Kalau ikut training atau baca buku yang banyak


Banyak pergi latihan? Kursus?

Atau baca banyak buku?

Pilih satu. Fokuskan. Ini cara untuk menjadikan seseorang itu efektif dan berkesan.

Mana satu yang perlu diberi perhatian? 

Bukan sekadar satu cebisan ilmu, tetapi fokuskan kepada satu model yang baik dan komprehensif. Yang paling komprehensif ialah model Islam. Cuma kekadang ada individu yang tidak sedar bagaimanakah model Islam, maka pilih satu buku atau latihan yang boleh membekalkan model yang baik untuk diri manusia. Kemudian daripada poin itu, kembangkan model itu untuk mampu kita menyaring manakah latihan yang bermanfaat atau tidak. Apabila ada model, mudah kita menyaring samada buku yang ada itu bermanfaat atau perlu diambil pengajaran untuk dijauhi.

Cabaran pergi banyak program

Salah satu cabaran banyak program ialah tidak tahu mana yang ingin diamalkan. Sana pergi, sini pergi. Tetapi untuk diamalkan sendiri? Tak pasti.

Untuk mengelakkan tidak pasti, cari dan cari. Namun dalam diri letakkan satu model. Kemudian cari lagi ilmu dan buku untuk memantapkan model dalam diri.

Tanpanya, anda akan sentiasa dibawa angin. Model ada banyak dari manusia, tetapi model dari Tuhan hanya ada satu. Islam.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Selesai cabaran 2 cara

Sesuatu masalah boleh diselesaikan dengan  2 cara: Manusia-manusia Manusia - Tuhan Cara 1 akan menyebabkan kita mencari 1001 sebab dan...

Close