Apabila ada teknik berfikir


Teknik berfikir memberi ruang untuk setiap insan mengoptimumkan potensi akal. Apabila ada tool untuk berfikir, sesuatu proses berfikir tidak mencapah atau simpang siur atau tidak sedar asal usulnya.

Contoh berfikir tanpa tool memproses idea baru: Sebagai contoh, A memberi idea. Ketika diberi idea, ia belum menjadi keputusan lagi. Namun kerana tiada tool untuk berfikir dalam mendengar idea tersebut, si pendengar lantas akan ‘menghukum menyatakan idea tersebut ‘tidak bagus’.

Contoh bersimpang siur: A menyatakan perkara a,b,c dan d perlu ada untuk menentukan bahawa e itu perlu diteruskan atau tidak. B yang tidak ada tool berfikir untuk membuat keputusan e menyatakan langkah a,b,c dan d itu menyusahkan sahaja. Lantas B menggunakan kaedah a1 untuk terus membuat kesimpulan e.

Contoh sebenar ialah : A menyatakan untuk meneruskan projek Latihan di Sekolah Z, perlu ada pengenalan (a), objektif (b), mekanisme (c) dan bajet (d). Kerana B tidak menghargai teknik berfikir begini, beliau menyatakan tidak sesuai projek ini kerana beliau menyatakan sekolah ini tidak pernah mengendalikan latihan bersama syarikat Melayu ! (a1)

Contoh mencapah: A memberi idea bagaimana rumah boleh menjadi ruang untuk menambah pendapatan. B yang mendengar ‘pendapatan’ terus berkongsi kisah bagaimana beliau amat sempit kehidupannya, dan rumah jirannya lagi sempit, malah dibandingkan rumah sempit amatlah sempit. Kesimpulan B ialah kita lebih baik dari semut!

Inilah kesan adanya teknik berfikir yang jelas dan mantap.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
CoRT secara ringkas

CoRT ialah Cognitive Research Trust - membekalkan 58 alat untuk berfikir oleh Edward de Bono. Saya mengkaji dan membandingkan dengan...

Close