Antara Jantung dan Hati

Akibatnya kita telah tersalah terjemah ungkapan “sweet-heart” sebagai “buah hati” yang sepatutnya “buah jantung” kerana heart itu ialah jantung – bukan hati !  Begitu jugak istilah “broken-hearted” bukanlah “patah hati” tetapi lebih tepat lagi disebut “patah jantung” !
 
Dalam Islam sendiri perkataan heart itu dirujuk kepada jantung – bukan hati.  Misalnya dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “qalb” atau kalbu. Apakah yang kita maksudkan “kalbu” itu sebagi hati atau jantung ? Nabi kita Muhammad s.a.w pernah berkata, “Dalam diri manusia ada seketul daging yang jika baik daging itu akan baiklah orang itu; begitu juga sebaliknya.”  Apakah maksud “seketul daging” itu hati atau jantung ?  Nyatalah ulama kita kita telah  menterjemahkan  seketul daging itu sebagai “hati” (liver) yang sepatutnya “jantung” (heart).
 
Lagi satu contoh: ketika Nabi Muhammad masih kanak-kanak, malaikat telah membelah dadanya untuk membersihkan satu organ dalamannya.  Apakah yang dibersihkan oleh malaikat itu jantung atau hati ?  Jika organ itu hati kenapa pulak malaikat membedah dada nabi sedangkan hati (liver) bukannya terletak di dada…….. …..Oleh itu nyatalah malaikat telah membersihkan jantung Nabi yang terletak di dada !
 
Apakah sama perkataan “sakit hati” dengan “sakit jantung” ?  Di sinilah letaknya kekeliruan kita !!  Apa pendapat anda semua ?

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mengapa kita begitu lambat dan lembab?

Sejak melibatkan diri di dalam dunia membentuk dan mengenali hakikat diri sendiri, barulah aku sedar bahawa terdapat banyak perkara yang

Close