Antara hati + dan –

Saya sering tertanya-tanya bagaimanakah kaedah untuk menerangkan proses amal seharian. Saya mengkaji dan bertanya. Saya memerhati dan membuat kesimpulan ringkas – antara sumber aqal dan naqal. Rupanya boleh guna kaedah + dan -.

Diagram mudahnya begini :

PIES Process

1.Setiap amalan dan signal dari luar, akan melalui elemen fizikal iaitu deria manusia (mata, telinga, kulit, hidung atau lidah)

2. Ia akan diproses di otak untuk mengetahui nilai inteleknya

3. Ia akan memberi kesan kepada emosi (dikaitkan dengan sistem limbik dalam otak)

4. Namun ia tidak berhenti di peringkat emosi. Emosi ditentukan oleh ruh atau spiritual manusia. Tanpa spiritual atau ruh, elemen fizikal, intelek dan emosi tidak akan berperanan.

Bagaimana menggunakan diagaram ini?

Apabila melihat kepada elemen positif atau negatif di peringkat spiritual, ia adalah qalb yang akan dibawa menghadap Allah nanti.

saleem

26:88. “Hari Yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
26:89. “Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

 

Jadi elemen spiritual yang positif atau baik ini dinamakan qalbun saleem – hati yang sejahtera. Manakala lawan kepada hati yang sejahtera ialah hati yang sakit atau mati – yang mentaati hawa nafsu (dalaman) dan syaitan (luaran).

Setiap kali melewati sesuatu perkara, perlu diarahkan kepada kaedah pemahaman di atas. Sebagai contoh:

Peristiwa: Ada individu memberi komen ‘Dia teruklah’.
Kaedah Penaakulan mengikut step di atas:

1. Deria telinga dengar.
2. Otak berfikir apakah maksud sebenar individu tersebut.  Pelbagai kemungkinan boleh ditafsirkan.
3. Hati akan terkesan jika mendengar komen begitu ditujukan kepada kita.
4. Namun peringkat ini kritikal.

Jika hati sejahtera yang penuh dengan iman berperanan, ia menyatakan: mungkin itu kesilapan saya. Atau dia tidak faham situasi sebenarnya. Atau dia ada masalah. Saya akan cuba mengenalpasti apakah yang menyebabkan dia bercakap sedemikian – moga saya boleh bantu. Jika tidak mampu saya mengenalpasti, saya akan menyatakan ‘Salaam’ (kaedah dalam Surah al-Furqaan tentang ciri Ibadur-Rahman). Moga Allah kurniakan saya dan dia hidayah

Jika hati sakit atau mati, beberapa perkara boleh berlaku:

  • Apa, dia kata saya teruk? Get ready, saya akan membalasnya
  • Teruk? Aku rasa dia yang teruk sebenarnya. Tak nampak ke aku nak buat baik (memang dia tak nampak. Kalau nampak, mungkin dia tak bercakap demikian)
  • Aku rasa dia nie ada masalah hati – samada syubhah atau syahwah. Dia memang rosak dan merosakkan
  • Abaikan je orang macam nie. Menyusahkan orang. Nak buat baik pun susah. Aku bagi sekali nanti, baru tahu.
  • Dan pelbagai aksi membalas dendam yang makin merosakkan keadaan.

Begitulah serba sedikit contoh menggunakan diagram di atas. Semakin master anda menggunakan diagram itu, ia akan menjadikan penaakulan anda makin cepat , samada untuk kebaikan atau keburukan. Penaakulan anda dalam bentuk Blink sahaja – untuk melaksanakannya sesuatu.

Facebook Comments:

2 thoughts on “Antara hati + dan –

  • July 21, 2009 at 9:27 am
    Permalink

    People are innately scared of what they do not know.Imam Siraj Wanhaj once mentioned, the better you know, the better you’ll do.Our precious heart does not automatically become sound.I personally think it is important to teach and nurture our heart to be a good heart. The better we teach our heart to be good, the better it will function inshaAllah.

    Allahu A’alam

    Reply
  • July 31, 2009 at 11:12 am
    Permalink

    Tak sangka kadang2 kita tergolong dalam manusia yang rugi. Ada je alasan yang kita cipta untuk memenangkan diri sendiri…

    Sebenarnya bukan sahaja hati + dan -. Konsep ini boleh dipelbagaikan lagi. Contohnya bila kita nak beribadat, ada je alasan yg kita cipta dgn bantuan saitan supaya kita tak buat amalam sunat, usah kata orang, diri sendiri ni pun sama je.

    Marilah bersama muhasabah diri…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Music for Life?

Dalam artikel sebelum ini bertajuk Muzik? yang ditulis sebagai salah satu hasil aktiviti Eureka, ada komentar tentang bagaimana untuk hidup dengan

Close