Mengurus Kejayaan
Ada waktunya kita akan bertanya mengapa kita sering gagal dalam mencapai kejayaan dalam hidup setelah banyak tenaga, fikiran dan masa dicurahkan?
Salah satu sebabnya mungkin kerana kita belum bersedia untuk menerima kejayaan tersebut. Kita selalu memohon kepada Tuhan untuk menggenggam kejayaan yang hebat. Persoalannya adakah kita telah menyiapkan diri kita untuk memikul beban kejayaan itu?
Tuhan tidak akan memberikan kejayaan kepada orang yang tidak tahu untuk menguruskannya.
Ada manusia yang lupa Tuhannya, membelanjakan wang ke tempat yang buruk, membazir keatas perkara yang tidak perlu, terlalai dengan kumpulan manusia yang suka berseronok, kedekut kepada yang tidak mampu dan gelap mata dengan pujian manusia.
Adakah perkara tersebut berlaku kepada kepada orang yang miskin, tiada pangkat dan pengaruh? Ianya banyak terjadi setelah manusia memiliki pelbagai kejayaan dalam hidupnya.
Atas sebab itu kejayaan sebenar amat sukar untuk dicapai jika kita tidak mempersiapkan diri dengan segala benteng. Disiplin yang ketat, penjagaan solat dan zakat, hubungan manusia dan alam sekitar serta penggunaan waktu yang bijak antara perkara yang perlu dijaga untuk menarik kejayaan.
Kejayaan itu akan bermula dengan perasaan hati dan jiwa yang sentiasa tenang.
Allah Yang Maha Tahu yang nyata dan yang tersembunyi.