Antara reaktif dan proaktif

Sebenarnya dalam hidup kita seharian, kita perlu proaktif kerana umat Islam bukanlah individu yang menanti masalah tetapi menyelesaikan masalah sebelum ia tiba. Dan apabila masalah datang, dialah yang paling laju dan pantas untuk menyelesaikannya. Inilah ruh as-saabiqunal awwaluun. Mereka sentiasa memastikan jiwa mereka tidak disentuh api neraka walaupun mereka tidak terkena lagi. Mereka sudah nampak dari jauh.

Apabila golongan as-saabiquunal awwaluun ini menghadapi masalah, mereka akan cepat menyelesaikannya namun bukanlah dengan jiwa yang menggelabah tetapi pertongan yang berasaskan sabar dan solat. Konsep memohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat membawa 2 maksud:

1) Sabar ialah entiti kekuatan yang dibina dalam diri manusia dengan disiplin dan cara penyelesaian yang bersungguh-sungguh.

2) Solat ialah entiti kekuatan menyerah pada Yang Esa yang akan menentukan keberhasilan penyelesaian yang diambil.

Atas dasar itu, jika kita ingin bersabar tanpa membuat tindakan yang wajar dan persediaan sebelumnya, tidak mungkin kita dianggap bersabar dengan sepenuhnya. Bersabar dalam melaksanakan tindakan strategik adalah lebih besar pahalanya daripada bersabar sekadar menyelesaikan masalah pada poin yang ditemukan. Lantaran bersabar dalam perancangan strategik itu bersifat jauh dan sukar – jika tidak pasti ramai yang akan mengikut jalan itu.

Maka marilah kita bersifat proaktif. Individu proaktif akan cepat menyelesaikan masalah dengan hikmah. Individu hikmah hanya menyelesaikan masalah pada satu-satu bahagian yang kekadang tidak bersifat menyeluruh. Perhatikanlah ayat-ayat al-Quran yang berkisar pada hal ini.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Infaklah kerana ia membersihkan dan bukti membenarkan

Dalam surah al-Baqarah ayat 3, Allah berfirman bahawa tanda orang yang beriman itu ialah mereka yang menginfaqkan rezekinya ke jalan...

Close