Setakat mana berfikir positif?

Sudah lama saya tidak mendengar dan menonton ceramah daripada Bro Nouman Ali Khan. Saya amat mengagumi apa yang disampaikannya dan itu juga yang membuatkan saya hadir ke program al-Maghrib yang pertama di Los Angeles – kerana program pertama itu diadakan dengan kerjasama al-Bayyinah Institute yang diterajui Bro Nouman.  Ketika saya menonton klip youtube bertajuk Time, Love, Praiseand Encouragements in Relationships , saya mendapati beliau berbicara tentang sesuatu yang ‘sukar’ atau ‘negatif’. Berfikir tidak positif?

Saya mengaitkan ciri penceramah yang saya kagumi ini dengan berfikir positif. Saya sedang mengkaji beberapa perkara tentang kejayaan, berfikir positif dan berprasangka positif. Dalam diskusi sesi Coaching for Success hari Khamis yang lepas, banyak perkara yang ditimbulkan untuk memastikan seorang coach mampu untuk memahami konsep sukses secara jelas.

Mazhab Positivisme

Salah satu cabaran dalam pemikiran manusia ialah mazhab positivisme. Menurut Wikipedia,

Positivism asserts that the only authentic knowledge is that which is based on sense, experience and positive verification.

Kesinambungan daripada cara berfikir ini, timbul pelbagai hasil baru dalam dunia positivisme. Ada yang menyatakan NLP dan Law of Attraction juga hasil daripada mazhab ini yang percaya bahawa kita perlu berfikir positif untuk mencapai sesuatu kejayaan. Makin positif, makin baik.

Berfikir positif atas positivisme dan wahyu

“Saya ingin berjaya. Saya berfikir positif melihat kejayaan tersebut dari sekarang.”

Apakah baik penyataan di atas? Nampak baik.

“Saya ingin berjaya tapi saya nampak ada cabaran ke sana.”

Apakah baik penyataan di atas? Bagi sesetengah pengamal Law of Attraction, nampak cabaran akan ‘menarik’ cabaran. Jika boleh, elakkan membayangkan cabaran.  Antara teknik yang dikongsikan ialah menyebutkan ‘cancel’ agar tidak terbayang lagi cabaran tersebut.

Bagaimana wahyu Ilahi melihat tentang hakikat kejayaan?

Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa bagi mereka yang rasa perit. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: “Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu”. Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.

Adakah apa yang disampaikan wahyu menunjukkan ‘berfikir negatif’ berkaitan jalan yang akan ditempuh ?

Dalam ayat lain Allah menjelaskan betapa hidup ini penuh dengan ujian.

29:2 Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

Secara jelas, berfikir positif yang melampau akan membawa binasa, tetapi berprasangka positif (berfikir positif dengan masih menjangkakan cabaran) adalah satu cara yang produktif untuk benar-benar mencapai kejayaan. Apabila kita tidak mengjangkakan kepayahan dan kesukaran dalam menuju kejayaan, secara tidak sedar seseorang itu akan mudah menjadi lemah dan lembik dalam menghadapi realiti cabaran.

Orang trauma perlukan harapan positif yang menggunung

Menurut Heidi dalam artikel How “Positive” Thinking Sets You Up To Fail,

Admittedly, there are some people that might experience a benefit from visualizing a positive future or a vision board. People who are depressed, or have very low self-confidence, are more likely to think about obstacles, and only obstacles. They may need to be reminded that a positive future is possible, and a vision board when used hand-in-handwith some realistic thinking and planning, can be an effective tool.


Berprasangka positif pada yang tidak sempurna, berfikir positif pada Maha Sempurna

Berdasarkan kepada beberapa premis di atas dan pelbagai kajian alam serta wahyu, positif perlu diusahakan pada kadar yang tempat. Ketika berada bersama makhluk, kita wajar berprasangka positif kerana banyak perkara yang perlu untuk menjadi 100% positif dan sempurna. Tetapi berfikir positiflah kepada yang menjadikan makhluk kerana Dia Maha Sempurna. Berikan dos pemikiran kritikal yang sesuai untuk semangat positif anda kerana tiada kepastian apa yang kita laksanakan pasti membawa kejayaan 100%. Maha Sempurnalah yang perlu kita percaya.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pengurusan Siang, Pengurusan Malam

Ketika saya menyemak kursus oleh ProductiveMuslim pada bulan Ramadhan 1432 ini, saya kagum. Salah satu topik yang dibicarakan ialah 'Time

Close