Berapa lama tak makan?

624x600eatknifeandforkDi Asia, Afrika dan Amerika Latin, lebih 500 juta insan berada pada paras ‘kemiskinan mutlak’ menurut World Bank. Lebih 15 juta kanak-kanak mati kelaparan setiap tahun. Pada harga satu peluru berpandu, sebuah sekolah dengan kanak-kanak kelaparan mampu makan tengahari selama 5 tahun. Menurut World Health Organization, 1/3 dunia cukup makan, 1/3 tidak cukup makan dan 1/2 kebuluran. Inilah maklumat dari ThinkQuest.Org . Jika anda mampu membaca artikel ini, maksudnya anda ialah individu yang kemungkinan besar 1/3 pertama – cukup makan. Kecualilah kalau anda sanggup membayar menggunakan internet dan sanggup lapar atau kebuluran.

Inilah realiti dunia ini. Ramai yang lapar secara fizikal. Namun wujudkah statistik individu yang lapar rohani atau spiritual? Kalau diikutkan hadith Nabi tentang pecahan umat manusia – yang diriwayatkan Imam Turmudzi, Abu Dawud dan Ibn Majah- golongan Yahudi akan berpecah kepada 71 golongan. Golongan Nasrani akan berpecah kepada 72 manakala orang Islam berpecah kepada 73 golongan. Imam Ibn Qoiyim membahaskan individu yang tidak selamat – 72 dari 73 golongan di kalangan orang Islam ini ialah kerana masalah pokok, bukan cabang – sebagaimana tertulis dalam buku khas berbincang perkara ini iati Talbis Iblis. Ia berkaitan dengan akidah.

Namun apa kata Syeikh Muhammad Muhyiddin Abdul-Hamid, seorang ulama’ yang banyak men-tahqiq karya-karya unggul dalam ilmu kalam seperti karya Imam al-Asy’ari, al-Baghdadi dan lain-lain? Katanya: kesulitan untuk memperoleh hitungan yang valid terhadap pecahan-pecahan baru, seperti Ahmadiyah dan lain-lain.

Di Manakah Kita?

Di manakah kita? Itu memerlukan ilmu untuk dikaji dan didalami. Namun sebagaimana yang dibahaskan oleh Imam Ghazali, Ibn Taimiyah, Ibn Qoiyim dan banyak lagi ulama tersohor, bahawa cabaran setiap individu untuk bertemu Allah ialah untuk membawa hati yang sejahtera atau saleem.

2009-05-11_184521

26: 88. “Hari Yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
89. “Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

Siapakah antara contoh individu yang mempunyai hati yang saleem? Sudah tentu Nabi Muhammad. Tetapi Allah juga menyatakan individu lain secara spesifik. Nabi Ibrahim.

2009-05-11_184920

37:80. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan amal-amal Yang baik.
81. Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami Yang beriman.
82. kemudian Kami tenggelamkan golongan Yang lain (yang mendustakannya).
83. dan Sesungguhnya di antara orang-orang Yang menegakkan (ajaran Yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.
84. ketika ia mematuhi perintah Tuhannya Dengan hati Yang suci murni.

Menurut ar-Raghib al-Asfahani, perkataan asy-syiya’ bermaksud kayu kecil yang digunakan untuk membakar kayu yang besar sehingga terkobar dan tersebar apinya. Sesuatu yang tersebar akan menguatkan. Dalam ayat di atas, Nabi Ibrahim ialah syi’ah kepada Nabi Nuh kerana Nabi Ibrahim bersifat sesuatu yang menguatkan Nabi Nuh kerana menjadi pengikut dan penerus ajaran Tauhid yang dibawa. Jika kita ingin mendapatkan hati yang sejahtera atau saleem, sudah tentu kita perlu menjadi seorang yang menguatkan pembawa ajaran Tauhid – Nabi Muhammad – yang juga menyampaikan ajaran sama dengan Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim.

Hati yang sejahtera dan hidup

Jamaludin Zarabozo menulis dalam bukunya Purification of the Soul berkaitan hal ini, di samping melaksanakan training berkaitan topik yang sama. Jika UNICEF menyatakan setiap 3.6 saat ada yang mati kelaparan secara fizikal, kelaparan atau kebuluruhan hingga mati hati ini diungkapkan oleh Allah dalam firmanNya:

2009-05-11_190524

2:6. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

Ibn Qoiyim memberi komentar tentang ciri hati yang hidup dalam Surah al-Baqarah ayat 1-6, hati yang mati pada ayat 6-7 manakala hati yang sakit pada ayat 8-16. Individu yang tidak berubah serta tidakmahu beriman apa-apa sahaja dalil yang dibawa kepadanya adalah ciri hati yang mati.

Paradoks Keperluan Manusia

Jika diperhati kepada keperluan dan jadual kehidupan setiap insan,  perkara berikut dapat disimpulkan berhubung deria fizikal , otak dan hati (qalb). Sebagai contoh, mata.

