Anda bersedia untuk berjaya?

1. Percaya untuk berjaya. Kalau anda tida percaya untuk berjaya, anda mungkin tidak bersedia untuk berjaya. Abu Lahab sudah dianugerahkan Allah dengan Nabi Muhammad untuk berjaya di dunia dan akhirat. Tetapi kerana tidak mahu percaya, maka kejayaan yang sedang datang ‘lari’ dari kelibat Abu Lahab malah beliau mengakhiri hidupnya dengan mati dalam peperangan tanpa mampu untuk menjadi individu berjaya dunia akhirat. Abu Lahab adalah salah satu contoh individu yang tidak bersedia untuk berjaya. Kejayaan bukan datang tiba-tiba, ia mempunyai proses tersendiri. Kenali dan percaya pada faktor sekeliling untuk berjaya – walaupun orang lain merasakan tiada apa yang boleh dimanfaatkan untuk berjaya.  Inilah kesan kepercayaan. Ia mewujudkan dasar optimis dalam kehidupan.

2. Fokus untuk berjaya. Kalau anda tidak ada disiplin dan tidak fokus dalam kehidupan, anda mungkin tidak bersedia untuk berjaya. Ketika berujar dan berborak, Nabi akan berubah mukanya dan lantas meninggalkan kumpulan manusia yang berbicara apabila tiba waktu solat kerana khusuknya Rasulillah. Malah ketika solat, khusyuk itu menuntut kita untuk fokus kepada Allah dan tidak kepada yang lainnya. Tidak perlu ‘endahkan’ sangat selain Allah ketika fokus. Dalam kehidupan, akan ada banyak hal yang perlu dilaksanakan tetapi belajarlah untuk fokus pada apa yang ingin dicapai – walaupun ia akan menimbulkan ‘kecil hati’ pada orang sekeliling. Orang sekeliling tidak akan bertanggungjawab jika anda tidak berjaya, apatah lagi setelah sampai ke akhirat nanti. Jadi belajarlah untuk fokus – kesan dari percaya dan nampak jelas apa yang akan dicapai. Kalau anda tidak fokus pada apa-apa sahaja yang dilaksanakan, besar kemungkinan anda tidak mampu untuk menerima kejayaan.

3.  Yes/ No untuk kejayaan. Bila dah nak berjaya, katakan ya dan akui. Bila tak berjaya atau ada unsur ke arah kegagalan, sila nyatakan tidak dan usahakan agar kejayaan datang kembali. Barulah anda mampu menerima kejayaan yang dalam perjalanan menuju kepada anda. Kalau anda berdolak-dalik atau tidak pasti, ini memerlukan ilmu seterusnya untuk anda mampu apa yang anda inginkan. Bila anda nampak jelas dan fokus pada apa yang ingin dicapai, ia akan menjadi kekuatan dan anda mampu menyatakan Ya pada tempat yang sepatutnya.

4. Bersihkan untuk berjaya. Laksanakan pembersihan untuk berjaya. Ketika berjaya, ada karakter buruk yang anda perlu hindarkan. Kalau anda tidak hindarkan , kejayaan itu akan menghakis dan terhakis. Mungkin sifat malas anda, sikap berlengah, tidak percaya, tidak fokus, suka perkara sia-sia dan banyak lagi. Kalau anda tidak melaksanakan aktiviti pembersihan setiap masa, anda mungkin susah untuk berjaya. Anda mungkin tidak mampu untuk menerima kenyataan anda sudah berjaya kerana kejayaan adalah satu status baru – lain ketika anda belum berjaya. Jadi kalau anda masih bergelumang dengan kekotoran dan tidak sentiasa membersihkan saban hari, ia akan menyebabkan anda masih meneruskan status quo ‘tidak bersih’ sehingga kejayaan yang layak bagi orang yang bersih ini akan lari atau cepat hilangnya. Orang yang berjaya mempunyai karakter bersih tersendiri walaupun tidak 100%. Kalau orang itu kaya, ia pastinya bersih dari suka berhutang tanpa bayar, bertanggung menguruskan peluang atau berbelanja boros. Kalau orang itu berjaya di akhirat, tentu ia tidak bertangguh dalam setiap peluang untuk membuat pahala di atas muka bumi ini. Kalau Ramadhan ini tidak dijadikan asas untuk anda membersihkan diri, anda mungkin sukar untuk menerima kejayaaan seterusnya. Pilihlah satu atau dua aspek pembersihan diri dan fokuskan pada Ramadhan kali ini. Kemudian ambil aspek pembersihan lain pada bulan-bulan akan datang.

