Antara I dan E

Sejak kebelakangan ini, saya banyak berkongsi dengan peserta kepentingan Teknik I vs E. Dalam program baru-baru ini, seorang peserta India beragama Hindu berinteraksi dengan saya. “Saya tidak setuju dengan Encik Fazrul. Intelek lebih penting dari emosi. Kalau saya membuat keputusan, saya gunakan intelek atau minda saya. Bukan emosi saya. ”

Beliau menyambung, ” kalau guna emosi, sudah tentu akan ada masalah.”

Saya senyum. Saya angguk.

Hampir 30 minit kami berborak. Seorang peserta lain berbangsa Melayu dan beragama Islam  duduk di sebelah beliau. Wanita Melayu ini duduk diam.

“Encik Fazrul cuba untuk meletakkan emosi lebih penting dari intelek kan?” Beliau bertubi-tubi bertanya. Saya diam.

“Kalau begini, saya tidak setuju. Kalau di pejabat, saya selesaikan masalah dengan intelek. Saya fikir. Bukan dengan emosi.”

Saya mula membuka mulut.

“Jadi ketika selesaikan masalah, berfikir amat penting?”

Beliau angguk.

“Ada apa-apa peristiwa dalam hidup cik berkaitan masalah yang diselesaikan dengan berfikir sahaja ?”

“Saya ada bos. Beliau memang tak pandai ambil hari staf lain. Orang Melayu. Dia selalu marah saya. Sekarang saya malas bertegur dengan dia. Saya buat profesional. Saya tanya beliau kalau ada urusan penting sahaja. Kemudian saya buat tidak tahu tentang dia. Kalau saya guna emosi, saya sudah kecewa. Jadi saya fokus pada kerja saya sahaja.”

“Apa perasaan ketika fokus tersebut ?” saya bertanya.

“Tidak selesa, tetapi nak buat macam mana. Dia bos. Boss is always right, right ?

Saya senyum.

“Baik, kalau begitu tidak selesa itu emosi atau pemikiran?”

“Emosi,” beliau menjawab.

“Jadi ketika menyelesaikan masalah itu, hanya fikir sahaja atau melibatkan emosi ?”

“Berfikir,” beliau masih menegaskan peranan berfikir.

“Yang tidak selesa, yang fokus itu apa ?”

“Itu bukan bawah intelek ke Encik Fazrul ? Bukankah emosi itu melibatkan marah, gembira, sedih sahaja?” Tanya beliau.

Saya membuka lembaran berkaitan domain EQ. Ada lima. 3 di bahagian intrapersonal dan 2 di bahagian interpersonal.

“Emosi yang biasanya kita faham ialah marah, gembira, sedih dan beberapa perasaan lain. Namun kita sekarang berbincang IQ dan EQ. EQ ada 5 atau 4 domain,”saya mula menjelaskan.

“Bagi intrapersonal, kita perlu sedar tentang potensi diri, tahu bagaimana mengawal dan memotivasikan diri.”

“Fokus itu juga salah satu elemen dalam mengawal diri pada EQ. Jadi fokus atau rasa tidak selesa berada di bawah EQ, bukan IQ.”

Kami berjalan ke dewan makan. Saya tidak pasti beliau faham atau tidak.

Nota kecil

Hari kedua saya teruskan program. Pada awal pagi, saya berkongsi tentang istilah yang senang difahami tentang I dan E.

I melibatkan berfikir, berfakta atau menganalisis.

E melibatkan kemahiran intrapersonal dan interpersonal. Jaga hati sendiri. Jaga hati orang lain. Akhlak.

Program petang itu habis dengan jaya. Di hujung-hujung itu, saya menerima satu nota kecil dari beliau.

Beliau menyatakan “terima kasih kerana berkongsi ilmu. Biarpun pada hari pertama saya tidak faham, hari kedua ini saya faham.”

Saya faham beliau sedang memproses apa yang dipelajari dalam latihan tersebut. Antara I dan E, ia bukan sekadar retorik atau formula buat-buatan. Ia menentukan samada penyelesaian masalah dan cabaran kehidupan akan makin tegang atau akan ada kaedah baik dalam menghadapi banyak situasi kritikal. Moga paradigma baru itu akan melonjakkan lagi potensi diri beliau agar mampu positif di mana jua.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bius dan Ubat Penghargaan

"Saya yakin Ahmad akan mampu menjadi seorang yang cemerlang jika terus kuat belajar seperti ini." "Saya kagum dengan kerja awak

Close