Pemimpin Kita Bercakap Atau Bertindak?

Apakah pandai berkata-kata penting bagi seorang pemimpin?

Time Magazine 20 Julai 2009 mengeluarkan satu artikel yang bertajuk Who Needs Charisma? Apa yang ingin disampaikan adalah bagaimana ciri dan gambaran pemimpin itu yang sebenarnya. Apabila berkata tentang pemimpin, pandangan tradisional yang muncul adalah seseorang yang berkarisma serta pandai berkata-kata.

Ianya lebih dilihat seperti kepimpinan adalah satu pemberian atau bakat terpilih pada seseorang itu. Namun hakikatnya pandai berkata-kata bukanlah ciri kepimpinan sejati. Ada pemimpin yang tidak pandai berkata-kata tetapi mampu membina pengaruh yang besar dalam jiwa rakyat negaranya.

Negara tidak dibina dengan air liur.

Manmohan Singh, Perdana Menteri India pada hari ini memang dikenali ramai sebagai pemimpin yang ucapannya boleh membuatkan pendengarnya tertidur.

Ucapan beliau bukanlah berapi-api yang membakar setiap jiwa yang mendengar atau membangkitkan emosi untuk menarik perhatian dan membina pengaruh.

Ianya juga adalah satu kelemahan yang boleh dimanipulasikan oleh pihak lawan terutama pemimpin lawan yang bijak membina imej elegan dan berkarisma di mata rakyat.

Tetapi itu bukan masalah bagi Perdana Menteri negara kedua paling ramai penduduk di dunia ini membina perubahan. Apa yang di lakukannya lebih penting dari apa yang dikatakannya. Perubahan ekonomi yang radikal serta polisi memelihara kesejahteraan golongan miskin telah memberikan kehidupan yang lebih baik kepada beratus-ratus juta rakyatnya.

Satu lagi contoh klasik dalam kepimpinan antarabangsa adalah bekas Cansellor Jerman, Helmurt Kohl yang berjaya menyatukan bahagian Timur dan Barat negara itu yang terpisah sebelumnya.Pada 1980an Kohl menjadi bahan jenaka oleh rakyatnya sebagai pemimpin yang tidak pandai berucap dan sering tergagap-gagap.

Tetapi apabila satu demi satu pemimpin Jerman yang pada awalnya kelihatan elegan mula gentar dan menyepikan diri ketika keruntuhan tembok Belin pada 1989, ketegasan Kohl telah menyatukan dua wilayah tersebut dalam masa hanya satu tahun.

Menyampaikan Wawasan.

Wawasan perlu diucapkan dan dikongsikan bersama. Apabila wawasan dikongsikan bersama, keseluruhan individu dalam negara yang meyakininya akan bergerak bersama untuk merealisasikannya.

Wawasan bukanlah satu idea semata-mata. Wawasan adalah nilai apa yang ingin dibina pada masa hadapan. Wawasan disampaikan melalui tindakan dan bukannya ucapan semata-mata.

Boleh sahaja kepetahan berkata-kata seorang pemimpin tidak dapat mempengaruhi rakyatnya jika kata-katanya lain daripada apa yang diucapkannya.

Rakyat Jerman dan India membeli wawasan pemimpin mereka yang mahu membina negara yang lebih baik berbanding dengan apa yang ada pada hari ini. Apabila pemimpin dan rakyat berkerja menuju kearah satu arah yang sama, hasilnya pasti hebat untuk mereka.

Bagi pemimpin Islam dan pengikut mereka, wawasan yang perlu dicari pastilah yang membawa semua ke syurga. Untuk itu mereka perlulah bekerja untuk membina warisan mereka di dunia supaya hasil berpanjangan boleh dimanfaatkan semua dan dituai di akhirat kelak.

Warisan yang ditinggalkan bukanlah sekadar berbentuk fizikal yang megah-megah tetapi yang melibatkan pembinaan kesemua aspek intelek, emosi dan yang lebih utama spirituil didalam masyarakat.

Allahu a’lam

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Beat The Pro

Sometimes we need to challenge the pro to gain better result. It will make us more energetic and have clear view

Close