Ada yang inginkan legasi di dunia sahaja

“Yang saya inginkan ialah Mercedes dan rumah besar,” kata A.

“Saya ingin beberapa kereta. Satu untuk saya. Yang lain disumbangkan kepada rumah anak yatim,” kata B.

Apa beza antara keduanya ?

Antara legasi di dunia dan legasi di akhirat

Dalam al-Quran, ada dinyatakan individu yang inginkan kebaikan dan kejayaan di dunia sahaja:


Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. (2:200)

Ayat ini menerangkan tradisi orang Arab Jahiliyah yang bangga berkongsi cerita nenek moyang dan tradisi mereka selepas habis menunaikan haji. Malah yang didoakan dalam ibadat mereka ialah untuk mendapatkan habuan di dunia sahaja. Cara berfikir mereka ialah sesuatu yang enak dan menyeronokkan di dunia sahaja – tanpa perlu mengambil kira persediaan di akhirat nanti.

Manakala satu lagi kumpulan berdoa:


Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. (2:201)

Antara kesan berfikir kumpulan Arab Jahiliyyah ialah hanya inginkan nikmat dunia, manakala kumpulan lain yang dipuji oleh Allah ialah yang mengambil kebaikan di dunia dan akhirat. Bagi B dalam dialog awal tadi, apa yang ada di dunia ini perlu diambil dan perlu dibawakan ke akhirat kejayaan atau manfaatnya.

Kita pilih sendiri atau Allah pilihkan?

Persoalan yang timbul dalam ayat di atas bagi yang ingin kebaikan di dunia mahupun akhirat ialah: kita pilih yang terbaik untuk kita atau Allah pilihkan ?

Sewajarnya di peringkat manusia, kita berusaha menganalisis apa yang dicari dengan penuh semangat – bukan sekadar memburu harta tanpa hala tuju.

Namun segala-galanya dengan izin Allah. Dia yang menentukan. Berbanding manusia yang tidak luas ilmu, Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya yang memohon untuk diberi keburukan. Hanya hamba yang tidak memohon sahaja yang tidak diberikan yang terbaik. Jangan pelik kalau kita minta Mercedes dapat pula Kancil kerana ia yang terbaik bagi kita. Namun kerana hidup ini ialah proses, maka kita tetap boleh berusaha untuk mendapatkan Mercedes kerana dalam proses itu sendiri sudah ada pelbagai pendidikan untuk menyiapkan diri kita menerima kejayaan.

Kejayaan terbaik ialah apabila ia mendatangkan manfaat pada diri dan masyarakat sesuai dengan contoh yang ditunjukkan oleh contoh teladan Nabi dan syariat yang diberikan.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Alangkah menariknya mendapat legasi automatik

Tentu menarik kalau kejayaan yang kita ingin bina diperoleh secara automatik. Apabila saya membayangkan saya ada 10 buah kereta, 8

Close