Membina Sistem ‘Delayed Gratification’

Ramai yang ada visi besar untuk kejayaan yang hebat. Namun kekadang diri tidak kuat untuk menuju ke arahnya kerana ada banyak langkah yang perlu diambil. Ini yang menyebabkan diri mudah lemah dan ter’jebak’ dalam perkara yang kurang bermanfaat tetapi seronok dilaksanakan. Manusia memang suka ‘immediate gratification’. Namun kejayaan besar sering mengiringi jiwa yang memahami ‘delayed gratification’. Mampu menangguhkan ‘keseronokan’ sampai satu masa yang sesuai.

Kekadang kita mampu berpijak pada ‘delayed gratification’ pada hari 1. Hari 2. Hari 5. Hari 7. Namun selepas itu ia seperti tidak lagi dapat difokuskan. Banyak godaan-godaan lain yang hadir. Maka bagaimana untuk membina sistem ‘delayed gratification’ dalam diri berbanding perasaan yang datang sekali sekala sahaja terhadap perkara ini? Bagaimana mengelakkan semangat ‘panas-panas tahi ayam’?

Antara kaedah praktikal ialah membina sistem. Sistem yang boleh diberi nama ‘delayed gratification system’. Ini bertujuan untuk mengakar-umbikan sikap ini. Saya nyatakan secara ringkas untuk anda fikir-fikirkan:

1) Kenalpasti sumber utama – mohon pada sumber utama. Siapa? Tidak lain tidak bukan ialah Allah. Jangan minta nasihat lain terlebih dahulu kecuali selepas berdoa dan memohon pada Allah agar diberi kekuatan menuju kejayaan besar.

2) Kenalpasti apakah elemen ‘immediate gratification’ yang selalu anda terkandas. Senaraikan.

3) Bina jalan agar item (2) boleh dialurkan kepada kejayaan besar yang anda inginkan. Jadi anda tidak perlu mengelak kalau item (2) halal dan baik. Namun kalau tidak, anda perlu cari alternatif.

4) Siapkan timeline untuk kejayaan besar. Laksanakan min 1 atau 2 perkara seharin untuk menyiapkan agenda kejayaan besar.

5) ‘Immediate gratification’ diberikan kepada diri hanya apabila item (4) sudah disiapkan atau hampir siap. Jangan biarkan diri dikelabui oleh ‘immediate gratification’ sebagai sumber keseronokan utama, tetapi jadikan ia sebagai ‘reward’ kepada kesungguhan anda menyiapkan item (4) setiap hari.

6) Kalau diri sudah mula goyah dan mencari item (2) selalu tanpa mengutamakan item (4) , ucapkan astaghfirullah dan kembali semula mengikut langkah-langkah di atas.

Semoga sistem ini akan mengakari anda sehingga kejayaan besar yang jelas dirancang bertemu kejayaan. Ya Allah, mudahkanlah ya Allah!

Artikel asal http://www.facebook.com/notes/fazrul-ismail/membina-sistem-delayed-gratification/376453699581

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
CASIC dan kaitannya dengan The 7 Habits

Saya sempat menyemak perkataan utama dalam The 7 Habits of Highly Effective People. Saya diminta untuk menyampaikan tajuk ini di

Close