EPIS-Cari Suara Hati 1

Persoalan di dalam hati saya, adakah saya juga akan turut mewarisi perkara yang sama apabila saya dewasa kelak? Bukankah perkara yang diwarisi itu amat menakutkan?

Ramai yang saya lihat, apabila mereka habis atau tamat bekerja di pejabat, mereka pulang. Pasti keletihan dan kekecewaan terjelma di wajah mereka dan perkataan yang sering disebut ialah 'letih', 'penat', 'buang masa' dan banyak lagi perkataan-perkataan yang menunjukkan kekecewaan. Begitu juga suasana di alam mahasiswa. Semasa saya di universiti, ramai kenalan saya pun bersikap sedemikian. Apabila pulang sahaja dari kelas atau kuliah, pasti mereka mnegatakan 'boring', 'tidak ada apa-apa sangat' dan berbagai-bagai lagi.

 Adakah suasana atau senario itu menunjukkan bahawa kita sedang 'mewarisi' kerja-kerja yang sama seperti mana orang dahulu lakukan?

 

Dalam firman Allah, surah Az-Zariyat (56);

Tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia supaya mereka beribadah kepadaku

 

Semasa saya menulis artikel ini, saya sedang membaca satu buku yang ditulis oleh S.R. Covey. Di dalam buku ini, saya tertarik dengan satu kisah yang dibawakan oleh Covey. Salah satu kelebihan cerita benar ini ialah, ia mempunyai kaitan juga dengan nilai Emotional Quotient (EQ), Physical Quotient (PQ), Intellectal Quotient (IQ) dan Spiritual Quotient (SQ) dan saya ringkaskan di dalam formula ringkas iaitu EPIS. Apakah kisah benar yang ditulis oleh Covey ini?

 

Muhammad Yunus (MY)

 Kisahnya adalah mengenai seorang lelaki yang bernama di atas (MY).Covey pernah bertanya kepada MY ini ttg kejayaan yang beliau kecapi sekarang ini. MY ialah seorang pengurus besar Grameen Bank (GB). Setakat ini, GB adalah bank yang terbesar dan mempunyai keuntungan yang besar di Bangladesh. Soalan yang pertama ditanya oleh Covey kepada MY ini. 'Apakah misi dan visi yang MY rancangkan untuk berjaya? MY menjawab; 'Sebenarnya saya tidak ada perancangan apa-apa unutk memenuhi misi dan visi kejayaan ini', tetapi ada sesuatu keadaan dan situasi yang menyebabkan saya perlu mengisi misi dan visi ini'

MY mengatakan bahawa, dia sering ke universiti Bangladesh untuk mengajar pelajarnya berkenaan dengan ekonomi. Katanya, setiap kali saya keluar dari kelas, saya akan melihat tengkorak-tengkorak manusia bergelimpangan di luar sana. Saya mula berfikir, untuk apa saya mnegajar subjek ekonomi dan dalam masa yang sama rakyat di Bangladesh ini miskin dan rakyatnya kurus seperti rangka yang sedang bergerak!

MY mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sebuah kampung dan kemudian beliau terserempak dengan seorang makcik yang sedang menganyam tikar. MY begitu teruja dan tertarik dengan hasil anyaman yang dibuat oleh makcik itu. MY betanya kepada makcik itu 'Berapa harga tikar anyaman makcik ini? Makcik itu menjawab 'setiap satu harganya 10 sen'  MY terkejut dengan harga yang dikatakan oleh makcik ini. MY berfikir, adakah rakyat di Bangladsh merempat miskin  kerana 10 sen? bagaimanakah mereka hendak meneruskan kehidupan dengan hasil jualan 10 sen? MY terus melihat disekitar kampung itu dan mendapati bahawa ramai orang-orang kampung mengusahakan benda yang sama dan harga yang sama!

MY merasa kasihan dengan nasib yang dialami oleh rakyatnya sendiri.

 

kemudian, MY pulang ke univeristi dan berjumpa dengan pelajarnya. Lalu mereka berbincang untuk bagaimana membantu rakyat mereka.

akhirnya MY bercadang untuk memberi hutang kepada orang kamung yang miskin itu tadi. Usahanya tidak begitu meluas kerana MY juga tidak mempunyai wang yang banyak untuk memberikan hutang kepada seluruh kampung. MY pun bercadang untuk meminjam kepada bank.

