3 Syarat layak pujian


Hari ini saya membaca Surah al-Kahf. Apakah kandungan yang boleh ditadabur pada hari ini?

Menurut tafsir Quraisy Shihab, kata al-hamd yang memulakan Surah al-Kahf membezakan konsep syukur di mana al-hamd yang bermaksud segala pujian merujuk kepada nikmat yang tidak semestinya kita dapat. Inilah juga makna dalam Surah al-Fatihah.

Apakah tanda pujian layak bagi seseorang?

Ada 3 perkara :

  • Ketika perbuatannya indah dan baik
  • Dilakukan secara sedar
  • Tidak dipaksa
Apabila kita memuji Allah dalam Surah al-Kahf, ia menunjukkan ciri-ciri di atas. Pujian ini berlaku sepanjang masa, tidak seperti pujian kepada manusia yang boleh naik dan turun. Bagi seorang insan, jika diri tidak dipuji atau dipuji, ia akan dikembalikan kepada Yang Maha Terpuji.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Perkataan ‘of’ yang penting

"Thinking of something" diterjemahkan sebagai 'memikirkan sesuatu' "Desk of Ahmad's friend / Ahmad's friend's desk" diterjemahkan 'meja kawan Ahmad'. Hanya...

Close