Islam: Sistem Yang Mengekalkan Universal Values Manusia Sejagat


Bagaimanakah cara untuk memastikan sifat yang fitrah ini (universal value) mampu bertahan lama di dalam diri kita? Apakah formula bagi mengembangkan potensi ini?    Satu perumpamaan yang ingin saya bawakan untuk anda semua:

Sebatang sungai yang sentiasa mengalirkan airnya dari hulu ke hilir. Airnya sangat deras dan sentiasa mengalir membekalkan sumber minuman kepada penduduk kampung di hilir. Namun yang demikian, kadangkala, air sungai tersebut mampu mendatangkan bencana kepada penduduk kampung apabila hujan lebat.

Pada pandangan anda, apakah penyelesaian kepada permasalahan ini? Adakah penduduk kampung di hilir mampu merasakan kedamaian dan keselamatan dari bencana banjir yang besar jika hujan melanda?

Setujukah anda jika saya katakan, kita perlu ada SISTEM pengairan yang efektif. Apakah maksud sistem pengairan yang  efektif? Jika kes di atas tadi, sistem tersebut ialah sistem empangan. Jika sistem empangan itu dibina di kawasan hulu, sudah pasti kawasan kampung di hilir akan selamat dari bahaya akibat banjir. Malah, tujuan pembinaan empangan itu juga mampu melahirkan satu sumber tenaga lain seperti tenaga elektrik (menerusi pembinaan janakuasa turbin).

Islam = Sistem Empangan; Air Sungai = Universal Values

Apakah kaitan sistem empangan dengan sungai? dan apakah pula perhubungan Islam dengan univesal values? Inilah perkara yang pelu kita lihat menerusi dimensi yang sebenar mengenai bagaimanakah untuk mengekalkan universl values ini sentiasa mengalir bagaikan air sungai tadi. Universal Values adalah sifat atau nilai yang dipunyai oleh semua manusia. Selagi mana ianya bernama manusia, maka ia mempunyai potensi untuk merasai universal values di dalam diri mereka. Apakah bukti universal values ini wujud di dalam diri manusia?

Buku yang ditulis oleh Prof. Danah Zohar dan Ian Marshall (beliau menulis tentang Spiritual Quotient) ada menerangkan bahawa,  setiap manusia mempunyai kebolehan dalam memiliki values; nilai kehidupan yang penuh dengan makna. Ianya  mampu dimiliki oleh semua manusia. Kadangkala values itu akan hilang akibat banyak faktor atau tekanan dari luar. Hal ini bermakna, tidak kiralah, siapa pun kita ini, samada muslim, kristien, budha dan apa-apa sahaja, kita mampu mempunyai menyimpan values dalam diri kita.

 

Firman Allah dalam As Sajadah (9)

Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya (nilai). dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur

 

Persoalannya, bagaimanakah  values ini mampu bertahan lama? Apakah formula atau sistem yang mampu memberi tenaga atau mampu mengekalkan values tersebut di dalam diri manusia?

Jika kita kembali kepada cerita sistem pengaliran air tadi; sistem empangan air. Ia dibina untuk mengekalkan dan mengawal pengaliran air sungai yang sentiasa mengalir. Malah, sistem empangan air itu juga mampu memberikan dan mengekalkan jumlah pengaliran air yang berterusan (dalam skala yang selamat). Walaupun keadaan hujan lebat, air yang keluar dari empangan itu tetap kekal dan tidak akan memberi kemudaratan kepada penduduk di hilir.

Situasi banjir besar tidak akan berlaku di hulu  kerana mempunayi sistem empangan yang baik.. Walaupun air sungai tetap mengalir,sistem empangan tersebut mampu mengawalnya dengan baik.

Maka, sistem itulah yang kita amat perlukan untuk memastikan universal values manusia ini terus mengalir dengan baik. Universal values ini diumpamakan seperti air sungai yang sentiasa mengalir dalam diri manusia. Kadangkala ianya ‘banjir’ dan akhirnya membinasakan diri mereka sendiri (zalim). Dan kadangkala universal values di dalam diri manusia itu ‘kering’ dan langsung tidak mengalir!

Apakah SISTEM atau FORMULA yang diperlukan oleh kita untuk memastikan universal values ini mampu terus mengalir di dalam diri kita dengan kadar yang selamat dan berterusan (konsisten)?

Islam = Sistem

Apakah bukti Islam itu adalah satu sistem yang dapat mengekalkan universal values manusia di muka bumi ini? Apakah yang di ajarkan di dalam Islam? Mari kita rujuk kepada RAHSIA rukun Islam.

