Agar orang tidak marah pada kita


Ahmad turun dari tingkat 2. Habis menyiapkan kerja. Sesampainya ke bawah, si isteri menyapa, “Boleh abang buang sampah? Boleh masukkan baju ke dalam mesin basuh ? Kalau abang baik hati, bolehlah tutupkan pintu pagar ya?”

Ahmad diam. Ada sesuatu yang berlaku dalam diri. Tiba-tiba dalam diri Ahmad membara. Egokah ?

Dalam hidup, banyak perkara dan konsep yang berlegar dalam minda seseorang. Makin banyak konsep yang berlegar, makin tinggi momentum untuk membuat transisi atau perubahan kepada aspek lain. Ketika menyiapkan sesuatu kerja atau berhadapan dengan masalah, minda akan menggunakan daya intelek yang tinggi. Apabila si isteri atau kawan memberi pilihan kepada kita tiba-tiba, ia akan mewujudkan ‘kejutan’ kepada minda yang sedang dalam mode ‘intelek’.

Transisi intelek kepada emosi

Atas dasar itu, untuk membina transisi dalam diri orang lain, kita perlu memahami individu tersebut. Yang terbaik ialah berhubung dahulu, cuba fahami apa yang yang berlaku, bantu beliau untuk mendepani transisi dan tanyakan kalau ada masa atau ruang atau kalau tidak kepayahan.

Kalau payah, penat atau sibuk, berhenti dahulu. Tidak perlu beri pilihan kerana ia akan dijawab dengan sesuatu yang mungkin menyakitkan hati yang meminta tolong.

Senyap.

“Awka tahu tak saya baru balik kerja?”

“Awak tak boleh buat sendiri ?”

“Tadi awak buat apa ?”

Terutama ketika intelek sedang berputar, maka ia akan menggunakan daya intelek untuk ‘memangkas’ hujah yang diberikan. Hujah ? Ya. Pada waktu seseorang habis atau sedang berbuat kerja, intelek akan melihat apa-apa sahaja yang hadir dengan hujah, bukan empati.

Membina kekuatan diri untuk transisi

Bagaimana untuk kita mampu untuk membuat transisi dengan baik  jika kitalah si suami dalam dialog di atas? Senyap. Tarik nafas dan bayangkan transisi akan dibuat sebelum pergi menjengah ke bawah. Kalau ia tidak dibuat atau tidak sempat, pasti ia akan menyebabkan pelbagai masalah, terutama kalau si anak hadir tiba-tiba tanpa salam.

‘Tiba-tiba’ tidak disukai

Itu sebabnya, apa-apa sahaja dari manusia yang hadir tiba-tiba tidak disukai. Untuk mengelakkan tiba-tiba, rancangkan sistem untuk sesuatu perubahan atau tindakan yang perlu diambil.

Kita ada pilihan samada orang ingin suka atau tidak kepada kita. Memang akan indvidu yang tidak puas hati dengan kita sehebat mana kita cuba untuk membantunya. Namun jangan sampai belum apa-apa, kita sudah memberi choice. Pilihan hanya sesuai diberikan kepada individu yang kita sudah laksanakan CASI.

Dalam masa yang sama, binalah kekuatan menerima choice dari orang lain dengan hati terbuka. Ia satu kekuatan yang diperlukan oleh pemimpin yang berjaya di dunia dan di akhirat. Tidak cepat marah.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Iktiraf hak anak, kawan, pasangan

Setiap manusia ada hak. Tuhan juga ada hak. Apakah hak manusia? Dia ada diri sendiri, dia ada Tuhan. Ada ruang...

Close