Apabila bukan ustaz boleh tadabbur


“Saya bukan ustaz…”

“Saya tak berani, nanti salah, masuk neraka.”

Lantas kerana bukan ustazlah, saya mengimpikan lebih ramai akan mampu tadabbur selepas ini. Mengapa?

Kalau takut salah untuk tadabbur, lebih baik tidak salah kerana tidak tadabbur Quran?

Mari kita renung kalam Allah dalam Surah Fatir:

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; (27) Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (28) Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; (29)

Dalam ayat 28 Surah Fatir, Allah menjelaskan tentang ulama: yang amat rapat dengan ilmu alam dan fenomena membawa kepada Allah (ayat 27). Dalam ayat 29, Allah menjelaskan lagi ciri ulama ialah selalu membaca Quran, solat dan infaq untuk satu bisnes yang tidak akan rugi. Inilah golongan ulama. Melaksanakan Quran, Solat dan Infaq untuk diri sendiri dan menggalakkan orang lain.

Makin baca Quran, patut lebih banyak sujud dan amalan mendekatkan diri kepada Allah

Dalam Surah al-Alaq ayat 1, ‘Bacalah dengan nama Tuhamu..” adalah seruan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Kesannya? Makin banyak sujud dan melaksanakan amalan mendekatkan diri kepada Allah.

Cabaran bukan ustaz ialah tadabbur Quran

Amat banyak ayat berkaitan Quran, solat dan infaq. Orang ramai tidak ada masalah dengan solat dan infaq. Kalau pun ada masalah, ia ada kaitan dengan pakej tidak rugi yang Allah berikan dalam ayat 29 Surah Fatir: Quran, Solat dan Infaq.

Ramai yang berusaha untuk membaca Quran namun tidak faham. Faham Quran bukan sekadar part time malah perlu diusahakan full time.

Fakta yang menarik:

  1. Setiap hari kita menggunakan bahasa Melayu yang banyak perkataan bahasa Arab
  2. Setiap hari paling kurang sejam digunakan untuk solat dalam bahasa Arab

2 fakta ini memberi harapan kepada non-ustaz untuk belajar bahasa Arab dan mula tadabbur Quran secara mendalam. Sistem yang Allah berikan sudah memadai kalau 365 jam kredit digunakan setahun untuk mendalami isi kandungan Quran. Teknik perlu dimudahkan agar harapan itu menjadi kenyataan.

Apa jadi kalau non-ustaz boleh tadabbur al-Quran?

Amat banyak manfaat. Si jurutera dapat ketenangan dalam mengurus pasukan di pelantar minyak. Si doktor akan merawat pesakit dengan kebergantungan kepada Allah yang tinggi. Si bapa akan mendidik anak dengan panduan dari Quran, di samping menguruskan keluarga dengan cara terbaik. Yang pastinya, semua orang akan ada bimbingan Allah.

“Bagaimana ibu boleh hidup tanpa bimbingan Tuhan?” soalan yang menyentak bagi seorang trainer yang umur hampir 50 tahun ketika ke Umrah.

Dunia akan menjadi lebih baik apabila ada orang yang selalu melihat dirinya relevan dengan keperluan Quran.

Tadabbur tazakkur akan menjadikan semua orang relevan untuk menjadikan bumi ini tempat lebih selamat dan bersih untuk generasi akan datang. Dengan tadabbur, setiap orang akan dipandu oleh Allah dalam membina kejayaan. Samada beliau ustaz atau bukan ustaz, kejayaan diperlukan di dunia mahupun ke akhirat.

 

Ya Allah, jadikan kami orang yang dekat dengan Quran, solat dan melaksanakan infaq.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
3 perkara penting tentang merancang tahun baru

"Aku dah rancang. Tak habis lagi..." "Dah tahun 2017, tapi belum siap perancangan" "Dah nak bergerak ni, tapi belum habis...

Close