  1. Ketika kita sedar dan bangun, kita akan menggunakan mata fizikal.
  2. Berapa lama kita gunakan? Kalau kita tidur 8 jam sehari, kita gunakan mata hanya 16 jam. Itupun kalau kita guna sepanjang masa itu.
  3. Mata tidak berfungsi kecuali ada info dari otak. Jika kita gunakan mata, maka bahagian dalam otak untuk rangsangan mata akan bertindak.
  4. Otak berfungsi setiap masa? Ketika tidur, ‘fail’ dalam otak disusun dan pertumbuhan neuron dalam otak berlaku. Namun secara spesifik untuk fungsi mata, tidak sehebat ketika berjaga.
  5. Hati atau qalb ? Lantaran tidak banyak kajian Barat untuk hati spiritual, tidak banyak ia disedari dan ditekankan. Namun punca utama kebaikan atau buruknya sesuatu individu adalah berasaskan kepada qalb. Ini berdasarkan hadith:“Sesungguhnya pada jasad manusia ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah jasad keseluruhan. Jika buruk, maka buruklah jasad keseluruhan. Itulah hati (qalb)”

    Yang menariknya hadith ini menggunakan istilah jasada kulluhu dalam sumber asal (matan). Ia boleh dilihat dengan perspektif fizikal dan spiritual. Kalau pun dipandang dari segi fizikal, individu yang sakit jantung (qalb fizikal) memang mengalami masalah fizikal. Namun yang disyarahkan oleh ulama lebih kepada aspek spiritual kerana Nabi diutus ialah untuk menjadi pesuruh Allah membawa sumber hidayah.
  6. Jadi berapa lama diperlukan fungsi qalb? Qalb malah berkerja lebih keras dari otak dan mata. Ketika mata pejam dan otak tidak ‘berfungsi untuk mata’, si qalb tetap terus berperanan untuk melaksanakan semua peranan fizikal dan spiritual.  Qalb dulu yang lahir berbanding otak dan mata ketika peringkat awal kejadian manusia. Tanpa qalb yang sejahtera, etika ‘otak’ tidak dapat diluruskan dalam berfikir dan membuat penilaian baik buruk sesuatu.

Malah menurut Jeanette Hablullah dalam bukunya The Magnificient Organ, otak dan jantung (qalb) ini saling terkait rapat. Malah ada neuron juga di qalb!

Jika sudah jelas tentang peri pentingnya qalb yang berfungsi sepanjang masa, sudah tentu masa untuk membaja serta melonjakkan fungsi qalb ini diberi keutamaan. Namun apa yang berlaku ? Ramai meletakkannya kelas ketiga atau tiada kelas lagi dalam perjalanan menuju daerah abadi. Ini pelik. Ini paradoks.

busyJadual hidup penuh dengan merenung qalb orang lain atau sendiri?

Ketika kita bercakap dengan kawan, qalb kita di-adjust untuk memahami ‘orang itu’.
Ketika kita berchat atau makan bersama kawan, qalb kita berinteraksi dengan qalb orang lain.
Ketika kita meeting atau memimpin sesuatu persatuan atau kerja, qalb kita sedang berinteraksi dengan qalb orang lain.

Hidup kita banyak berinteraksi dengan ‘perkara atau orang lain’.

Bilakah qalb kita berinteraksi Doktor Ash-Shaafee dan Ar-Razzaq yang memberi kesembuhan dan memberi makanan secara mutlak? Ketika kita sendirian, zikir dan fikir kepada Allah. Bukan zikir kepada duit, CGPA, bonus atau pangkat serta jadual yang bertimbun kerjanya. Antara punca resah dan stres dalam kehidupan ini disebabkan zikir manusia ialah kepada keperluan fizikal, intelek dan emosi. Bukannya zikir kepada Allah.

Malah ketika kita duduk sendirian, ada dua option yang berlaku: kita berinteraksi dengan ‘orang lain’ atau Pencipta kita. Bagaimana? Katakan kita duduk di sofa keseorangan. Mungkin kita sedang merancang jumpa seseorang, merancang dapatkan duit, rancang itu dan ini. Itu maksudnya kita berinteraksi dengan ‘orang lain’.

Namun kalau kita berinteraksi dengan Allah, kita perhatikan amalan kita, status kita di sisiNya, zikir dan fikir.

Pentingnya menjaga qalb dan jumlah masa untuknya

Sehebat manapun seseorang itu, amat sukar untuk ‘berinteraksi dengan orang lain’ dan dalam masa yang sama ‘berinteraksi dengan Allah secara 100%’. Samakah kualiti kita mengingat Allah ketika berborak dengan kawan, buat pelbagai kerja dan kesibukan ?

Lantaran itu, contoh terbaik ialah Nabi Muhammad. Baginda berdakwah, namun di malam hari meluangkan masa untuk berinteraksi dengan Allah. Itulah masa untuk menguatkan qalb. Waktu untuk membaca al-Quran, mendalami ilmu, mendengar ceramah dan pelbagai amalan boleh dilaksanakan untuk menguatkan qalb. Kalau qalb ini boleh direcharge sambil berborak dengan kawan, sudah tentu Rasululullah akan berdakwah siang malam setiap minit. Namun itu tidak berlaku.

Ini menjadi pedoman untuk kita di zaman belajar dan bekerja. Memang sibuk dan banyak perkara yang ingin dilaksanakan. Ketika ada kelas, sibuk dengan studi. Namun perlu ada masa untuk spiritual. Ketika cuti, ramai memilih untuk keluar bercuti dan bersuka dengan kawan – kerana ada alasan untuk merapatkan tali persahabatan. Namun itu semua adalah aspek ‘berinteraksi dengan orang luar’. Jika kita serius untuk menguatkan qalb untuk mantap dan mapan menghadapi cabaran mendatang, perlu ada masa kita yang diluangkan masa dengan amalan fikir dan zikir. Barulah kita mampu menjadi ‘seorang atau sesuatu yang menguatkan’ sebagaimana Nabi Ibrahim menjadi orang kuat kepada Nabi Nuh. Barulah qalb atau jiwa tidak lapar daripada makanan yang diperlukan.

Sudahkah kenyang rohani anda setiap hari? Pastikan ia tidak berada pada status ini: tidak cukup makan (under-fed), tidak cukup nutrisi (malnourished) atau kebuluran (starving ).

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Twitter Weekly Updates for 2009-05-10

@adinawza so much ..contribute intellectually, emotionally, spiritually or physically .. in reply to adinawza # @annkays masri arabi masha-allah in

Close