5. Kenali pasangan untuk kejaya. Dalam perenggan di atas, anda perlu menyatakan Ya pada kejayaan yang sedang atau sudah tiba. Pasangan kejayaan ialah kegagalan. Kenali dan fahami perbezaannya. Bila anda faham, ia akan menyebabkan anda lebih bersedia dan meletak ‘pendinding’ untuk gagal. Kalau anda tida tahu apa erti gagal, anda akan terima apa sahaja dan tidak kisah apa yang berlaku dalam kehidupan. Kekadang apabila anda fokus dan meletakkan ‘dinding’ untuk berjaya , anda akan dikira sebagai ‘keras kepala’. Tetapi orang yang berjaya ialah orang yang ‘keras kepala’ dalam sudut yang positif. Jangan takut untuk belajar dan menerima pandangan, walaupun kaedahnya berbeza di antara satu sama lain. Cara orang Malaysia, Mesir dan Amerika menerima pandangan berbeza tetapi anda perlu tahu bagaimanakah karakter anda yang dikira sebagai ‘dinding’. Jangan tiru seperti orang Amerika dalam menerima pendapat sehingga ia menukar karakter anda untuk teguh dalam sesuatu prinsip.

6. Jaga-jaga atu berhati-hati untuk berjaya. Kalau anda tidak berhati-hati dari sekarang, anda mungkin tidak sedar anda sudah berjaya. Ada individu yang tidak sedar ia mempunyai potensi yang besar dan anugerah yang besar. Dia tidak sedar dan berjaga-jaga. Setelah hilang seseorang guru atau syeikh dalam sesuatu masyarakat, barulah ditangiisi dan dikesali. Sudah terlambat. Malah di akhirat nanti, ada yang minta kepada Allah untuk dikembalikan ke dunia untuk membina kejayaan. Tetapi kalau ketika ini tidak peka, sukar untuk peka pada kali kedua kerana ketidakpekaaan itu mempunyai garis dan jalan yang perlu diselusuri. Anda berjaya bangun pagi kerana ambil wudhu’ dan tidur awal. Atau kalau tidakpun anda tidur dengan niat yang betul. Tapi kalau anda ingin bangun awal pada siang hari tetapi pada waktu malam anda tidak berjaga-saga dengan side steps seperti tidak makan makanan berat dsb, anda mungkin akan mengulangi sekali lagi tragedi ‘bangun lambat’.

7. Amanah untuk berjaya. Amanaha atau bertanggungjawab ini berasaskan kepada iman. Kalau anda merasakan Allah itu besar, amanah yang anda pegang sekarang akan dianggap besar. Orang yang berjaya ialah mereka yang sanggup menunaikan amanah dengan baik. Jangan harap anda akan berjaya kalau anda tidak amanah. Lambat laun anda akan jatuh. Tapi kalau anda kecil dan rendah sekarang, dengan amanah anda akan berjaya di dalam bisnes, dakwah dan kehidupan. Jadi jangan dipermaikan amanah. Amanah perlu ditangani dengan baik dan besar. Kalau tidak, anda akan direndahkan dalam kejayaan nanti. Kejayaan bukanlah honor di atas muka bumi ini. Ia adalah tanggungjawab yang makin besar setelah anda berada di atas sana.

 

Jadi anda sudah bersedia untuk berjaya? Kesediaan anda bermakna anda sudah dekat dengan kejayaan. Tepuk dada, tanya iman di bulan Ramadhan. 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Selepas lama tidak menulis..

Sudah lama saya tidak menulis di sini. Sejak 7 Jun 2008 sehinggalah hari ini 26 Ogos 2008. Saya 'merantau'. Merantau...

Close