Adakah kerana aku berfikir secara sistemik …


Saya membandingkan pelbagai reaksi manusia dalam program dan di luar program. Saya merasakan mereka memang bagus berinteraksi dengan segala cabaran yang ada – samada secara reaktif atau proaktif. Namun saya persoalkan diri saya jika saya ini ‘cool’ sahaja berhadapan dengan sesuatu atau ada sesuatu yang tidak kena. Adakah ia penangan pemikiran sistemik yang saya kaji ?

Saya mula mengkaji Pemikiran Sistemik sejak 2001 ketika di US. Sehabisnya tamat belajar, saya ke Mesir. Di sanalah saya menulis manuskrip lengkap dan kemudian diterbitkan di sana. Sesampainya di Malaysia pada 2003, saya menerbitkannya di bawaha PTS. Pemikiran Sistemik disampaikan dari semasa ke semasa. Saya mengkaji dan hadir dengan 10 Prinsip dalam Pemikiran Sistemik. Saya mengajar dan berkongsi.

Kaedah berfikir sistemik

Sistemik berbeza dengan sistematik. Beza itu bukan bermaksud sistemik lawan kepada sistematik. Sistemik adalah langkah seterusnya kalau seseorang itu sudah sistematik. Sistematik penting untuk mencapai sistemik. Cuma sistemik melihat bahawa jangan sampai kita terperangkap dengan sistematik hingga hilang arah tuju memandang hakikat sesuatu. Sistematik ialah untuk memudahkan melihat sesuatu, tetapi sebagai ‘simplistic’.

Untuk berfikir sistemik, perlu dikumpulan data dan info untuk membuat keputusan. Tidak boleh sekadar satu dua perkara berlaku, maka diambil keputusan tentang sesuatu perkara. Mungkin inilah yang menyebabkan saya perlu ‘cool’ dahulu dalam berhadapan sesuatu perkara walaupun kekadang ia memberi kesan yang kurang baik kepada orang di sekeliling. Menjadi ‘cool’ tidak bermaksud bersifat relax kalau melihat sesuatu kebakaran.

Malah dengan berfikir menyeluruh dan segera, maka ia akan menyebabkan sesuatu perkara perlu diambil tindakan segera mengikut kesesuaian. Inilah yang ditekankan dalam berfikir secara sistemik atau menyeluruh atau kaaffah.

Bukan sistemik yang penting, tetapi ingin menjadi kaaffah dalam menghindari terjerat dengan langkah-langkah syaitan.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
3 Syarat layak pujian

Hari ini saya membaca Surah al-Kahf. Apakah kandungan yang boleh ditadabur pada hari ini? Menurut tafsir Quraisy Shihab, kata al-hamd yang...

Close