Sistem Berfikir Kreatif

Banyak peristiwa dalam hidup. Ia boleh berlaku secara rawak. Namun kalau ia disusun elok-elok, ia adalah sebahagian dari sistem yang berjalan dengan baik. Minda kita mampu untuk memahami sistem ini dalam bentuk paten pelbagai. Kalau kita ingin menggalakkan individu belajar, perlu dibina sistem belajar. Kalau kita ingin individu untuk kreatif, perlu dibina sistem berfikir kreatif.

Apakah komponen berfikir kreatif atau berfikir sistemik? Untuk mewujudkan sistem berfikir, kita perlu memahami enjin untuk berfikir. Enjin ini yang akan menghasilkan ‘cahaya’ dalam sesuatu sistem. Ia akan menggerakkan ‘kenderaan’ yang bersama sistem berfikir.

Mengikut Tine Seelig, berikut ialah enjin  inovasi:

Biarpun enjin ini fokus kepada berfikir kreatif, saya nampak ia juga menjadi enjin kepada apa jua teknik berfikir seperti sistemik, kritikal dan banyak lagi.

Ada 3 elemen dalaman: ilmu, sikap dan imaginasi

Ada 3 elemen luaran: budaya, habitat dan sumber.

Jika anda ingin memastikan sesuatu pelajaran atau latihan berjalan hatta selepas program, perlu dibina enjin selepas latihan. Enjin itu perlu dalam bentuk sistem di mana ia boleh dipegang dan dilaksanakan dengan baik. Jika ia tidak dibina dalam bentuk sistem atau institusi, lambat laun ia akan habis jua.

Antara 3 jenis elemen luaran ini, habitat yang boleh dikawal seperti dinyatakan oleh Tina Seelig. Ia termasuk bab had, ruang, insentif dan dinamika kumpulan.

Insentif

Jika insentif diwujudkan samada dalam bentuk fizikal, intelektual, emosi atau spiritual, ia akan mewujudkan harapan dan kepuasan dengan mengamalkan apa yang telah dipelajari dalam teknik berfikir kreatif atau sistemik. Unsur luar ini amat penting diberi perhatian. Jika sumber luaran dan dalaman kuat, ia akan melonjakkan usaha untuk mewujudkan individu yang berfikir. Tanpa balasan luaran, hanya yang kuat dalam sahaja akan pergi ke hadapan – itupun kalau beliau nampak sumber balasan dari luar suatu hari nanti.

Insentif atau motivasi tahap 2.0 ialah External. Motivasi 3.0 ialah Internal. Ia dikaitkan dengan Autonomy, Mastery dan Purpose. Samada anda mahu menggunakan balasan motivasi 1.0, 2.0 atau 3.0, balasan tetap diperlukan untuk manusia terus bergerak ke hadapan mengamalkan apa yang dipelajari.

Kalau anda cikg atau jurulatih, jangan lupa membina sistem selepas habis belajar agar ia kekal. Bincang semasa dalam kelas atau program – bukan selepas itu.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Agar hati tidak kosong

Apabila saya banyak berinteraksi dengan Model Bisnes yang dipelajari di Singapura, ia amat menarik. Ia menjadikan idea membuak-buak. Ada beberapa

Close