Bagaimana untuk fokus apabila banyak projek

“Saya uruskan projek ini dan itu. Mula-mula rasa yakin boleh berjaya. Namun apabila sudah di tengah jalan, hilang semangat dan projek berantakan.”

Pernah anda hadapi situasi begini? Projek itu mungkin projek bisnes, pelajaran atau apa-apa sahaja perkara dalam kehidupan. Diuruskan bisnes dengan baik, keluarga tertinggal. Diuruskan keluarga dengan baik, bisnes kelam kabut. Atau diuruskan keluarga dan bisnes dengan baik secara makro, tetapi secara mikro, urusan tempat kerja atau bisnes ada yang tidak menjadi. Projek A menjadi dengan baik, manakala projek B tidak ke mana.

Fokus adalah jawapan

Fokus adalah jawapan. Multitasking nampak menarik tetapi ia tidak mampu dilaksanakan oleh satu individu sahaja. Itulah sebabnya kita memerlukan pasukan samada fulltime atau part time. Yang penting ada ahli pasukan yang akan mengambil tugas kita semasa banyak tugas dilaksanakan.

Beza fikir orang yang fokus dan kurang fokus

Fokus ialah elemen intelektual. Intelektual memerlukan energi dan kekuatan yang besar. Apabila fizikal lemah, intelektual akan melemah. Apabila duit kurang atau makanan tidak cukup, daya intelektual boleh melemah. Emosi akan terkesan apabila fizikal dan intelektual ini melemah.

Dalam melaksanakan sesuatu projek, daya intelektual perlu tinggi. Fokus ialah item utama untuk memastikan sesuatu projek itu berjaya, dalam masa yang sama sedar tentang peluang yang ada. Fokus pada satu, sedar pada perkara yang banyak yang hadir.

Orang yang kurang fokus ialah melaksanakan banyak projek, sedar pada perkara yang lebih banyak!

Akhirnya tidak tahu mana yang perlu diberi perhatian. Yang dikejar tidak dapat , yang dikendong berciciran.

Bagaimana memilih sesuatu item fokus?

Jangan mulakan dengan kuantiti (P-I-E-S). Mulakan dengan matlamat. (S-E-I-P)

Mari kita tengok kepada kaedah orang tidak fokus (P-I-E-S) langkah demi langkah.

P : Banyakkan senarai projek

I: Cuba untuk memberi masa yang berbeza untuk fokus satu persatu pada projek

E: Harap dapat membina mood dan semangat bagi setiap projek

S: Harapnya akan memenuhi matlamat utama untuk mendapat keredaan Allah.

Bolehkah kita mencapai tahap I, E dan S? Kalau ia dimulakan dengan BANYAK, ia mencabar. Ingin mencapai FOKUS pun sukar di peringkat intelektual. Apatah lagi untuk mendapat PASSION di peringkat emosi dan MATLAMAT di peringkat S.

Mari kita perhatikan kaedah orang yang dapat fokus (S-E-I-P)

S: Apakah matlamat saya? Saya ingin mencapai keredaan Allah dengan membina platform program yang dapat membina legasi bersama orang lain. (Perhatikan istilah platform, bukan sekadar program. Kejelasan matlamat perlu jelas. Dalam teknik P-I-E-S, matlamat mungkin untuk mendapatkan banyak duit, melaksanakan idea sendiri atau menonjolkan diri. Apabila jelas MATLAMAT, ia tidak akan mementingkan semua itu dulu. Allah adalah matlamat paling utama, yang lain adalah yang kedua)

E : Saya bersemangat dengan matlamat ini setiap pagi

I : Saya perlu FOKUS pada satu perkara iaitu membina platform program, sedar ada banyak perkara yang ada di sekitar untuk menjayakan aspek ini. Saya akan fokuskan kepada beberapa projek kecil untuk mencapaikan saya kepada matlamat ini. Saya akan melaksanakan projek yang ada dengan seronok, diisi dengan idea yang betul dan insha-allah dikenakan caj yang sesuai. Fasa awal tidak banyak hasil RM, namun harapnya nanti ia akan membesar kerana saya berkongsi MATLAMAT utama kerana Allah, isu RM itu secondary dan pasti ada dari Allah.

P : Saya akan uruskan satu projek. Kalau ada projek lain, ia diuruskan satu demi satu oleh setiap orang lain. Cuma projek demi projek itu adalah untuk menjayakan projek besar: mencapai MATLAMAT besar untuk menuju kepada Allah. Dari semasa ke semasa, perlu diingatkan kembali MATLAMAT asal agar tidak ada ahli pasukan yang hilang perspektif atau kekadang mengutamakan elemen fizikal, intelek atau emosi. Ia akan memberi kesan negatif kepada organisasi.

FOKUS hadir apabila JELAS. Jelas wujud apabila MATLAMAT dibina dengan baik.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
‘Mood’ dakwah & ‘moody’ dakwah

"Penatlah. Saya rehatlah dulu daripada dakwah." "Saya tak sihat. Saya akan berdakwah bila ada mood" Dakwah ialah satu jalan untuk

Close