Melabur dalam ilmu untuk mengelakkan pembaziran

Saya selesai membaca The Lean Startup oleh Eric Ries. Beliau anak murid Steve Blank dari Stanford University yang mempopularkan idea Business Model dan ditulis oleh Alex dan Yves dalam bukunya Business Model Generation.

Kaedah The Lean Startup mementingkan kita berjimat dan tidak membazir ketika melancarkan produk baru. Berjimat itu tidak sampai kita kedekut. Tidak membazir itu berasaskan kepada pelaburan akan mendatangkan hasil kepada kita dalam jangka masa yang dirancang.

Bekerja beberapa tahun sebelum 2006, saya rasakan semua itu enteng. Ketika memulakan bisnes sendiri pada 2006, saya merasai perkara ini. Saya perlu jimat tetapi dalam masa yang sama saya tidak boleh kedekut untuk melabur. Melabur dalam apa yang baik ? Melabur dalam ilmu. Mencari ilmu tentang apa yang kita akan laksanakan. Kalau ingin menjadi usahawan, melabur dalam mengetahui ilmu amat penting.

Cuma waktu itu saya tidak berbuat demikian. Saya rasakan bahawa pengalaman beberapa tahun bekerja di pusat latihan dan terlibat dengan lebih 5000 orang peserta sudah berpada. Saya akui ia berpada kalau saya hanya fokus pada bahagian latihan untuk remaja. Namun jika saya meluaskan latihan saya kepada dewasa , ilmu itu perlu dipelajari lagi. Apatah lagi apabila menceburi dunia bisnes, saya perlu mengetahui ilmu pemasaran, pengurusan, perancangan strategik dan banyak lagi.

Semenjak 2006, saya terlibat juga dalam dunia bisnes lain seperti jualan produk seperti laptop, beg tangan dan alat elektronik. Pada masa lain, saya terlibat dengan perniagaan buku.Saya terlibat dengan dunia IT dengan pembinaan web dan latihan online. Saya terlibat juga dengan dunia NGO untuk fundraising di US. Semua itu melibatkan kewangan secara langsung. Usahawan.

Ada yang untung.Banyak juga yang rugi. Bukan seribu atau dua ribu. Lebih dari itu. Bila saya berfikir-fikir kembali, saya tidak tahu ingin belajar dari siapa. Kalau saya mencari ahli bisnes lain, mereka ada urusan mereka. Malah ketika saya di US, saya sukar untuk bertemu ahli bisnes di Malaysia. Apa pun alasan, saya tetap tidak mendapat ilmu untuk memulakan bisnes dan memperkenalkan produk baru. Saya tersungkur beberapa kali. Ada niat besar untuk menolong orang lain, namun terseungkur itu menyebabkan saya sedar. Saya sedar pentingnya ilmu untuk tidak tersungkur lagi dan mampu menolong orang lebih produktif lagi.

The Lean Startup yang saya baca menjelaskan apa yang sudah berlaku. Saya akan kongsikan dengan seberapa ramai yang mungkin agar apa-apa sahaja yang baru yang ingin kita bina, kita bina dengan asas ‘lean’. Bukan sahaja bisnes. Hatta kalau ingin melancarkan produk latihan, ingin menaikkan sekolah, ingin membina keluarga (bagi pasangan bakal atau baru berkahwin), ingin membina kepimpinan dalam organisasi atau ketika kerja dakwah, kaedah ‘lean’ amat penting. Ia memerlukan ilmu. Ia mengelakkan pembaziran.

Artikel asal di http://usahawanaplus.blogspot.com/2012/09/melabur-dalam-ilmu-untuk-mengelakkan.html

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Apa ‘exit plan’ anda?

"Kalau saya tidak sihat, siapa yang akan mencari rezeki ?" kata Ali. "Kalau tuan tidak beli insuran dan ada ahli

Close