Potensi Manusia

Sebentar tadi kita membicarakan berkenaan dengan nasi lemak dan nasi tersebut adalah satu kombinasi dari bahan yang asas lalu menjadikan sifatnya itu sempurna. Jika kombinasi itu berlaku, maka pembeli itu akan tahu bahawa itu adalah nasi lemak yang sempurna. Persoalan saya kepada anda lagi. Apakah potensi yang ada di dalam diri manusia sehinggakan ianya mampu untuk di katakan mansuia yang sempurna?

Manusia sampai ke planet bumi ini, adalah dengan melalui suatu ’kenderaan’ yang cukup hebat dan manusia yang sampai itu adalah dalam keadaan yang sempurna. Bukankah manusia yang sampai di planet yang bernama bumi ini dilengkapi dengan potensi-potensi yang hebat? Apakah potensi itu?

Anologi atau perumpamaan nasi lemak tadi. Keupayaan santan, kacang, timun dan telor mampu menjadikan satu kombinasi yang mempunyai potensi yang cukup melazatkan. Ini membuktikan bahawa si tukang masak telah melakukan satu gabungan yang cukup hebat! Malah si tukang masak itu tadi mampu menjadikan nasi lemak itu terkenal dengan kelazatannya. Ini membuktikan bahawa si tukang masak adalah seorang yang pandai memasak.

Bagaimana dengan gabungan potensi yang ada di dalam diri manusia? Tidakkah itu membuktikan bahawa si Pencipta manusia itu adalah amat hebat sekali? 

Manusia mempunyai beberapa potensi yang cukup hebat. Potensi ini telah diserapkan di dalam diri manusia sejak mereka lahir di dunia ini. Potensi tersebut ialah potensi akal (intelek), badan (fizikal), hati (emosi) dan roh (spiritual). Jika anda mengkaji di dalam ruang antropologi, psikologi dan apa sahaja berkenaan dengan manusia, anda pasti akan menemui istilah Intellectual Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ), Physical Quotient (PQ) dan Spiritual Quotient (SQ). Semua terminologi ini banyak dikaji dan diselidiki dengan kemas dan padat oleh mereka yang berminat dengan potensi manusia, terutamnya di Barat.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Elemen Terpisah

Malaysia amat terkenal dengan ‘nasi lemak’. Anda suka makan nasi lemak? Jika di kampung-kampung, nasi lemak memang tidak susah untuk

Close