Mengenalpasti Kemampuan Diri Melalui PIES

 Apakah potensi diri yang ada di dalam diri kita ini? 
 
 Adakah anda biasa dengan istilah IQ? iaitu suatu tahap ujian atau tahap kepandaian manusia. Bagaimana pula dengan istilah EQ? Anda pernah mendengarnya? EQ ialah Emotional Quotient atau tahap kecerdasan emosi.
 
Bagaimana pula dengan PQ atau Physical Quotient? adakah anda mempunyai tahap kecerdasan fizikal? anda mampu menjadikan diri anda cergas, pantas, sasa dan bergaya? maka itulah kecerdasan fizikal diri anda. Anda mampu untuk mengubah dari satu keadaan yang lebih baik dan anda pasti biasa dengan melihat iklan-iklan di kaca televisyen.Kebanyakkan model yang ada sibuk menunjukkan kecantikan serta keayuan muka, rambut dan sebagai nya, semata-mata untuk menunjukkan diri atau fizikal mereka mempunyai satu kehebatan yang luar biasa. 
 
Dan bagaimana pula dengan istilah  SQ atau Spiritual Quotient? tahap kecerdasan spiritual anda? adakah tahap SQ  anda rendah atau tinggi? Di barat, mereka meletakkan definisi SQ ialah nilai-nilai ketuhanan atau moral yang baik. Tetapi bagaimana pula dengan pandangan Islam terhadap istilah SQ ini? Di dalam kacamata Islam, SQ merupakan iman dan taqwa yang wujud di dalam diri manusia.
 
Mengenali Potensi Anda Menerusi Kecerdasan E-P-I-S
 
 Bagaimana untuk mengenali potensi diri kita melalui E-P-I-S?
 Mari kita lihat dahulu berkenaan dengan istilah ini satu persatu. Ianya hanyalah sekadar landasan ilmiah yang dapat membantu anda mengenali diri anda.
Darimanakah datangnya istilah EQ, PQ, IQ dan SQ ini?
 
 EQ merupakan satu kajian Barat yang dijumpai dan diterokai oleh tokoh ilmuan Barat iaitu Daniel Goleman (DG). Anda boleh melawat ke laman web ini sebagai rujukan am anda;  http://www.funderstanding.com/eq.cfm
 
Apakah yang ditekankan oleh DG di dalam penulisan beliau berkenaan dengan EQ?
sedutan dari laman web beliau; 'Exactly what is Emotional Intelligence? The term encompasses the following five characteristics and abilities:
  1. Self-awareness–knowing your emotions, recognizing feelings as they occur, and discriminating between them
  2. Mood management–handling feelings so they're relevant to the current situation and you relact appropriately
  3. Self-motivation–"gathering up" your feelings and directing yourself towards a goal, despite self-doubt, inertia, and impulsiveness
  4. Empathy–recognizing feelings in others and tuning into their verbal and nonverbal cues
  5. Managing relationships–handling interpersonal interaction, conflict resolution, and negotiations
 Apa pula yang dimaksudkan dengan Physical Quotient atau PQ?
 
potensi PQ merupakan satu punca kecerdasan manusia secara fizikal. Manusia mampu menjadikan dirinya sasa, fit, mampu berlari laju, berenang dan sebagainnya melalui latihan serta training yang berbentuk fizikal luaran. Contoh laman yang anda boleh lihat ialah; http://www.sportschallenge.com.au/fitness.html
 
Bagaimana pula dengan IQ?
 
 Pengenalan kepada IQ ini, ia dikaji dan dipelopori oleh Binet pada kurun ke 20 di Eropah. Mereka menjadikan IQ sebagai asas kepada ukuran untuk menyaring manusia untuk bekerja di sektor-sektor yang berjaya. Malangnya, mereka yang mempnyai IQ yang rendah, maka ini di anggap gagal. Anda boleh melihat definisi IQ ini menerusi laman web ini; http://en.wikipedia.org/wiki/IQ
 
Akhir sekali, SQ. Adakah anda sering mendengar tentang kecerdasan manusia SQ?
 Buku yang dikarang oleh Danah Zohar dan Ian Marshal ada menerangkan berkenan dengan SQ ini. Penulisan mereka adalah menerusi kacamata Barat dan sepertimana yang di kongsikan bersama dengan anda tadi bahawa, SQ di Barat ini, mereka hanya mendefinisikan bahawa SQ adalah satu nilai ketuhanan atau moral yang tinggi. Di dalam bukunya itu juga dan menerusi kajian mereka berdua, mereka mendapati bahawa orang-orang Athies merupakan sekumpualan manusia yang mempunyai nilai SQ yang tiinggi nilainya.
 
Mengapa E-P-I-S??
Anda harus mengenai potensi serta kecerdan diri anda melalui E-P-I-S. Kita harus melihat suatu perkara menerusi dimensi emosi, fizikal intelektual dan spiritual secara menyeluruh.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Anjakan Dimensi RITUAL > SPIRITUAL > EHSAN

Apabila anda merujuk di dalam hadith ke dua dalam himpunan hadith Imam Nawawi (atau nama lainnya hadith Jibrail), anda akan...

Close