Bila lebih kuantiti berbanding kualiti

Hidup akan menjadi tergesa-gesa apabila melihat kepada kuantiti.

Dalam satu mesyuarat, saya terkejut dan terkesima dengan satu ‘noktah’ penting antara kualiti dan kuantiti.

Saya targetkan satu program yang ada 2000 orang. Saya menjangkakan program ini hebat. Saya tahu ia akan jadi hebat. Namun apa yang dikejar?

Setelah dikira-kira, hadir 1000 orang sahaja sudah cukup jika bagi setiap penceramah hanya dibayar kadar standard- RM 3000 sehari. Jika seorang membayar RM 200 untuk sehari, 1000 orang sudah menghasilkan 200K. Bayaran untuk 20 penceramah hanya 60K. Ada baki RM 140K untuk dewan, makanan, AJK dan keuntungan pada penganjur.

Quantity-v-Quality-300x300Nombor saya

Jadi dalam dunia ini tidak perlu kejar nombor atau kuantiti sahaja. Kualiti amat perlu diberi perhatian. Saya pernah baca dari Tony Schawartz bahawa kualiti lebih utama dari kuantiti. Kualiti akan mendekati tujuan atau matlamat. Namun dalam kehidupan kekadang kuantiti ini menjadi bahasa harian.

Apa kesan mengetahui perkara ini? Saya perlu rancang sesuatu yang berkualiti untuk diberi dan ditinggalkan. Seorang pemegang PhD pernah beritahu dalam satu ucapan penutup program di Shah Alam. Beliau saya bertemu di Jepun. Kata beliau “Saya masih tercari-cari apakah perkara bermanfaat sebagai legasi untuk saya memberi manfaat pada dunia.”

Saya ada buku. Tapi tidak cukup apa yang ada. Saya perlu memberi fokus bukan kepada kuantiti RM sahaja untuk jangka masa pendek dan panjang. Buku ialah salah satu lambang kualiti dengan masa yang digunakan. Mencari peluang bisnes ada banyak, tetapi pada masanya, kandungan yang berkualiti juga yang akan dicari.

Saya nekad untuk menulis lebih kuat lagi. Insha-Allah.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Banyakkan positif, kurangkan negatif ketika merancang

Dalam merancang sesuatu perkara, lihat sisi optimis lebih dari negatif. Optimis sebenar ialah dengan yakin kepada Pencipta. Negatif memang tetap

Close