Amat lama tidak perhati legasi

Salah satu amalan saya laksanakan setiap minggu atau paling kurang setiap 2 minggu atau bulan ialah memerhari kepada garis masa legasi saya. Ini dilaksanakan sejak 2012.

Terkejutnya saya apabila memerhati kepada timeline saya yang terkini, saya perhatikannya paling akhir Nov 2018! Hari ini sudah Jun 2019!

Malah untuk 2019, tiada perancangan dibuat! BYL tahun ini memang tiada dilangsungkan sama sekali sehingga Jun 2019. Pelbagai cabaran yang melanda untuk program utama (signature training) di Akademi Sinergi.

Apa kesannya? Hidup seperti autopilot. Memang banyak perancangan dibuat tetapi ia tidak direkod dengan baik. Cuma satu perkara yang menarik berlaku tahun ini ialah Ramadhan yang lebih produktif.

Adakah kerana saya sudah biasa dengan World #QuranHour, projek di Akademi Sinergi yang sudah makin bertambah, rutin harian yang makin sibuk atau apakah yang menyebabkan timeline ini tidak disemak?

Yang pasti, tahun 2019 ini, saya tidak menguruskan Akademi Sinergi seintensif sebelum ini. Ia diuruskan oleh COO atau Ketua Pegawai Operasi Akademi Sinergi.

Tiada timeline, apa sahaja boleh berlaku tanpa kawalan

Dalam al-Quran Allah menyatakan sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali melaksanakan 4 perkara: iman, amal,soleh, nasihat dengan kebenaran serta kesabaran. Allah bersumpah dengan masa kerana masa ini akan menyebabkan kita boleh travel ke mana sahaja. Masa ini perlu diperah dan dirancang agar hasil ‘perahannya’ itu adalah amat ikhlas atau bersih untuk menuju Allah. Sudah tentu bagi seorang yang dikurniakan potensi besar perlu jaga potensi ini untuk menghasilkan hasil berbeza dengan mereka yang diberi potensi berbeza.

Tanpa timeline yang benar-benar proper pada 2019, Alhamdulillah banyak perkara dapat dilaksanakan. Apa jadi kalau timeline lebih teratur? Kita akan menjadi lebih teratur dan lebih banyak perkara dapat dilaksanakan Insha-allah.

Timeline sahajakah?

Timeline perlu disekalikan dengan human capital iaitu manusia itu sendiri. Keberkatan ada pada syura. Jikapun tiada timeline bertulis pada zaman dulu, namun setiap individu yang saling mengingati tentang apa yang perlu diselesaikan itu amat penting untuk menyemak garis masa dan apa projek yang perlu dilaksanakan. Masa terpenting yang perlu dijaga ialah masa solat dan masa ibadah khusus yang diberikan.

Makin menuju lebih tinggi dalam rukun Islam, garis masa perlu disemak dengan baik. Zakat dan haji perlu dirancang dengan baik. Makin dirancang, ia ada elemen duit. Bayar roadtax serta yuran sekolah memerlukan perancangan garis masa. Jika yuran untuk anak sekolah 4 orang menelan belanja RM 2800 sebulan atau yuran awal tahun menelang hampir RM 8000, adakah boleh mengharapkan gaji yang sedia ada sahaja? Bahaya sudah hampir tetapi belum di depan mata. Tidak mahu buat apa-apa? Itu bukan tawakal yang sebenar. Hanya harapkan rezeki tanpa menjadi golongan yang ‘man yashak’ – yang dikehendaki oleh Allah dengan merebut peluang rezeki yang ada sebagai respon kepada keperluan yang hadir.

Keperluan itu boleh sahaja dalam bentuk yang tinggi kerana kita memilih sekolah swasta, duduk di KL dan membeli 2 kereta. Atau boleh sahaja sekolah kerajaan, duduk di kampung atau tidak perlu pakai kereta. itu adalah pilihan kita untuk membina legasi berteraskan wahyu menuju Allah.

Merancang itu amat perlu.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

Surah al-Hasry 59:18

3 soalan yang boleh ditanyakan untuk mengambil peringatan daripada ayat di atas:

  1. Bila paling akhir saya semak perancangan diri dan keluarga?
  2. Apakah cabaran terdekat dan jauh yang akan dihadapi ke depan?
  3. Adakah saya mengulang benda yang sama atau berbeza untuk membawa diri saya dan keluarga berjaya sampai ke syurga?

Masa untuk kembali aktif memerhati legasi, kerana ia adalah garis hidup kita

Timeline legasi bukanlah sekadar cakap perkara bombastik untuk nampak gah. Ia hanyalah muhasabah kehidupan – apa yang sudah dicapai dan apa perlu dibuat untuk menuju ke syurga Allah. Ada yang meracang sambil tulis, ada yang rancang begitu-begitu sahaja. Tidak mahukah pergi bercuti membawa ahli keluarga? Perlu rancang.

Tidak mahukah pergi bercuti ke syurga sekeluarga? Malah perlu rancang. Jangan sesawangkan garis masa legasi ini lagi.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
‘Extreme’ akan membantu kita lihat situasi sebenar

Dalam satu syarikat di US yang menghasilkan plaster untuk luka, mereka sudah hilang punca untuk membaiki kualiti produk mereka. Seorang

Close