Tahap Kecerdasan Intelek (Intellectual Quotient)

Apabila kita bertanya kepada ibubapa yang mempunyai anak, ’Mengapa anda menghantar anak anda ke sekolah?’. Sudah pasti jawapan yang kita akan dengar ialah, ’Agar mereka pandai dan berjaya di masa akan datang’. Bukankah begitu? Begitu juga dengan diri anda, jika saya bertanyakan soalan kepada diri anda. Apakah maksud anda ke universiti? Anda pasti akan menjawab, ’saya ingin menuntut ilmu pengetahuan’.

Mereka yang melanjutkan pengajian mereka di sekolah, universiti dan sebagainya adalah betujuan untuk meningkatkan kecerdasan IQ-nya. Manusia yang lemah adalah mereka yang tidak mempunyai IQ yang baik, malah mereka di anggap manusia yang tidak memberikan sumbangan di dalam pembangunan negara. Tanggapan ini telah berlaku pada abad ke 20 yang mana ketika itu, ujian IQ atau IQ Test menjadi satu kegilaan bagi masyarakat di Eropah. Mereka harus melalui beberapa kajian dan ujian bagi menepati ciri-ciri IQ yang baik. Jika mereka mempunyai IQ yang tinggi, maka mereka layak untuk mendapat pekerjaan. 

Intelligent Quotient telah di temui pada 1905 oleh Alfred Binet. Eksplorasi yang telah dilakukan oleh Binet ini telah menemukan bahawa manusia mempunyai satu tahap kecerdasan yang mampu membawa manusia ke suatu tahap yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Manusia mampu untuk menghafal, mengingat, mengira dan semua perkara yang hebat. Kemudian, kajian IQ ini berkembang malah menjadi satu evolusi yang amat drastik sehinggakan telah lahir satu ujian iaitu dinamakan IQ test tadi. 

IQ Test telah membawa masyarakat di Barat kepada satu tahap pemikiran yang tinggi dan mampu meletakkan seseorang atau individu itu berkembang dari sudut ilmu pengetahuan. Ini disebabkan perkembangan atau revolusi kehidupan Eropah telah berubah-ubah dari satu bentuk revolusi kepada satu revolusi yang lain. Toffler, di dalam bukunya The Third Wave ada mengelaskan beberapa perubahan di dalam dunia Barat menerusi kehidupan mereka. Mereka hidup dari zaman pertanian, berubah kepada zaman atau revolusi industri kemudian beralih kepada revolusi IT dan sehingga hari ini. 

Perubahan kehidupan mereka amat memerlukan kepada revolusi ilmu dalam cara mereka berfikir, bertindak, ilmu pengetahuan dan apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan menurut perubahan tersebut. Kesannya, peningkatan IQ menjadi teras kepada kehidupan mereka, malah mereka amat amat menitik beratkan kehebatan IQ dalam melakukan perubahan.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Tahap Kecerdasan Fizikal (Physical Quotient)

Bagaimana pula dengan tahap kecerdasan fizikal kita? Anda mempunyai kekuatan fizikal? Anda mampu berlari, mendaki, memanjat, berenang dan sebagainya, dengan

Close