Antara menerima dan memberi

Ramadhan hampir tiba. Bulan memberi – hingga dikatakan Nabi seperti hembusan angin. Menyejukkan dan mengena kepada sesiapa sahaja atas pemberian beliau. Nabi memberi.

Hakikatnya dalam hidup, menerima dan memberi ini satu perkara yang sering bertelingkah. Patutkah saya berfikir untuk menerima dan mendapat wang? Atau saya perlu merancang untuk memberi dan memberi?

Ia akan mengelirukan. Ada yang ingin menjadi jutawan agar satu hari nanti dapat memberi. Ada yang ingin terus memberi sekarang kerana tidak pasti nanti jadi jutawan atau akan kekal dengan gaji sekarang. Katanya semua sudah ditentukan oleh qadha’ qadar (walaupun tidak tepat kefahamannya)

Kalau mula dengan menerima

Jika hidup diatur untuk menerima dan menerima, ia akan tidak akan kecukupan. Dapat sebuah gunung emas, ingin dikejar yang seterusnya. Ia tidak akan habis. Ia akan tetap dicari sehingga saat akhir kehidupan.

Kalau mula dengan memberi

Kalau hidup dirancang ke arah memberi, insha-alah proses menerima itu adalah salah satu komponen sebelum memberi. Malah dari semasa ke semasa akan cuba memberi apa yang ada seluruh atau sebahagiannya.

Ada kepayahan dalam usaha untuk memberi. Namun janji Tuhan akan ditambahnya samada di dunia atau di akhirat.

Itu janjinya. Yang memberi tidak akan pernah miskin. Namun kalau timbul rasa tidak mahu memberi, pada waktu itu akan mula ‘rasa miskin’.

Adakah bermain bahasa sahaja?

Adakah memberi itu untuk ‘berani miskin’? Berani miskin  = kaya ?

Fokus memberi ialah kerana Allah. Apabila taqwa menjadi asas kehidupan, akan ada jalan keluarnya. PASTI.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Seekor salmon & ujian

Amat besar pengajaran dengan menghayati kehidupan seekor salmon. Saya suka membeli ikan salmon di US dahulu. Nampak cantik isinya. Namun

Close