Umum

Apakah yang ingin dipuji

“Tahniah kerana dapat 5A”

“Tahniah kerana beli kereta baru. Hebat kamu nie..”

“Tahniah kerana masuk universiti.”

“Hebat kamu nie mampu beli rumah besar.”

Sesuaikah pujian di atas? Ia bergantung apakah perkara yang kita iktiraf. Perkara baik memang layak dipuji. Namun adakah tidak mendapat 5A tidak layak dipuji? Teruk sangatkan kalau dapat 3A? Atau 3B?

Cara Pandang

Apabila seseorang memuji seseorang yang lain, ia bergantung cara pandang si pemuji. Namun sudah tentunya, pujian ini akan memberi kesan kepada orang sekeliling yang mendengarnya.

Anak yang dipuji dapat 5A akan naik estim dirinya. Namun anak yang dapat 3B di tepinya akan merasakan apalah guna diri ini.

Anak dapat 5A dapat hadiah. Anak yang berusaha sungguh dari 3C menjadi 3B tidak mendapat hadiah.

Dunia ini bukan tempat adil

Lantaran itu, dunia bukanlah tempat adil untuk mendapat apa yang layak. Yang menolong guru tidak semestinya dapat hadiah di atas pentas. Namun yang belajar mendapat 5A tanpa menolong guru, akan diberi penghargaan yang hebat.

Bagi yang ingin memuji, respon itu perlu diperhatikan. Kalau mahu puji 5A, puji pada tempat yang sesuai agar si empunya 3C tidak punah estim diri.

Bagi yang tidak mendapat pujian, respon anda perlu diambil kira. Jangan harapkan pujian, tetapi buktikan kepada diri bahawa anda akan terus membina kejayaan. Ada perkara pujian yang boleh menjadi cabaran untuk kita laksanakan dan dapatkan, tetapi ucapan tahniah 5A tidak perlu dilayan dengan usaha untuk mendapatkan 5A lagi kerana ia sudah kurang relevan apabila melepasi alam tahun 6.

Malah 5A itu bukan kata kerja. Kata nama tidak layak dipuji kepada manusia kerana banyak kesan sampingannya.  Maha Pencipta yang mengizinkan segala-galanya.

Bagaimana mahu memuji agar tidak jadi materialisme

“Tahniah atas  kejayaan dapat idaman rumah baru ini. Saya doakan ia menjadi rumah yang diberkati.”

“Tahniah akhirnya kamu berjaya untuk mendapatkan kenderaan baru. Alhamdulillah. Saya doakan ia memberi manfaat kepada tuan untuk berbuat kebaikan.”

“Alhamdulillah. Mabruk atas pencapaian A. Saya doakan awak terus berusaha gigih untuk mencapai kejayaan demi kejayaan.”

“Alhamdulillah. Awak dapat 3B dan dalam masa yang sama awak rajin menolong cikgu. Saya doakan awak berjaya dalam bidang yang awak ceburi dengan pencapaian awak dan ringan tulang yang diamalkan.”

Masukkan nilai spiritual agar ia tidak kematu dalam ruang lingkup materialisme.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bila lebih kuantiti berbanding kualiti

Hidup akan menjadi tergesa-gesa apabila melihat kepada kuantiti. Dalam satu mesyuarat, saya terkejut dan terkesima dengan satu 'noktah' penting antara

Close