Intelligence Environment

Dunia Barat telah meletakkan satu ukuran yang mana ianya sukar bagi dunia lain untuk meletakkan diri mereka setaraf dengan perkembangan ilmu di Barat. Kecerdasan yang dibentuk di dalam persekitaran mereka adalah kecerdasan ilmu pengetahuan yang cukup luas sehinggakan mereka mampu membina satu persekitaran ilmu yang bersifat maya atau elektronik. Hal ini membuktikan bahawa, persekitaran ilmu telah membawa satu perubahan yang besar di dalam membawa agenda dunia dalam sebuah revolusi kehidupan.

Satu buku yang ditulis oleh Toffler, yang bertajuk, Future Shock, ada mengatakan bahawa, 

We are creating a new society. Not changed society. Not extended, larger-than-life version of our present society. But a new society.

Bukankah ini menunjukkan bahawa Barat menyediakan satu persekitaran yang baru dalam mengharungi perkembangan IQ mereka? Mereka turut memastikan IQ masyarakat Barat berkembang dengan adanya persekitaran yang lebih kondusif bagi memastikan perkembangan ilmu pengetahuan (IQ) bertambah. 

Ilmu yang mempunyai istilah ‘sains’ telah membuka banyak minda dikebanyakan masyarakat di Barat dan kesanya pada hari ini, mereka (Barat) mampu menguasi serta mengetuai seluruh pergerakan ilmu sains. Seperti mana kata Francis Baco, Knowledge is power. Hal ini memang tidak dapat dinafikan kerana ia mampu membawa sekumpulan masyarakat dalam mendominasikan keadaan atau berkuasa. Semuanya adalah bermula dengan potensi IQ manusia.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Tahap Kecerdasan Intelek (Intellectual Quotient)

Apabila kita bertanya kepada ibubapa yang mempunyai anak, ’Mengapa anda menghantar anak anda ke sekolah?’. Sudah pasti jawapan yang kita

Close