Self-Help berteraskan Aqal dan Self-Help berteraskan Wahyu

Saya ambil kesempatan menulis berkongsi pandangan tentang dunia motivasi dengan diskusi pelbagai tahap. Bagi sesetengah ahli masyarakat, menjadi seorang pakar motivasi atau jurulatih tiada beza.

Jika diselidik lebih dalam, seorang motivator akan banyak berceramah atau berkata, manakala seorang trainer akan menyampaikan kemahiran kepada peserta dengan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan. Nabi Musa berlatih dahulu bersama Pencipta-Nya dengan dilemparkan tongkat menjadi ular, sebelum benar-benar beraksi di hadapan Firaun.  Memang takut ketika berlatih, tetapi perasaan itu sudah ‘dipelajari’ selepas latihan itu dan ini adalah bekalan kemahiran untuk menghadapi Firaun dan menterinya.

Adakah saya seorang motivator? Mungkin tidak. Namun kekadang dipanggil motivator. Malah dipanggil ustaz. Yang pasti, saya adalah seorang trainer.

Buku SHAM

Ada satu buku yang boleh dibahaskan keberkesanan dunia motivasi yang dikaitkan dengan self-help.

SHAM: HOW THE SELF-HELP MOVEMENT MADE AMERICA HELPLESS.

Ada beberapa perkara tentang buku ini:

  1. Ia mengetengahkan berita tentang dunia self-help dan kebobrokannya.
  2. Ia dikaji dengan akal Encik Steve Salerno.
  3. Adakah alternatif yang dicadangkan? Ada cadangan akal serba sedikit.

Saya melihat buku SHAM

Saya tidak melihat jauh dari segi butiran. Sedikit komen tentang latar buku ini:

  1. Buku SHAM ini mengkaji dunia self-help Barat. Dunia self-help Barat berteraskan aqal Dr Phil atau Dr Gray. Atau aqal Anthony Robbins.
  2. Dunia self-help Islam adakah sama? Sudah tentu tidak. Self-help ini perlulah dengan mengaitkan dengan kehebatan Allah sebagaimana dalam firman berikut:Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka). (59:19)Diri dikaitkan dengan nafs. Kalau istilah self-help kurang tepat kerana amat self-centered, mungkin istilah God-help perlu digunakan. Jika masih istilah self-help digunakan, self di Barat itu berbeza dengan self dalam tradisi Islam. Self dalam tradisi Islam perlu God-centered. Self yang ingat kepada Allah serta mengikut sunnah. Wahyu menjadi panduan. Bukan aqal semata-mata seperti Dr Phil, Anthony Robbins, Stephen R Covey, Gary Chapman,  Richard Bandler, John Grinder atau penulis SHAM – Steve Salerno.

Apabila individu berteraskan wahyu memegang kajian akal

SHAM adalah contoh wakil kajian akal. Seperti Unlimited Power oleh Anthony Robbins atau NLP yang diperkenalkan oleh Bandler. Bezanya ialah: SHAM kritik Anthony Robbins, Unlimited Power adalah buku mengetengahkan self help dan NLP adalah modul self-help yang banyak diguna oleh Anthony Robbins atau trainer di dunia.

Apabila pakej SHAM atau Unlimited Power atau NLP amat lawa, ramai yang teruja dengan pakej ‘akal’ ini. Ia dipakejkan dengan ‘fakta’, testimonial, sejarah, logik dan eksperimen dalam dunia akademik atau non-akademik. Yang tidak ada ialah wahyu.

Sudah tentunya barisan motivator, trainer atau individu pendengar yang berpegang wahyu tidak layak hanya berteraskan kajian mereka samada ketika menyokong atau mengkritik self-help Barat. Sumber ilmu atau epistemologi tidak konsisten dengan apa yang ada dalam diri yang dikurniakan wahyu.

5 Jenis Dalil

Jika dalil boleh dipecahkan, minimum ada 5 kategori:

  1. Dalil naqli (berteraskan sumber wahyu, al-Quran dan as-Sunnah yang hanya wujud mapan dalam Islam)
  2. Dalil aqli (berteraskan logik akal dan kajian akal seperti ilmu berfikir, falsafah, mantik, matematik dan bahasa)
  3. Dalil hissi (berteraskan deria dan dikaitkan dengan fakta dalam dunia sains atau yang boleh diperhatikan oleh deria manusia)
  4. Dalil fitri (berteraskan fitrah dan motivasi manusia. Ia dikaitkan dengan ilmu psikologi, sosiologi atau antropologi)
  5. Dalil tarikhi (berteraskan sejarah, sirah, pengalaman, cerita dan testimonial)

Apa yang ada dalam SHAM, Unlimited Power dan NLP? Semua kecuali no 1.

Realiti dunia motivasi dan training

ceramah

Ada spektrum yang luas dalam dunia motivasi dan training di Malaysia.

Ramai penceramah motivasi yang amat berpegang kepada modul self-help Barat. Ada juga yang berteraskan kepada motivasi sumber wahyu seperti ditulis oleh Dr Malik Badri, Dr Usman Najati dan Amru Khaled atau Nouman Ali Khan.

