Bila legasi diperlukan ?

“Buat apa susah-susah, jaga sahaja keperluan sendiri.” tanya Ahmad.

“Keperluan kau siapa yang jaga ?” tanya kawan Ahmad.

Memang benar Tuhan yang menjaga keperluan kita. Namun diutuskan wakil-wakil di atas muka bumi ini untuk ‘menyampaikan’ bantuan kepada diri kita dalam bentuk rezeki dan pelbagai keperluan hidup. Amat menarik kalau utusan itu adalah diri kita – untuk menyebarkan kebaikan dan memberi manfaat kepada seluruh manusia.

Legasi untuk orang lain, untuk diri sendiri

Seorang ibu atau ayah yang bekerja keras untuk mengumpul harta akan mewariskan harta untuk si anak. Jika dikira-kira, manfaat bukan untuk diri. Ia untuk anak. Namun di situ jelas tentang tanggungjawab dan rasa ingin melihat anaknya bahagia.

Dalam membina legasi, kita adalah individu yang ingin melihat ‘anak-anak’ di dunia ini mendapat manfaat. Apabila mereka mendapat manfaat, mereka juga akan memberi kebaikan dan manfaat kepada rakan lain. Dunia akan menjadi tempat yang baik untuk semua – sebelum berpindah ke negeri seterusnya yang dinamakan akhirat.

Di akhirat, legasi itu akan kembali kepada kita semula. Legasi itu akan menjadi sumber pahala yang boleh menjadi sebab untuk kita beroleh nikmat kehidupan di akhirat yang dinamakan syurga.

Bila legasi diperlukan

Untuk orang lain, mereka memerlukan legasi kita di dunia

Bagi diri kita sendiri, kita perlukan legasi itu memberi manfaat apabila tiba di akhirat nanti.

Jika semua orang menanti manfaat dari orang lain tanpa ada usaha untuk membinanya, sudah tentu dunia ini penuh dengan pengemis manfaat kerana merasakan diri tidak mampu untuk memberi manfaat. Legasi itu perlu dibina hari ini untuk kesejahteraan semua.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
2 Pilihan Pendekatan Membuat Keputusan

Banyak perkara kita perlu buat keputusan. Samada kecil atau besar. Ingin beli kereta, perlu pilih dan buat keputusan. Ingin memulakan

Close