Di mana ingin kucari?


Minggu lepas saya sering outstation. Saya mengendalikan program di Jelebu, Pulau Pinang, Melaka dan Sabak Bernam. Banyak mutiara yang saya peroleh. Antara soalan yang sering saya jumpai dari kalangan peserta yang beragama Islam: di mana ingin saya cari formula atau ‘tools’ dalam al-Quran untuk memantapkan diri saya sebagai pemimpin di tempat kerja? Saya terdiam. Saya yakin ini ialah tugasan baru bagi saya.


Ramai orang yang ingin kembali kepada kebenaran. Ramai individu yang ingin percaya al-Quran. Ramai insan yang sudah sedia percaya al-Quran ini hebat. Namun kekadang soalan yang ditanyakan dalam benak namun sukar untuk dikongsi atau dinyatakan:

  • manakah formula atau aspek praktikal yang boleh saya gunakan terus dari sumber al-Quran?
  • al-Quran ini nampak tidak structured
  • benarkah pengurusan organisasi ada dalam al-Quran
  • adakah diterangkan kemahiran conceptual, human & technical

Dalam program baru-baru ini, saya membuka ruang sekali lagi. Ramai yang seronok dengan memberi ruang mereka berkongsi. Malah salah seorang peserta yang pernah mengikuti program saya tahun lepas menulis sesuatu (diedit untuk menjaga privacy):

Terima kasih di atas bimbingan sepanjang program ini. If only the same approach was used back in previous program, I could be a better person in terms of spiritual and also emotional management. Anyway, thank you and keep up the great work in making great changes in people like me!

Ikhlas,

Puan L (bukan nama sebenar)

P/S Personally I believe the approach was quite different used before!

Saya membaca nota tersebut tanpa kata yang diserahkan pada akhir program. Saya tahu beliau mengikuti program saya tahun lepas. Saya menjangkakan apa yang saya akan sampaikan akan ‘membosankan’ beliau kerana topik yang disampaikan hampir sama – CASIC. Namun rupanya kerana saya menyentuh bab spiritual lebih dalam untuk pengurusan organisasi, ia memberi kesan yang berbeza.

Ramai yang menyimpan kata dan tanya : di mana ingin kucari ayat panduan dalam al-Quran?

Saya berazam untuk selepas ini terutama ketika Ramadhan: asbabun nuzul perlu dikaji – mencari ‘context’ untuk ‘content’ al-Quran – disaring dan dinilai untuk menjadi ‘tools’ yang mudah digunakan pada bila-bila masa. Agar lebih ramai individu yang dapat merasai perubahan diri seperti Puan L.

Facebook Comments:

Leave a Comment