Apa kata ‘mereka’ pasal mengundi


Dengan memahami kaedah PIES, kita mampu memahami apakah yang menyebabkan diri kita atau orang lain bersedia untuk mengundi pihak yang mana satu. Ia akan memberi kesan siapakah yang diundi. Berikut antara dialog internal mengikut kategori.

Kumpulan P

  1. Kalau saya undi, dapat berapa ringgit?
  2. Kalau saya undi, dapat elaun atau projek ke?
  3. Saya seorang sahaja. Hanya satu undi. Tak de kesan kalau tidak mengundi.

Kumpulan I

  1. Kalau saya undi, saya dapat PhD tak?
  2. Saya tahu walaupun saya seorang dan membawa satu undi, tetapi itulah asas menjadi 50,000 untuk kemenangan majoriti tokoh pilihan saya.
  3. Kalau saya undi, menangkah tokoh saya nanti? Kalau tak menang, buat apa undi dia.

Kumpulan E

  1. Geng saya undi tak?
  2. Keluarga saya keluar mengundi ke?
  3. Ahli keluarga saya undi siapa ya?
  4. Pasangan saya mengundi siapa? Saya undi samalah
  5. Siapakah tokoh yang paling famous?
  6. Mana parti yang paling terkenal ? Saya tidak mahu jadi ‘kera sumbang’ di tempat sendiri.

Kumpulan S

  1. Saya undi kerana ia adalah amanah memilih pemimpin
  2. Saya undi bukan sahaja tokoh, tetapi kumpulan yang akan membawa kebaikan. Kalau tokoh sahaja hebat, tetapi kumpulannya tidak berbincang dengan kumpulan lain untuk membuat kebaikan, takkan tokoh itu nak buat seorang-seorang manifesto yang dicadangkan.
  3. Saya yakin pertolongan Tuhan kepada yang berkumpulan. Saya tidak mahu undi kumpulan yang kata nak buat kebaikan, tetapi dalam masa memecahbelahkan manusia.
  4. Saya yakin kalau saya undi pihak yang layak, ia akan memberi kesan kepada kemajuan fizikal, intelek dan emosi. Bila berkat, insha-allah Tuhan akan mudahkan urusan di dunia.

Selamat mengundi dengan asas potensi yang benar.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Realiti kebenaran – antara hujah ilmiah dan perubahan sosial

Saya meneliti gaya perbahasan ISMA di laman sesawang ini membidas Ustaz Anhas Opir tentang bolehkah mengundi non-Muslim dalam pilihanraya nanti. Perbahasan...

Close