Mereka kaji kita, mereka bina sistem

Beberapa kebelakangan ini, saya banyak mengkaji dan memahami Google dan giant besar dalam dunia internet. Mereka menggunakan kepakaran ilmu IT dan cuba mengkaji kita tanpa disedari. Mereka kaji kita suka apa. Mereka kaji keyword apa yang kita masukkan dalam Google Search. Mereka kaji laman mana yang kita pergi. Mereka ‘baca’ email kita. Mereka scan  apa yang ada dalam profil kita. Mereka buat macam-macam. Untuk apa? Membina sistem untuk kita ikuti lantas menjadi budaya dunia. Mereka memang agak berjaya. Tetapi adakah kita tidak mampu untuk memahaminya?

Sebenarnya, dengan maklumat kajian tersebut, Google boleh menjualkannya kepada syarikat yang ingin berbisnes. Mereka boleh bina sistem video mengikut keperluan sejagat – lahirlah YouTube. Mereka tidak perlu bayar untuk anda meletakkan video di situ, tetapi mereka boleh buat duit dengan meletakkan iklan di bawah video anda. Dan banyak lagi kaedah mereka gunakan. Mereka memang berfikir, jadi tidak hairan ia berjaya untuk membina sistem dunia.

 

Bagaimana kita? Mereka sudah membina alat seperti Google, kita juga mampu berbuat sesuatu. Kita bina sistem menggunakan apa yang mereka sudah buat. Kalau mereka bina sistem atas karakter dan tingkah kita, sudah masanya kita berfikir lebih tinggi dan atas. Ia bukan pilihan tetapi kewajipan. Jika tidak, sudahlah  mereka kaya fizikal, mereka membina pula budaya untuk kita atas timbunan harta itu.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
E-Latihan: Siapa Berminat?

ST-Gallery ingin mengendalikan e-latihan untuk pembaca sekelian. Satu proposal ringkas sudah disiapkan untuk dikomen dan diberi cadangan tambahan. Sila klik...

Close