandang sinis perancangan tersebut dan merasakan Yazid tidak akan mampu melaksanakan tugasan sebaik dirinya. Hubris merupakan sikap keangkuhan atau kesombongan yang […]

50 tahun lagi

Saya memang dah lemah sekarang ini dan rasanya kalau tidak diluluskan rancangan kali ini, saya akan meletakkan jawatan, ujar seorang Pengarah di sebuah organisasi. Suatu pagi, kami bertadabbur surah Yasin dari ayat 1 hingga ayat 30. Antara intipati perbincangan berdasarkan tadabbur surah ini adalah kesungguhan seorang pemuda dari hujung kampung yang sanggup sehingga bergadai nyawa […]

Cara mudah ‘parking’ kereta dalam keadaan sesak

“Alamak, tempat letak kereta dah penuh, macam mana nak ‘parking’?” Ariffin menyatakan kepada Aiman dalam keadaan gelisah. Tempat letak kereta di Alamanda Putrajaya sememangnya selalu penuh pada hari-hari cuti. “Tak mengapa, kita mesti yakin ada lagi tempat kosong. Mesti ada, percayalah,” balas Aiman. “Ya,kita mesti yakin ada tempat kosong lagi ni. Kau masih ingat lagi […]

60 000 kali berfikir

Setiap hari manusia berfikir puratanya 60 000 kali sehari. Dari angka tersebut, 80 peratus daripada pemikiran tersebut di arah kepada perkara negatif dan hanya 20 peratus terarah kepada perkara positif. Ini bermakna sekitar 48 000 kali manusia berfikir ke arah negatif dan selebihnya 12 000 kali berfikir perkara positif.   Kau tahu si Rahman tu […]

Perjanjian dalam prestasi menang-menang

“Pelajar sekalian, berikut adalah perkara yang hendak kita capai. Ini adalah keperluan asas bagi gred A, B dan C. Matlamat saya adalah membantu kamu semua supaya mendapat gred A. Sekarang kamu fikirkan dengan teliti, dan cuba fahamkan tentang apa yang kita bincangkan tadi. Kemudian kamu tentukan sendiri apakah matlamat unik yang hendak kamu capai. Selepas […]

Berani dan bertimbang rasa perlu seimbang

Nama saja sekolah agama, tapi macam sekolah sekular. Getus seorang ayah yang sudah beberapa bulan tidak membayar yuran pengajian anaknya. Luahan hati  Seorang pengetua meluahkan kegusaran beliau pada saya. Apa perlu buat Ustaz? Adakah patut diambil tindakan atau berdiam sahaja? Sudah beberapa bulan tak bayar yuran. Tapi bila kita ambil tindakan, dilemparkan pelbagai tohmahan. Sekat […]