3 perkara penting tentang merancang tahun baru


“Aku dah rancang. Tak habis lagi…”
“Dah tahun 2017, tapi belum siap perancangan”
“Dah nak bergerak ni, tapi belum habis perancangan lagi ini. Sibuk sikit…”

Rancang memang penting. Namun ada beberapa disiplin perlu dipatuhi ketika merancang terutama apabila sudah masuk tahun baru. Berikut ialah 3 perkara penting untuk diambil perhatian.

1. Ada masa final

Masa terbaik untuk merancang ialah sebelum deadline atau tarikh akhir untuk mula bertindak. Tahun 2017 bermula 1 Jan 2017. Maka perancangan harus berlaku sebelum 1 Jan 2017. Jika tarikh sudah 4 Jan, masa untuk memuktamadakannya. Jika masih belum siap, itulah perancangan yang perlu diambil tindakan. Tidak perlu siap 100%. Nama pun perancangan. Jika ia siap 100% pada 30 Dis 2017, mana mungkin untuk dilaksanakan sampai siap pada 31 Dis 2017. Masa untuk mengambil keputusan perlu berlaku pada sela masa sesuai. Jangan bertangguh. Sentiasa perlu bersedia walaupun tidak sempurna.

PERHATIAN: Rancanglah elok-elok sebelum masuk tahun baru atau tarikh baru. Tahun baru bukanlah semestinya ‘sacred’ namun ia kayu ukur mudah yang jarang dilupai. Gunakan kesempatan atau ‘milestone’ tersebut.

2. Jangan terganggu dengan perancangan orang lain 

Ada masa kita kecil, ada masa kita lemah. Ada masa kita bergantung kepada orang lain. Apa yang kita rancang akan terkesan dengan orang lain. Bagaimana menguruskan perancangan yang ada kaitan dengan orang lain? Manfaatkan perkataan In sha Allah.

Bagaimana perkataan In Sha Allah berperanan dan amat berkesan? Semua kejayaan dengan izin Allah. Kalau kita asyik bergantung kepada A, realitinya A tidak mampu menentukan kejayaan kita. Justeru, rancang terbaik pada peringkat diri sendiri. Finalkan pada masa tertentu dengan memohon bantuan dari Allah. Apa yang berlaku ialah terbaik selepas kita merancang terbaik dan laksanakan yang terbaik. Jangan pula disebabkan perancangan kita yang lemah menyebabkan kita selalu terlepas ‘train’ kejayaan.

PERHATIAN: Kalau ada orang harapan atau ‘penting’, perlu elakkan ia mengganggu perancangan diri. Maklumkan awal-awal agar individu tersebut lebih sedia. Diri sendiri perlu bertanggungjawab pada kejayaan diri. Yakinlah perancangan diri akan direstui Allah, bukan perlu direstui manusia. Jangan jadikan individu atau organisasi tertentu sebagai tiang yang boleh mengganggu kebaikan yang ingin dilaksanakan.

3. Ambil tindakan segera dan baiki perancangan

Berlumbalah dalam kebaikan. Bersegeralah kepada keampunan Allah. Bukan bersegera kepada perancangan diri sendiri. Apabila keampunan diperoleh, ada ganjaran besar di sini dan di sana.

Utamakan Allah dalam bertindak segera. Asasnya ialah membantu orang lain. Dalam masa yang sama baiki perancangan. Tindakan dan perancangan boleh dibaiki apabila kita berlumba dalam kebaikan. Laksanakan segera tindakan yang mengutamakan Allah dan orang lain.

PERHATIAN: Jangan bernostalgia dengan perancangan yang kemas dan sempurna. Jangan bernostalgia dengan tindakan yang sempurna. Terus baiki hari demi hari. Ada perkara tidak kena, taubat. Jangan teruskan.

Insha Allah ia akan melonjakkan tahun baru anda

 

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Apakah pemerhatian selepas 21 hari BYLP?

Selepas menjalankan 21 hari BYL Premium, beberapa pemerhatian dapat saya kongsikan di sini Ada beberapa orang yang tidak jelas legasi...

Close