Manusia yang berjaya ialah manusia yang jujur

 

Jika kita melihat formula atau prinsip yang telah lama ditonjolkan oleh Rasulullah s.a.w. sejak baginda dari kecil hinggalah kerasulan baginga, beliau amat berpegang teguh kepada nilai (values) langit yang Maha Hebat. Tidak mustahilah mengapa manusia yang hidup pada zamannya itu mampu merasai kehangatan nilai yang dibawa oleh baginda sehinggakan gelaran al-amiin itu menjadi gelaran yang paling sesuai untuknya.

 

Sejarah baginda dari kecil hinggalah dewasa, dari menjadi si pengembala kambing, sehinggalah menjadi Rasul, baginda tetap memegang teguh dengan nilai langit itu. Kejujuran merupakan nilai yang mempunyai energi amat luar biasa dan sukar untuk dikekalkan di dalam diri manusia biasa. Namun yang demikian, Rasulullah s.a.w. mengatakan kepada seluruh umat ketika itu bahawa baginda adalah manusia biasa seperti mereka, namun, Rasulullah s.a.w. sering melakukan sesuatu perkara itu diluar kebiasaan manusia biasa. Bukankah itu amat hebat sekali?

 

Memang sewajarnya ‘ranking’ atau tahap kedudukan yang diberikan oleh Micheal Hart di dalam bukunya yang bertajuk; 100 tokoh yang berpengaruh di muka bumi itu ialah Muhammad. Mengapa Micheal Hart meletakkan penilaian terhadap Rasulullah s.a.w begitu? Kerana beliau sendiri kagum dan terpaku dengan nilai yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dalam membina tamadun kemanusiaan. Inilah yang nilai langit yang hebat, mempunyai tenaga kecerdasan yang amat luar biasa sama sekali dalam membentuk dan menuju kepada kejayaan yang sebenarnya.

 

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al Ahzab 70-71

 

Wahai orang-orang Yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan Katakanlah perkataan Yang tepat – benar (dalam Segala perkara), supaya ia memberi taufiq Dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah) sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

 

Apakah pengajaran yang kita mampu perolehi dari potongan ayat suci ini? Mari kita lihat formula yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dalam menghantar manusia kepada kejayaan (falah) yang sebenarnya.

 

Menurut komentar Quraish Shihab, ayat ini ada menagatakan bahawa, di dalam ayat ini ada menekankan perkataan sadidan (rujuk bahasa arab dalam al-quran), yang terdiri dari huruf sin dan dal. Menurut pakar bahasa, Ibnu Faris, perkataan tersebut membawa makna meruntuhkan sesuatu kemudian memperbaikinya. Ia juga mambawa maksud istiqamah/ konsisten. Kata ini juga adalah merujuk kepada sasaran yang tepat.

 

Menurut Ibn Asyur lagi, perkataan al qaul  yang terdiri dari perkataan qoff, wau dan dal, adalah merujuk kepada ucapan yang tepat dan benar. Menurutnya lagi, ucapan merupakan satu pintu yang sangat luas baik yang berkaitan dengan kebajikan mahupun keburukan. Terdapat banyak hadits yang menekankan pentingnya memperhatikan lidah dan ucapan-ucapannya.

 

‘ Manusia tidak disungkurkan wajahnya ke neraka kecuali akibat lidah mereka ’

 

‘Allah merahmati seseorang yang mengucapkan kata-kata yang baik sehingga dia memperoleh keberuntungan atau seseorang yang diam sehingga memperoleh keselamatan ’

 

‘ Barangsiapa yang percaya kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia berucap yang baik atau diam’

 

Jelas disini menunjukkan bahawa, mereka yang tepat atau benar dalam kelakuan, kata-kata dan sebagainya, akan mampu menghindari dari kemusnahan. Sebagai contoh, jika ada manusia yang tida jujur dan sering berbohong (selalu tidak menepati sasarannya), maka orang tersebut akan binasa. Thabathaba’I berpendapat bahawa dengan keterbiasaan seseorang mengucapkan kalimah yang tepat, maka ia akan menjauh dari kebohongan, dan tidak juga mengucapkan kata-kata yang mengakibatkan keburukan atau tidak bermanfaat. Seseorang yang telah mantap sifat tersebut pada dirinya, maka perbuatan-perbuatannya pun akan terhindar dari kebohongan dan keburukan dan ini akan melahirkan pekerjaan-pekerjaan, sifat atau kelakuan serta amal-amal soleh yang menuju kepada kebaikan dan kejayaan yang sebenarnya!

 

Inilah energi jujur atau tepat yang terdapat di dalam relung nilai langit ini. Ianya sangat tinggi dan mahal sekali jika diperolehi.

 

Di dalam firman Allah s.w.t. lagi di dalam surah at Taubah, ayat 119

 

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang Yang benar.

 

Allah s.w.t. telah membuat perbezaan yang ketara di antara orang-orang yang bahagia dan sengsara. Allah meletakkan orang  yang bahagia adalah orang yang jujur (benar) dan mereka adalah orang yang tepat dalam menyatakan sesuatu perkara, takut jika perkataannya, perbuatannya serta hidupnya itu tidak menepati apa yang telah digariskan oleh Tuhannya. Golongan kedua pula ialah orang yang sengsara; adalah orang  yang suka berdusta atau menentang risalah. Sering melakukan kezaliman dan kerosakan di muka bumi ini dengan tangan, kaki serta sering menuruti hawa nafsu mereka.

 

Kegagalan akan pasti menjadi milik orang-orang yang tidak jujur pada dirinya sendiri atau ia lebih dikenali sebagai orang-orang munafik. Ciri yang membezakan orang yang jujur dan tidak jujur di dalam perbuatan, perkataan dan sebgaianya ialah sering berkata dusta, tidak menunaikan amanah dan khianat. Kejujuran adalah jambatan kepada keimanan dan lawan kepada kejujuran ialah dusta, yang merupakan kontradiksi di antara syirik dan tauhid (Said Abdul Azim di dalam bukunya Jujurlah, Allah akan Mencintaimu).

Iman dan dusta tidak boleh bertemu dan jika keduanya bertemu, maka salah satunya akan terusir dari dirinya dan hanya satu sahaja yang akan menguasai diri manusia itu, iman atau dusta!

 

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al Munafiqun, ayat 1;

 

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Wahai Muhammad), mereka berkata: "
Kami mengakui Bahawa Sesungguhnya Engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah". dan Allah sememangnya mengetahui Bahawa Engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan Bahawa Sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Lima sebelum lima

Kehidupan umat manusia di dunia kini penuh dengan kesibukan dan penumpuan fokus yang begitu tinggi dengan kerja seharian. Penumpuan terhadap...

Close