Virus Dogmatik

Dogmatisme merupakan satu terminologi yang dibukukan di dalam kamus dengan melihat peristiwa yang berlaku pada zaman Kegelapan Eropah atau The Dark Ages pada kurun ke 11 hingga ke 13. Pada ketika itu, masyarakat Eropah telah dikuasai secara eksplisit termasuk cara dan budaya kerana pihak gereja telah mencengkam keseluruhan aktiviti masyarakat Eropah; politik, ekonomi dan sosial. Pihak gereja juga telah menanamkan di dalam pemikiran masyarakat Eropah supaya taat dan tidak mempersoalkan dengan apa tindak-tanduk pihak gereja terhadap mereka. Mereka juga menganggapkan diri mereka sebagai wakil Tuhan yang suci dari dosa dan kesalahan. Masyarakat Eropah tidak dapat serta berpeluang untuk mengubah nasib mereka kerana mereka telah ditanamkan dengan amalan dogma ini selama seribu tahun lamanya!
 
Dogma ada bertopengkan seperti ideologi, fahaman, doktrin yang sebenarnya memanipulasikan keadaan supaya tidak ada persoalan, perbalahan dan bantahan demi kepentingan sebelah pihak. Topeng seperti sekularisma, imperialisme, liberalisme, kapitalisme, nazisme, zionisme dan banyak lagi isme yang sebenarnya menerapkan falsafah dogmatik ini.
 
Lihat juga kepada budaya dan cara hidup masyarakat Arab yang diceritakan di dalam seerah dan sejarah kaum tanah Arab dimana apabila Al-Quran menanyakan kepada mereka bahawa telah datang kepada mereka satu petunjuk dan hidayah yang dapat menyelamatkan mereka, tetapi mereka tetap dogma dan mengamalkan terus ajaran dan budaya nenek moyang mereka. Dogmatik dikalangan kaum Arab sebelum kehadiran Islam yang mengamalkan etnocentrism ini sebenarnya telah meletakkan martabat dan kedudukan masyarakat kaum ini oleh Quran sebagai kaum JAHILIYYAH.
 
Senario yang sama boleh kita lihat di peringkat global, seperti yang berlaku di dalam arena politik, ekonomi dan sosial dunia di mana US meletakkan amalan demokrasi, liberalisasi, kapitalisme, hedonisme dan sebagainya tanpa ada sebarang usul kajian dan ilmiah yang dapat menyangkal amalan US dan kini diterap di hampir seluruh dunia dengan sikap dogmatik kita. Negara-negara Islam juga mengambil langkah dogma dan menjadikan ianya sebagai satu ikutan yang tidak lagi perlu kepada persoalan dan juga pertikaian.
 
Dogma agama secara berskala global yang berlaku seperti di Perancis dan Turkey adalah sangat merbahaya dan boleh menggugatkan kesucian serta kemuliaan tuntutan di dalam agama. Mereka menolak hijab dan menganggap bahawa hijab ini merupakan satu kepayahan dan bukan lagi keperluan. Boleh juga dikatakan bahawa hijab ini tidak mengikuti arus zaman yang moden. Tidakkah dogmatik ini sangat merbahaya kepada kita? Seharusnya individu muslim mengambil inisiatif membuka, membaca, menilai dan mendalami Al-Quran dan bukannya mengambil keputusan pemerintah itu sebagai perkara mutlak.
 
Di peringkat nasional pula iaitu di Malaysia juga, amalan dogmatik amat tebal dan sukar dikikis kerana ianya bermula dari institusi kekeluargaan itu sendiri. Budaya dan adat amat menebal dikalangan masyarakat kita sehinggakan tidak lagi boleh dipertikaikan. Biar mati anak jangan mati adat, merupakan pepatah melayu yang sangat terkenal di zaman kemelayuan dahulu dan ini sebenarnya dogma! Apa pula yang berlaku kini, pada abad ke 21? ISLAM HADARI? Tidakkah itu dogma yang sebenarnya mula berkembang di dalam pemikiran orang Melayu kita pada zaman millennium ini? Perubahan fizikal kita cepat berubah, namun pemikiran dan keintelektualan kita teramatlah lemah sekali.
 
Dogmastik Di Dalam Aktivisme Dakwah
 
Sedar tidak sedar, kebanyakkan aktivisme dakwah juga tidak terkecuali dengan anasir penyakit dogma ini. Kadangkala ia ada di dalam amalan, tindakan, tutur kata dan bermacam-macam lagi yang sebenarnya menunjukkan kita masih terperangkap dengan anasir dogma. Aktivisme dakwah seharusnya bersih dan suci dari sikap dan penerapan budaya dogmatik ini. Seharusnya aktivisme dakwah itu diambil secara puritisme supaya perjuangan aktivisme dakwah itu terus diterima dan menjadi amalan yang cukup besar dan sahih di dalam medan dakwah sebenar.
 
Amalan dogmatik akan mencacatkan perjuangan dan lebih-lebih lagi ianya akan bersifat sementara dan tidak mempunyai nafas yang panjang. Budaya ilmu dan penghayatan wajar di pertingkatkan di dalam amalan kehidupan kita supaya setiap perbuatan serta amalan adalah bebas dari sifat kejahilan. Budaya ikut mengikut tanpa ada usul ilmiah serta perbahasan akan menghadkan aktivisme kerana ilmu itu tidak diperkembang dan diperluaskan di dalam ruang minda pendakwah.
 
Aktivisme juga akan bersifat eksklusif dan terhad kerana pemikiran dogma tidak berkeupayaan untuk memperluaskan ruang legar pemikiran holistic. Pemainan aktivitisme bersifat deduktif dan risalah Islam adalah berstatus deduktif dan ianya wajar diperluaskan pada semua peringkat tanpa batasan dan sempadan. Tetapi sudahkah kita berfikiran anti dogmastik?
 
Untuk menangani masalah dogmatik di dalam aktivisme dakwah ini, sikap dan budaya ilimiah seperti kajian, pembacaan, perbahasan perlu DIPERTINGKATKAN demi mengeluarkan kita dari daerah kejahilan. Perlu dipastikan bahawa dogmatisme ini tidak ada di dalam diri serta aktivisme dakwah supaya terpelihara dari kejahilan yang nyata. Tingkatkan budaya ilmu dan istiqamah di dalam ilmu.
 
Hadith Riwayat Muslim;
 
Barangsiapa yang menempuh jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan menuju ke syurga. Tidaklah satu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, rahmat Allah memenuh mereka, malaikat menaungi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan makhluk yang berada di sisi Nya dan barangsiapa yang lambat amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
EPIS-Cari Suara Hati 1

Saya begitu teruja apabila mendapati bahawa saya adalah manusia yang penuh dengan potensi. Selama ini saya menganggap bahawa kehidupan ini...

Close