Rukun Islam; 1. Syahadah 2. Solat 3. Zakat 4. Puasa 5. Haji

Apakah formula/rahsia  yang ada dalam rukun ini?

Inilah rahsia sistem yang telah di ajarkan 1400 tahun dahulu. Universal values dapat dikekalkan dan diperkembangkan menerusi formula Rukun Islam.

Solat 5 waktu

Apakah yang diajarkan dalam solat? Solat adalah ‘training‘ kepada manusia supaya melakukan sesauatu itu berulang-ulang supaya menghasilkan  hasilyang baik. Biasanya perkara atau aktiviti yang dilakukan berulang-ulang kali mampu menghasilkan natijah yang baik. Solat adalah mengekalkan value SABAR, HORMAT dan DISIPLIN. Sabar adalah dalam erti kata sabar dalam melaksanakan sesuatu perkara. Mereka yang sentiasa mengutamakan solat awal, mereka adalah orang yang menekankan value disiplin yang tinggi dan hormat adalah orang yang mampu merasakan kerendahan diri apabila berhadapan dengan Maha Pencipta.

Hadith Qudsi;  Aku hanya menerima solat daripada orang yang merendahkan diri di hadapan keagunganKu, tidak menganiaya makhlukKu dan orang yang sentiasa mengingatiKU, mengasihi orang miskin, musafir, janda dan orang-orang ditimpa musuh

Al-Quran; Sesungguhnya solat itu mampu mencegah dari perbuatan mungkar….Bagaimana solat mampu mencegah diri manusia dari melakukan kejahatan? Ianya akan berlaku jika mereka yang melakukan solat itu mampu menghargai universal values dalam mengerjakan dan menegakkan solat (character building).

 

Puasa & zakat

Dalam sistem puasa dan zakat, ianya juga mampu mengekalkan value SABAR di dalam dir manusia. Puasa dan zakat akan mengekalkan siat sabar ketika melaksanakan perintah tersebut dalam diri mereka sendiri.

Firman Allah di dalam surah At-Taubah; Ambillah dari harta mereka mennjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk). Zakat juga mampu menjadi terapi untuk hati manusia apabila ianya dilakukan secara berterusan.

Hadith Bukhari; Senyum di hadapan saudaramu adalah sedekah, amar ma’aruf dan nahi mungkar ynag engkau lakukan adalah sedekah. Engkau menunjukkan jalan kepada orang yang sesat adalah sedekah. Kesediaanmu menyingkirkan gangguan, duri, dan rintangan dari jalanan adalah sedekah. Menuangkan air dari timbamu ke timba saudaramu adalah sedekah. Kesediaanmu menuntun orang yang penglihatannya tidak terang ada sedekah.

Lihatlah bahawa, puasa dan zakat akan mampu mengekalkan universal values dalam diri manusia apabila mereka faham dan yakin tentang tuntutan di dalam rukun Islam.

Haji

Haji akan meninggalkan kesan yang tinggi dan mendalam ke dalam diri manusia. Hal ini adalah kerana aktiviti semasa mengerjakan haji memerlukan value SABAR. Jika anda tidak melatih sifat universal anda, maka anda pasti tidak mampu menahan perasaan marah terhadap tetamu Allah yang lain.

 

lign=”justify”>Kesimpulannya

 

Islam adalah satu sistem yang mampu menjadi formula untuk mengekalkan universal value yang sebenar di dalam diri manusia. Hal ini amat penting untuk mengetahui, apakah ktia sudah menghayati dan memahami dengan apa yang telah kita imani dalam rukun Islam? atau ianya sekadar menjadi tatapan orang ramai supaya dilihat dari sudut fizikal semata-mata?

Islam adalah satu sistem yang amat luarbiasa dan hebat sekali untuk di amalkan oleh manusia di dunia ini. Ia dirangka khusus untuk mereka yang benar-benar menghargai dan menghayati universal values atau fitrah yang memang dilengkapkan di dalam diri setiap insan.

Firman Allah di dalam surah Taha (74-76)

 

“Sebenarnya sesiapa Yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat sedang ia bersalah maka Sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam Yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup. “Dan sesiapa Yang datang kepadanya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal Yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal Yang tinggi darjatnya:“(Iaitu) Syurga-syurga Yang kekal, Yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan Yang demikian itu ialah balasan orang-orang Yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat”.

Orang yang sukses adalah orang yang mempunyai universal values + Islam = Syurga

Orang yang gagal adalah orang yang mempunyai universal values + ? = zalim diri sendiri

wallahualam

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Hidayah…Mencari Tuhan 2

Aku cuba untuk bertanya pada Hidayah. Tidak pernah aku mendapat mesej sms atau telefon daripada Hidayah sebelum ini. Tapi hari...

Close