Spiritual Universal


Apakah bukti yang menyatakan bahawa nilai spiritual manusia ini sama? Tidak ada sedikitpun berbeza? Bukankah manusia ini mempunyai pelbagai warna kulit, bahasa, cara hidup dan lain-lain lagi? Bahkan ada yang kaya raya, malah ada yang begitu miskin. Bukankah kita ini berbeza dengan manusia lain di muka bumi ini?

Soalan sebegini sebenarnya adalah soalan yang datang dari manusia yang tinggi hidungnya malah tertutup hatinya. Mereka terbelenggu di dalam ritual yang begitu tebal di benak fikiran mereka. Mereka sebenarnya tidak sedar akan hal ini.

 

Surah Ar-Rum (30);

 

 Maka hadapkanlah wajahmu yang lurus kepada Agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya 

 

Mari kita renung sedalam-dalamnya maksud ayat ini. InsyaAllah, saya akan membawakan di dalam ruang ini dengan pelbagai dimensi dan displin ilmu. Kali ini, istilah sains akan menjadikan suatu bukti yang kukuh dalam menyatakan maksud fitrah yang diciptakan di dalam diri manusia itu memang jelas wujud dan terpapar di hadapan mata kita.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Dimensi 99 Asma Ulhusna; Ritual kepada Spiritual

Paradigma di dalam memahami nama-nama Allah menerusi nilai spiritual yang benar memerlukan kepada suatu penghayatan dan kefahaman yang benar-benar tulus....

Close