Umum

Selepas lama tidak menulis..

Sejak 7 Jun 2008, saya tetap juga berada di sekitar California. Saya menganalisa dan memahami dunia US. Dunia Malaysia. Dan pelbagai dunia lain. Saya juga cuba memahami dunia perniagaan, dunia manusia dan banyak lagi. Saya kini lebih nampak apakah yang dimaksudkan dengan kelebihan menjadi orang beriman, setelah mengembara ini.

Saya kini lebih sedar tentang beza bumi US dan Malaysia dan apakah perancangan saya selepas ini. Ia lebih jelas dengan melihat, membaca dan mengembara – walaupun fizikal masih di bumi California.

 Dan Ramadhan yang akan menjelma minggu depan – akan menjadi madrasah untuk saya kembali menekuni kitab al-Quran dan Hadith, menceduk mutiara hikmah untuk diamalkan lantas dikongsikan dengan semua.

 Semoga penulisan saya selepas ini akan memberi input tambahan kepada pelawat setia semua. Yang pasti, perspektif saya mungkin berbeza, setelah mendapat input dari pengembaraan selama lebih 2 bulan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Saya nak derma dengan pahala banyak …

Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang rakyat Cina yang pernah duduk di Arab Saudi dan kini bekerja di California. Beliau...

Close