Setelah melalui 40 atau 50 tahun



Kali ini program di USM berbeza. Berbeza kerana ia dibuat di bilik persidangan – bilik untuk mesyuarat. Memang lawa, namun amat tidak sesuai pada saya ketika awal masuk ke dewan itu kerana untuk melaksanakan latihan atau training, saya menjangkakan setting yang kurang formal atau berbentuk teater. Namun ia juga latihan menarik kerana ia masih tetap dapat dilaksanakan serta saya mendapat feedback yang membuat saya terfikir.

Di hujung program tersebut, salah seorang utama dalam jabatan tersebut menyatakan:

Learning the “PIES Concept”, to go back and reflect more deeply about it and to understand ourselves better. As I am approaching the 2nd half of life, it will help me to analyze and to rechart my life if necessary.

Pada saya, kandungan dalam latihan tersebut sama seperti biasa. Cuma apabila komen ini diberikan kepada saya oleh individu yang tidak seagama dengan saya, ia membuat saya berfikir lama. Usia 40 atau 50 tahun ini memang usia penting – dan ia bukan main-main. Ia adalah usia mengenalpasti hala tuju kehidupan dan bersungguh-sungguh membina legasi atau warisan. Dunia kini amat idolakan zaman muda tanpa asas yang baik kecuali untuk berhibur. Padahal usia selepas 40 tahun ditunjukkan oleh Nabi Muhammad sebagai usia makin deras derapnya untuk membantu manusia ke arah kesejahteraan.

Apa sebab ada individu yang berfikir dan melihat kembali usia mereka? Dan apa sebab ada yang tidak memberi endah kepada usia selepas 50 tahun padahal masa untuk bertemu Tuhan sudah makin hampir? Saya tidak pasti, namun saya yakin ia perlukan bantuan di peringkat sesama manusia untuk membawakan konsep kehidupan dari semasa ke semasa. Latihan atau program motivasi bukan sahaja untuk cari duit matawang di dunia, tetapi dijelaskan apa yang ada di dunia seterusnya.

Saya mengharapkan usia saya sekitar 40, saya mampu untuk menyumbang lebih deras dan mantap. Usia yang ada perlu digunakan sebaik mungkin untuk belajar dan mendalami potensi diri. Masa sudah suntuk, usaha perlu digandakan.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Menyambut Ramadan dengan buku pelbagai

Saya ingin biasakan tabiat memberi komen buku yang saya beli selepas ini. Saya mengambil keputusan begini kerana ada beberapa buku...

Close