Hari pertama MY ke bank untuk membuat pinjaman. MY berkata kepda pegawai bank 'saya ingin membuat pinjaman bank unutk memberi kepada orang kampung yang miskin supaya mereka dapat mengusahakan perniagaan mereka'  Pegawai bank pun tidak yakin dengan hajat MY lalu menolak pemintaan MY. Usaha MY tidak menjadi dan hampir 10 bank MY pergi dan menceritakan perkara yang sama dan hasilnya pun sama, tidak berjaya.

MY tidak putus asa dan kini dia membuat keputusan bahawa MY akan menjadi penjamin utk setiap apa yang dia lakukan dan akhirnya satu bank menerima permintaan MY. Tetapi permintaan ini di sertai dengan ejekan yang hebat dari pegawai bank. 'Engkau akan menerima akibatnya dari perbuatan engkau ini. Sudah pasti orang-orang miskin itu tidak akan mampu untuk membayarnya semula hutang yang engkau berikan kepada mereka', kata pegawai itu kepada MY. Tetapi MY tidak mengendahkan perkataan itu lalu memulakan niat beliau untuk membantu orang miskin di Bangladesh.

Apa yang berlaku adalah satu perkara yang ajaib. Mereka akhirnya mampu membayar hutang yang telah diberikan oleh MY. MY juga bersyukur dan kemudian pergi semula ke bank tadi untuk membayar semula pinjaman yang di buat oleh MY. Sambil membayarnya semula, pegawai bank yang dahulunya mengejek dan merendah-rendahkan MY terasa terkejut dengan hasil yang dibawa oleh MY. Tetapi pegawai itu terus memperlekehkan MY. 'Kali ini engkau bernasib baik. Ini baru satu kampung. kalu engkau buat 10 kampung, sudah pasti engkau gagal'  Tiba-tiba datang satu idea yang bernas. MY selama ini tidak terlintas untuk membantu 10 kampung dan MY membuat pinjaman yang lebih besar untuk membantu 10 kampung!

Akhirnya 10 kampung itu berjaya membayar semula pinjaman yang telah diberikan oleh MY itu tadi! satu perkara yang luar biasa yang pernah di alami oleh MY sendiri.

 MY berfikir sejenak. 'Mengapa aku tidak menubuhkan bank aku sendiri?' Akhirnya MY membuat keputusan untuk menubuhkan banknya sendiri dan akhirnya MY berjaya menubuhkan banknnya sendiri! Apa yang hebatnya? Kini MY telah berjaya membantu 43 buah kampung di Bangladesh dan kini mencapai keuntungan berbilion hasil dari memberi pinjaman kepada orang miskin!

Pengajaran dari cerita MY

PAda pendapat anda, apakah pengajran yang anda perolehi dari pengalaman MY?

dengan kacamata EPIS, anda sudah pasti dapat melihat bahwa , MY dapat menggunakan kecerdasan emosinya (EQ) untuk merasai kesusahan orang lain. Malah menggunakan perasaan (suara hati) itu untuk membantu orang lain supaya hidup lebih senang.

Perkara yang paling diminati dan disenangi oleh MY ialah, beliau dapat membantu  orang ramai dengan kerjaya yang beliau miliki. Beliau menggunakan IQnya unutk mencari penyelesaian bagi membendung EQnya supaya perasaan orang miskin juga dapat dimotivasikan. Saya berpandangan bahawa orang miskin di kampung tersebut telah memperbaiki taraf hidup mereka dengan bantuan MY. Bukankah begitu? 

MY begitu minat dan suka dengan kehidpuan nya sekarng kerana beliau sering dapat memberi pertolongan kepada manusia.

Persoalan yang perlu kita timbulkan di dalam diri kita sekarang. Adakah kita ingin mewarisi kerja yang sama seperti orang terdahulu lakukan atau kita melakukan satu perubahan melalui kesedaran EPIS tadi?

 

Brother Syamil

EPIS-Mencari Suara Hati 1

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Potensi Diri Manusia

Terdapat satu buku yang ditulis oleh Anthony Robbins; 'Awaken the Giant Within' telah mendapat tempat di kalangan pembaca di seluruh...

Close