MESTI KAYA MESTI IMAN

Jika kita perhatikan di luar badan kita pula, alam ini. Kita merasakan selesa dan nyaman dengan udara segar yang kita hirupi dan sedut setiap hari. Bagaikan memberikan satu kehidupan yang tidak kunjung malap. Matahari yang menyinar pada belah pagi pula memberikan tenaga dan menghidupkan suasana. Semua tumbuh-tumbuhan malah haiwan tumbuh dan aktif bergerak sebaik sahaja matahari timbul dan disebelah malam pula, manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan kembali untuk berehat. Siang, diberikan kepada kita supaya bekerja. Malam pula adalah untuk berehat dan beribadah. Itu semua adalah nikmat!

Kita hidup hari ini juga adalah satu nikmat yang amat besar! Mengapa saya mengatakan begitu? Kerana tiada kehidupan hari ini, sudah tentu anda tidak mampu untuk membaca buku saya! Jadi, hari ini, anda sedang meneliti dan membaca buku saya ini juga adalah nikmat yang disediakan oleh al Ilm (Tuhan yang Maha Mengetahui) kepada kita semua. Buku ini adalah salah satu nikmat daripada berjuta nikmat diluar sana kerana buku ini akan berkongsi dengan anda untuk merasa energi yang akan mengalir di dalam badan anda seperti anda di kejutkan dengan elektrik! insyaAllah, jika anda fokus dan tenang, anda pasti mampu merasakannya!

Mengapa buku ini diwujudkan? Pertama sekali, buku ini adalah satu pengalaman (experience) saya yang sedikit dalam melalui proses pencarian tentang makna kehidupan. Saya telah melalui dari kecil hingga kini untuk merasai makna kehidupan yang sebenar. Pelbagai kaedah, metod dan lain-lain, telah saya cuba dan gagal. Namun yang demikian, kegagalan yang saya alami itu adalah positif bagi saya kerana kegagalan adalah satu tempoh percubaan, bukan satu ketentuan yang tetap! Apakah yang saya cari selama ini?

Saya mula memahami corak kehidupan ini setelah saya mula keluar dari kehidupan bimbingan kedua ibubapa saya. Saya mula hidup berdikari, jauh dari ibubapa, berada di rantau orang untuk menuntut ilmu. Apabila berada ditempat orang, terasa bahawa di dalam diri ini untuk mula bergantung kepada sesuatu yang lebih kukuh. Bagi saya, kitab suci Al Quran adalah teman setia saya untuk mencari makna kehidupan yang sebenar. Pembacaan dan ulangan dalam kitab suci ini telah banyak membuatkan saya merenung jauh dan berfikir tentang kehidupan. Satu surah yang saya paling minati ialah surah Al-Mu’minuun.

Mengapa surah ini? Selama beberapa tahun saya membaca surah ini dan ianya menyatakan satu corak untuk Berjaya bagi manusia di dunia ini. Surah tersebut ada menerangkan tentang orang yang berjaya! Maka, saya rasa pada ketika itu, surah ini mampu membawakan saya kepada kejayaan. Namun yang demikian, pada peringkat awal, pengetahuan dan pengalaman saya adalah amat cetek untuk melihat dan merenung jauh berkenaan dengan surah ini, kerana Al-Quran sebenarnya mempunyai semantik dan dimensi yang amat jauh tinggi! Ianya pasti tidak mampu difahami dengan mudah atau secara direct translation dari terjemahan mahupun tafsir. Saya akui, telah banyak para ilmuan terkenal memberi ceramah motivasi, nasihat, kata-kata dan sebagainya menerusi surah ini, namun yang demikian, tidak ada satu pun yang memberikan impak besar dalam pengalaman kehidupan seseorang.  Mengapa saya mengatakan demikian, kerana kita tidak melaluinya secara pengalaman! Jika sesuautu itu dijelaskan secara oral, pasti kita akan hanya setakat mengetahui akan apa yang ada di dalamnya, tetapi tidak mampu untuk merasainya.

MESTI KAYA MESTI IMAN adalah formula dari surah al Mu’minuun yang mana jarang manusia membaca dan meneliti akan apa yang terdapat di dalam isikandungnya yang tersembunyi. Ramai di kalangan kita juga hanya mengambil isi kulitnya sahaja. Apakah yang akan terjadi? ianya akan menjadi satu ilmu pengetahuan sahaja (bahan intelektual) dan bukannya satu pengalaman kehidupan, walhal semua mesej di dalam al Quran adalah satu pengalaman. Apa buktinya? Semua surah yang diturunkan adalah satu pengalaman manusia yang telah dan akan melakukan sesuatu perkara dan akhirnya ayat itu diturunkan  sebagai peringatan.  Itu adalah satu pengalaman.

MESTI KAYA MESTI IMAN adalah sebuah pengalaman yang harus diambil iktibar oleh semua manusia kerana ia terkandung baanyak rahsia yang hebat! Telah banyak buku-buku motivasi yang terkenal seperti Napolian Hill, Stevn R. Covey dan banyak lagi menceritakan tentang kejayaan. Namun yang demikian, kejayaan yang mereka maksudkan mempunyai skala yang kecil sahaja kerana ia terhenti di peringkat horizontal. Tetapi, ayat suci al Mu’minuun dan surah yang lainnya mempunyai dua ufuk kejayaan iaitu horizontal dan vertikal. Inilah keistimewaan dan mukjizat ayat-ayat suci al Quran. Ianya dibawakan terus kepada seluruh umat manusia supaya mencapai sukses yang tanpa batasan!

MESTI KAYA MESTI IMAN adalah satu perkongsian untuk seluruh umat manusia kerana ianya terkandung formula yang diberikan dari ufuk vertikal kepada seluruh umat manusia. Formulanya amat tinggi kandungan energinya apabila anda dapat merasainya di dalam diri anda. Ia seolah-olah seperti terdapat satu aliran elektrik yang akan mengejutkan anda sekalian.

MESTI KAYA MESTI IMAN adalah untuk anda semua….

Semoga buku ini mendapat manfaat dan kebaikan kepada anda yang membacanya. Harap, bagi mereka yang mengetahuinya, dapat disampaikan kepada orang lain kerana energi yang anda perolehi dariNya tidak mampu disimpan di dalam diri kita selamanya. Jika ianya disimpan terlalu lama, ia akan menurun kekuatannya. Jika dikongsikan bersama rakan dan teman, pasti energinya akan meningkat luar biasa!

Yakinlah pada diri sendiri untuk melakukan kebaikan dan perubahan. Tidak ada satu halangan untuk anda mencapai sukses kecuali diri anda sendiri! Bebaskan diri anda dari belenggu yang hitam, berat dan panas kerana ia pasti akan melambatkan dan melemahkan energi kebaikan. Tanamkan azam dan niat yang bulat di dalam hati anda untuk menyelami isikandung buku MESTI KAYA MESTI IMAN. Selamat merasa energi kaya energi iman!

 

Wallahualam…

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mereka kaji kita, mereka bina sistem

Beberapa kebelakangan ini, saya banyak mengkaji dan memahami Google dan giant besar dalam dunia internet. Mereka menggunakan kepakaran ilmu IT

Close