Membina kekuatan ruh…

Jam kini 4.53 pagi Jumaat 18 April. Saya sedang membaca-baca forum al-Maghrib Institute kerana ada peperiksaan Ulum-ul-Quran pada Sabtu ini. Tetapi ada sesuatu yang menarik:

The Qur’an was revealed in precisely 22.5 years to strengthen the soul of the believers against the disbelievers.

Pastinya sahabah mendapat kesan yang banyak dengan penurunan al-Quran yang berperingkat-peringkat. Walaupun bukan semua mampu untuk berada sepanjang sela masa 22.5 tahun, tetapi ia menjelaskan betapa al-Quran ini amat special. Tidak semestinya perlu ada 22.5 tahun untuk kuat ruuh, tetapi belajarlah dari individu yang mendapat didikan 22.5 tahun tersebut agar kita tidak jauh dari kesungguhan Nabi junjungan. Mengapa?  Siapa yang mendapat didikan 22.5 tahun tersebut?

Abu Bakar…

Beliau masuk Islam sejak awal kerasulan Nabi. Beliau tetap ada selepas Nabi wafat. Sehinggakan kalau ditimbang iman Abu Bakar dengan yang lain, pasti imannya lebih berat. Lantaran didikan Rasulullah. Didikan dari anak muda dan anak menantu yang dikasihi.

Proses itu penting. Yang datang kemudian – tidak sempat 22.5 tahun, perlu belajar teknologi 22.5 dari Abu Bakar.

(Regarding the Companions, may Allah (swt) be pleased with them)
“…their sheikh, their imam, was the Prophet Muhammad (saws) himself.”

Semoga kita mampu belajar dari 22.5 tahun itu. Bukan 22.5 tahunnya secara kuantiti, tetapi kualiti 22.5 tahun turunnya wahyu.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kami perlukan pendapat anda

ST Gallery ada menyediakan ruang untuk komen dan pendapat. Kami amat mengalu-alukan pendapat anda!  Sila klik di sini untuk menghubungi...

Close