Membina Sistem Anak Soleh/ah

Ketika belum bernikah, saya segan-segan membaca doa Rabbana hablana min azwaajina wa zurriyatina qurratu a’yun wa jaalna muttaqeena imaama kuat-kuat. Kalau ingin dibaca, dibaca perlahan-lahan. Ada kawan yang akan senyum selepas saya baca doa ini kuat-kuat, terutama di sekolah yang semuanya lelaki. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Namun saya kini nampak keperluan untuk doa ini dibaca ketika single. Bukan sekadar anak soleh yang saya perlu bina, tetapi yang lebih penting ialah sistem anak soleh/ah.

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang bermanfaat, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa’i, dan al-Bukhari].

Hadith di atas juga segan dibaca ketika masih single. Kalau ingin diberi perhatian, saya akan fokuskan kepada dua item yang awal. Anak soleh yang mendoakannya itu dirasakan masih jauh pada umur 15 tahun. Tingkatan 3. PMR dirasakan lebih penting. 8A dianggap amat utama.

 

Bukan bina anak soleh, namun bina sistem anak soleh

Namun rupanya, membaca Surah al-Qadr bukan sekadar waktu Ramadhan. Persediaan untuk mendapat lailatul Qadar bukan hanya pada bulan Ramadhan. Ia bermula dari sekarang. Betapa ramai yang impikan solat malam dan membaca Quran pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan, tetapi akhirnya hanya mampu bangun ke tandas, menyemak email, Facebook atau menguji kualiti kuih hari raya.

Untuk mendapat isteri dan anak yang menjadi penyejuk mata (qurratu a’yun), ia bukan bermula pada saat akad nikah. Ia bermula lebih awal. Ia bermula dari sekarang. Inilah sistem Islam. Kita perlu memahami secara kaaffah atau menyeluruh.

[Quran 2:208]
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) secara menyeluruh; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Untuk memahami secara menyeluruh, amat perlu untuk kita memahami ciri-ciri sistem yang baik. Sistem dibina bertahap-tahap. Untuk mendapat pasangan dan anak yang soleh/ah, ia bermula ketika sebelum bernikah.

Anak soleh perlu mendoakannya

Dalam latihan dan ceramah yang saya kendalikan, saya banyak bertemu dengan anak yang baik-baik. Hafaz Quran. Solat berjaga. Aurat ditutup litup. Namun ketika saya berborak personal, ada yang benci si ayah. Ada yang menyalah si emak kerana sibuk sangat di depan komputer sambil chatting. Sibuk berbisnes hingga si anak protes.

‘Awak akan doakan ibu ayah awak?’ Si anak terdiam. Dalam protes itu, amat sukar mendoakan si ayah dan ibu. Bagi saya, si anak perlu belajar erti syukur. Namun syukur itu apabila mendapat nikmat. Bagaimana kalau si anak hanya fokuskan peristiwa emak ayah yang bertengkar selalu, adegan si ayah atau ibu membantai anak atau si anak menganggap ‘rumah adalah neraka’?

Si anak itu akan ditinggalkan

Saya yakin kebanyakan ibu ayah akan menghantar anak ke sekolah terbaik pada kemampuan mereka untuk melahirkan anak soleh/ah. Di rumah, si ibu ayah pasti ingin membina suasana soleh/ah. Namun ramai yang tidak tahu. Lebih dari itu, ramai tidak mampu. Atau buat-buat tidak mampu.

Apa yang menjadikan si ibu ayah ini buat-buat tidak mampu ? Kerana fokus dalam kehidupan bukanlah untuk membina legasi meninggalkan anak soleh yang mendoakannya. Ramai ibu ayah yang memfokuskan legasi bisnes apa yang ingin dibina serta berapa banyak gaji yang perlu dibawa ke rumah. Mencari nafkah dan menfokuskan si anak tidak seharusnya mencipta konflik. Namun inilah kemahiran yang amat diperlukan semua  – pada pengamatan saya.

Lebih dari itu, si anak itu akan ditinggalkan. Samada sekejap atau lama.