Ramai jurulatih yang berpegang kepada sijil dan modul langsung dari Barat. Sanggup pergi dari satu sijil kepada sijil yang lain untuk diletakkan dalam biodata dan kad bisnes. Ada juga yang mengamalkan kaedah berteraskan wahyu seperti Syeikh Muhammad asy-Syareef dengan modul RedPills atau DiscoverU atau Syeikh Riad Ourzazi.

Dunia motivasi terlampau ‘kotor’?

Dunia motivasi ‘kotor’ jika selama ini ia banyak diisi ideologi materialisme yang dibangunkan oleh kumpulan tidak berteraskan wahyu. Berbanding seruan Surah al-Kahf yang memfokuskan kepada spiritual sebagai asas untuk menghadapi akhir zaman, modul dari Anthony Robbins atau Bandler adalah seperti ‘melontar dalam ghaib’. Ibrah dari ayat 18:22 ialah banyak perkara yang berkaitan ‘tip’ dan ‘rahsia’ untuk berani dan berjaya dari individu tanpa asas wahyu ini dilaksanakan secara ‘rajmam bil-ghoib’ atau melontar dalam ghaib.

 

Kalau kena, jadilah testimoni. Kalau tidak kena, simpan bawah karpet.

Dunia motivasi amat banyak dengan ‘rojmam bil-ghoib’

Dunia latihan amat banyak dengan ‘rojmam bil-ghoib’.

Dunia akademik juga ada ‘rojmam bil-ghoib’ kerana amat banyak ‘assumptions’ yang perlu saya buat dalam makmal atau menyiapkan projek Kejuruteraan Kimia tahun akhir di US dahulu. Memanglah sebagai seorang hamba, ilmu kita tidak sempurna. Perlu buat assumptions. Namun kalau hanya menggunakan bukti aqli, hissi, tarikhi dan fitri sahaja, ia amat berisiko.

Tidak pelik ramai pendengar ceramah motivasi atau yang menghadiri dunia latihan berpaksi self-help mazhab Anthony Robbins atau Bandler atau Steve Salerno amat kecewa. Samada di kalangan yang ada paksi wahyu atau tidak. Semua tercari-cari mana penceramah motivasi dan jurulatih yang ada 5 jenis pembuktian ini:

  1. Dalil naqli
  2. Dalil aqli
  3. Dalil hissi
  4. Dalil fitri
  5. Dalil tarikhi

Atau kalau ada dalil lain yang perlu dimasukkan. Amat penting ialah sumber wahyu. No 1.

Pembaikian

Bukan sekadar pendengar motivasi sahaja tercari-cari model atau panduan berteraskan wahyu, tetapi para motivator atau jurulatih serta ahli akademik mencari-cari perkara itu. Kalau rakyat Belanda atau Turki kurang atau langsung tiada motivasi, benarkah ia sedemikian ?

Selagi ada organisasi di mana-mana negara, akan ada usaha pembelajaran. Pembelajaran ilmu atau kemahiran itu pasti melibatkan penceramah motivasi atau trainer. Ia mungkin digelar nama lain. Namun proses pemindahan ilmu atau kemahiran itu adalah proses pendidikan yang berlaku di mana-mana. Samada digelar pensyarah, motivator atau trainer, semua ini perlukan wahyu agar tragedi SHAM tidak berlaku.

Model ini perlu diperkasa.

Barisan motivator, semak apa yang dicakap itu jika sudah ada 5 jenis dalil atau sekadar ‘menurut kajian saya…’.

Barisan trainer, semak dulu apa yang di’modul’kan itu benarkah menepati dalil-dalil tersebut terutamanya wahyu atau ia bersifat ‘wahyu materialistik’. Ada kira-kira Excel untuk mengetahui keakraban dengan kejayaan atau Tuhan.

Barisan ahli akademik atau pensyarah, tentukan falsafah ilmu setiap disiplin itu diasaskan kepada falsafah ilmu Islam. Epistemologi, aksiologi dan ontologi itu perlu jelas – bukan sekadar berlindung di sebalik ‘kajian dan jurnal.

Saya mendoakan semua insan yang peka dalam dunia motivasi, training atau akademik akan bersatu hati membawa mesej wahyu dengan kandungan (content) terbaik bukan sekadar pada output, tetapi input dan prosesnya. Kalau input atau proses silap, output pelik suatu masa dahulu kini saya boleh nampak sebabnya. Apakah output pelik  tersebut? Pendidik yang bersifat amat materialistik  – memisahkan antara dunia dan matlamat hidup sebenar.

Saya temuinya ketika hampir saya menamatkan pelajarn di US dulu.

“Prof Houz, berapa ahli keluarga Prof? Berapa anak?” Saya berborak dengan Prof Houz di US dahulu dalam subjek Fluid Mechanics.

“Saya ada 2 orang anak sahaja. Tidak perlu ramai-ramai sekarang. Dulu perlu anak ramai untuk membantu si ayah bertani di ladang. Not anymore now…”

Saya harap kurang atau sifar Proz Houz dalam dunia akademik, training dan motivasi di Malaysia di kalangan rakan segama dengan saya.

 

 

 

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Apakah yang ingin dipuji

"Tahniah kerana dapat 5A" "Tahniah kerana beli kereta baru. Hebat kamu nie.." "Tahniah kerana masuk universiti." "Hebat kamu nie mampu

Close