Singkat dalam memuji Pencipta, Panjang ketika bersama manusia


Singkat dalam memuji Pencipta, Panjang ketika bersama manusia

 

Pujian sesama manusia

“Awak cantik.”

“Awak pandai.”

Ayat di atas ialah ayat pujian. Namun ia memberi kesan negatif kepada si pendengar. Ini disebabkan pujian akan menyebabkan seseorang berusaha untuk kekal pada apa yang dipuji.

Kalau yang dipuji ialah pada kata nama, ada dua implikasi:

  1. Pendengar akan cuba mengekalkan ‘cantik’ dan ‘pandai’nya. Seorang isteri akan terus ke spa atau facial shop untuk kekal cantik – walaupun usia sudah mencecah 60-an. Si pelajar akan cuba mengekalkan A dan pandainya walaupun terpaksa menipu.
  2. Si pendengar tidak pasti pada bahagian mana yang cantik atau pandai – lantas ia akan mewujudkan keadaan ‘syok sendiri.’

Atas dasar itu, untuk memuji, ia perlu difokuskan kepada kata kerja di peringkat manusia. Secara tidak langsung, ia menampakkan ketidaksempurnaan seorang manusia yang dipuji. Hanya dengan bekerja dan melaksanakan sesuatu perkara – baru layak dipuji atau diiktiraf.

“Tahniah Ahmad kerana anda awal datang ke kelas.”

Ahmad hanya mendapat tahniah kerana kerjanya yang datang awal ke kelas. Hal lain belum layak lagi untuk ditahniahkan.

Pujian pada Pencipta

Dalam Surah al-Fatihah, ada dinyatakan istilah Alhamdu yang merujuk kepada segala pujian dan ia amat singkat berbanding dengan gelaran pujian sesama manusia. Perkataan yang panjang itu menunjukkan ketidaksempurnaan.Perkataan yang pendek tetapi mempunyai maksud yang luas itu adalah satu tanda yang penting bagi menunjukkan kesempurnaan Pencipta.

Rasionalnya, yang banyak perlu dipuji adalah Allah. Allah mengajar bagaimana hendak memuji. Apabila kita memuji berjela-jela ia menunjukkan ketidaksempurnaan. Oleh itu Allah mengajar Alhamdu. Hanya yang layak dipuji secara pendek ialah Pencipta alam ini yang tahu bagaimana untuk dipuji oleh hamba-Nya.

 

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Pendidik menyebarkan rahmat

"Awak kena takut Allah. Allah sentiasa perhatikan awak." "Awak tak takut Allah?" "Nanti awak catat kesilapan mereka," kata Guru Penasihat...

Close