Ketika tidur sementara, si anak akan ditinggalkan. Berdoakan kita untuk di ibu ayah?
Ketika si ayah ibu bekerja, si anak akan ditinggalkan di sekolah atau nursery. Berdoakah si anak itu untuk si ayah ibu?
Ketika si ayah ibu tidur selama-lamanya meninggalkan dunia ini, si anak akan ditinggalkan di atas muka bumi. Berdoakah si anak ?

Hari pertama sudah ada B**I

Saya bertemu seorang ayah. Dididik anaknya 7 tahun dengan solat jemaah, kopiah dan akhlak baik. Balik sahaja dari hari pertama sekolah rendah tahun 1, si anak sudah belajar perkataan baru.

Mula dengan B. Akhir I!

Apakah yang tidak kena? Bukan si ayah ibu tidak mendidik di rumah 7 tahun. Bukan si anak tidak soleh pada 7 tahun itu. Namun keran sistem solehah belum benar-benar wujud. Biah solehah diperlukan. Ia meliputi sistem permainan, pendidikan, persahabatan, kewangan, kesihatan, senaman, kemahiran, perasaan, pergaulan, perkongsian kebenaran dan amalan seharian.

Langkah bermula

Jadi untuk berdoa dengan doa awal tadi atau mendapatkan anak soleh/ah yang mendoakan si ayah ibu, ia perlu bermula sekarang. Saya mencatat-catat dan membuat perbandingan dengan Tarbiatul Aulad oleh ABdullah Nasih Ulwan. Inilah silibus yang saya catatkan berasaskan kajian al-Fatihah:

Kandungan Siri 1 : Mengenal Potensi Si Anak dengan PIES (5 sesi)

  • Apakah potensi sebenar setiap insan?
  • Kaitan dua kalimah syahadah dan teknik PIES
  • Melihat dunia inside-out dan outside-in
  • Melihat personaliti PIES si anak dan bagaimana mengaturnya
  • Bagaimana mengawal emosi dan pemikiran untuk berjaya

Kandungan Siri 2 : Bagaimana Berinteraksi dengan Anak Berasaskan CASIC dalam al-Fatihah (5 sesi)

  • The Power of Connect – Teknik komunikasi penjaga – anak
  • The Power of Acknowledge
  • The Power of Serve
  • The Power of Inqure
  • The Power of Choice

Kandungan Siri 3 : Membina Sistem Anak Soleh/ah  (5 sesi)

  • Anak dan penjaga
  • Anak dan aspek kesihatan/ kewangan/ alam sekitar
  • Anak dan ilmu / kerjaya
  • Anak  dan emosi / sosial
  • Anak dan spirituil / dakwah

Moga silibus ini dapat saya sampaikan bersama rakan-rakan untuk semua yang berminat. Saya menjemput mana-mana individu untuk mendalami silibus ini dan disampaikan kepada ibu ayah yang ingin membina sistem pendidikan anak yang soleh/ah agar kekal mendoakan si ayah ibu selepas jasad terkujur nanti di alam barzakh. Jika saya boleh membantu untuk memahirkan kemahiran modul dan penyampaian dengan bengkel, aktiviti dan handouts , sila email kepada saya.

Moga Allah mudahkan urusan ini untuk mendidik diri sendiri dan semua ibu ayah yang inginkan anak soleh/ah mendoakannya.

Artikel ini ialah sebahagian isi program CASIC Parenting Skills – program bersiri selama 15 perjumpaan. Untuk maklumat lanjut program pertama di Shah Alam, sila berhubung dengan Puan Ainizal di 012-2323592.

Facebook Comments:

4 thoughts on “Membina Sistem Anak Soleh/ah

  • May 1, 2010 at 12:55 pm
    Permalink

    salam.. bila pula nk buat di taiping, perak atau penang?
    looking fwd to attend this program. menarik n sgt bermanfaat.
    barakallahu feekum

    Reply
  • June 11, 2010 at 8:03 pm
    Permalink

    AssaLamu’aLaikum Ustazm as usual, minta izin utk copy N paste buat kesekian kalinya.. Ampun.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Sistemik, PIES dan CASIC

Saya kini memberi fokus kepada kajian Pemikiran Sistemik, PIES dan CASIC. Apa beza antara ketiga-tiga perkara ini? Perlu saya masukkan...

Close