Men’degree’kan daurah?

Dua hujung minggu yang lepas, saya tidak berada di Los Angeles. Saya sekeluarga ke California State University, Long Beach, California untuk menghadiri program yang dianjurkan oleh al-Maghrib Institute: Route 114. Fokus program 4 hari dari 10 pagi -8 malam ini ialah ilmu-ilmu berkaitan al-Quran yang disampaikan Sheikh Ibn Faqih. Masya-allah! Walaupun sudah pernah belajar subjek ini, namun program ‘daurah’ sebegini amat berkesan – bukan sekadar celup-celup sahaja untuk memahami al-Quran dan ilmunya. Kelas ini membawa kredit untuk ijazah yang dikurniakan oleh al-Maghrib Institute. Saya ingin berkongsi beberapa pemerhatian – mungkin sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Antara perkara menarik:

  • Tujuan kelas yang dianjurkan oleh al-Maghrib ialah untuk melahirkan pendakwah yang berkesan. Bukan sahaja aktif, tetapi ada ilmunya. Syeikh Ibn Faqih menyatakan, ‘ Sahabat were students of knowledge and at the same time delivered Islam. It is either two for the causes people don’t want to be student of knowledge: either shy or arrogant. Both are not good’
  • Konsep program ialah seperti ‘daurah’ di Malaysia namun peserta perlu membayar yuran dan kelas mempunyai peperiksaan beberapa minggu selepas mengikuti program. Kelas ini juga melayakkan seseorang untuk mendapat ijazah daripada al-Maghrib Institute dalam bahagian Pengajian Islam.
  • Yang datang pelbagai golongan umur dan kategori. Ada yang pandai berbahasa Arab, ada yang amat asas, ada yang baru masuk Islam, ada yang sudah berkeluarga,….Cuma yang pasti, mereka sanggup untuk duduk dan mendengar kuliah ilmu mendalami subjek. Untuk kali ini, ia adalah ilmu-ilmu al-Quran.
  • Apa yang disampaikan bukan sahaja untuk diketahui tetapi untuk menjawab silap faham yang ada di kalangan orang Islam dan bukan Islam. Jadi isinya praktikal untuk menyediakan peserta yang rata-ratanya aktif di kampus menyampaikan dakwah.
  • Cara penyampaian profesional dengan kaedah training: ada simulasi, power point, tayangan video, audio, kerja rumah dan banyak lagi yang menyebabkan tajuk berat dapat difahami dengan baik dan berkesan.
  • Peserta akan dibukan perspektif ilmu lain seperti usul fiqh, tafsir dan banyak lagi. Kesannya? Sekali dah pergi, pasti nak lagi.

Itulah antara perkara menarik yang boleh difikir dan dilaksanakan pada tempat lain. Semoga target untuk melahirkan pendakwah yang berilmu menjadi kenyataan di mana sahaja kerana seruan ilmu ini termaktub dalam wahyu pertama lagi.

    Facebook Comments:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    Read previous post:
    MESTI KAYA MESTI IMAN

    Bismillahirahmanirrahaim Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana limpah dan rahmatnya telah member ruang dan luang yang amat luar biasa jika...

    Close