Model Follow Up MISG Selepas JM


Selepas Jaulah Murabbi (JM) di kawasan Timur US, banyak pemerhatian yang saya dapat buat. Banyak perkara yang bagus dan banyak perkara yang boleh dibaiki. Perjalanan 2 minggu memang memerlukan ketabahan dan kesungguhan. ALhamdulillah Allah memberi kekuatan itu dan individu di peringkat pimpinan MISG memberi semangat. Namun apakah nasib selepas JM? Akan berlalu seperti angin lalu ? Mungkin tidak.

Berikut ialah cadangan yang sesuai untuk MISG – lantaran bumi US ini amat luas dan amat sukar untuk follow up secara berdepan dan hadir fizikal di setiap tempat. Namun ia bukanlah mustahil pada suatu hari nanti, jika model follow up yang dicadangkan di bawah dapat dilaksanakan.

Apa yang diajar ketika JM?

Ketika JM, ada beberapa tajuk yang dikaji dan dibahaskan. Saya yakin ramai setuju bahawa pencerahan diperoleh ketika program tersebut. Ada yang menyatakan, ‘selepas beberapa belas atau puluh kali halaqa online, kali ini bile diterangkan berdepan, cepat sahaja saya faham tajuk tersebut. Sebelum nie nampak dan dengar, tapi masih blur.’ Inilah kesan komunikasi kurang berkesan di alam maya.

Topik ‘komunikasi’ adalah sesuatu yang diajar secara tidak langsung. Malah inilah topik paling penting yang saya rasakan ketika 2 minggu berkelana. Komunikasi yang berkesan akan membantu peratusan tinggi untuk tarbiah berjaya. Usaha mendidik diri dan masyarakat untuk menjadi individu yang baik dan membaikkan ternyata banyak bergantung kepada komunikasi yang efektif.

Jadi bagi mereka yang tidak mengikuti program JM yang lepas, anda masih berpeluang untuk mengetahui dan mendapatkan bahan yang sama atau mungkin lebih baik. Syaratnya: komunikasi perlu dibaiki antara penyampai dan penerima.

Model Follow Up Selepas JM

Jadi apa yang perlu dilaksanakan selepas JM? Saya yakin ramai tidak pasti. Ada juga yang berpendapat ‘sila beri laporan tentang aktiviti kampus anda.’ ‘Berikan apakah yang anda telah buat berkaitan usrah dan dakwah di kampus anda sekarang’. Namun semua itu kurang tepat. Saya mungkin tidak menyatakan secara jelas. Jadi saya sampaikan dan komunikasikan secara jelas di sini. Moga-moga semua peserta JM dan bukan peserta faham secara jelas.

Apa yang saya ingin follow up selepas JM ialah perkembangan diri anda. ANDA. Bukan rakan-rakan, lujnah MISG, persatuan atau program anda. Saya ingin follow up perkembangan diri anda.

Sepanjang saya ber-JM, saya ingin berkenalan dan mengenali diri anda. Ada yang saya sempat beberapa jam. Ada yang saya sempat beberapa puluh jam. Ada yang beberapa hari samada ketika program atau bermusafir. Yang penting saya ingin berkenalan – belajar dari anda. Itulah tujuan saya ber-JM. Kalau nak mengajar anda ketika beberapa hari program tersebut, amat sedikit masa dan bahan yang dapat disampaikan. Hal tarbiah bukan hanya dalam 2, 3 hari. Seperti saya nyatakan kepada peserta JM di Stevens, selepas JM ini ialah saat commencement bagi anda. Saat awal. Langkah bermula. al-Muntalaq.

Setelah berbincang dan berfikir, saya nampak model follow up selepas JM adalah begini :

Saya cari beberapa wakil dari pimpinan MISG – qiadah.

Beberapa orang wakil ini akan membantu beberapa orang penggerak setiap orang.

Penggerak akan menyampaikan ilmu dan amal kepada ahli-ahli MISG di kampus masing-masing.

Saya –> Beberapa orang Qiadah –> Penggerak –> Ahli MISG

Anda di mana ?

Jadi anda di mana? Saya? Beberapa orang Qiadah? Penggerak? Ahli MISG ?

Kalau anda adalah Saya – yang diterbangkan 2 minggu ke East, anda mempunyai tugas amat besar dan berat. Doakanlah Saya untuk thabat dan dikuatkan oleh Allah. Bantulah Saya.

Jika anda ada ialah Beberapa Orang Qiadah, anda adalah wakil. Anda adalah harapan untuk meneruskan kerja serius untuk mendidik ini. Dapatkan input dari Saya. Sampaikan kepada Penggerak.

Jika anda ialah Penggerak, sila sampaikan kepada ahli MISG di kampus anda. Sebelum anda sampaikan, pastikan anda telah difollow up oleh Beberapa orang Qiadah yang mengikuti sistem follow up Saya.

Saya tidak mampu untuk follow up semua peringkat. Kita berkerjasama, barulah target kita akan mudah dilaksanakan dengan izin-Nya.

Disiplin Beberapa Orang Qiadah – Mutarabbi

Apabila anda menjadi individu yang ditarbiah, anda adalah mutarabbi. Dalam bahasa Arab, si pendidik digelar murabbi.

Apa beza antara murabbi dan mualim? Mualim mengajarkan ilmu sahaja. Tiada follow up. Namun murabbi berperanan to educate, to grow, to nurture. Si murabbi tidak akan meninggalkan si mutarabbi terkapai-kapai. Selagi si murabbi dan mutarabbi masih atas akad untuk sentiasa mendidik-dididik, maka selagi itulah proses pendidikan ini berjalan.

Dalam tradisi Islam dahulu, murabbi-mutarabbi ini ada akad dan disiplin tersendiri. Nabi Muhammad sebagai murabbi meletakkan beberapa disiplin kepada sahabat yang menjadi mutarabbi-nya. Murabbi dan mutarabbi tidaklah lebih mulia antara satu sama lain. Hubungan ini adalah berasaskan kepada tanggungjawab sesama sendiri untuk menjadi golongan rabbani yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. (Surah ali Imran ayat 79)

“Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya”

Antara disiplin yang saya perhatikan perlu ada ialah:

1) Bersedia melaksanakan apa yang diamanahkan

2) Bersedia meninggalkan apa yang diamanahkan

3) Bersedia untuk diri dididik oleh si murabbi – selagi akad ini tidak dipecahkan

Jika 3 perkara ini tidak dipenuhi, hasil daripada proses follow up ini akan berkurang atau tidak berkesan sama sekali. Jika MISG ingin terus gagah ke hadapan dengan core business untuk mendidik manusia mendekati Allah di dunia dan akhirat, sudah tentu model ini perlu dilaksanakan dengan baik. Jika anda berminat untuk menyertainya, sila ambil tindakan berikut:

1) Sila isi borang di sini http://kmcportal.com/subscribe.htm

2) Sila ikuti info dan tindakan yang perlu dilaksanakan.

Kalau anda tidak memulakan langkah dengan lebih serius dan berpanduan, anda mungkin tidak mampu untuk membina panduan dan meneruskan langkah lebih payah pada masa akan datang. Mendidik hati manusia bukan dalam masa 2-3 hari, tetapi ia memakan masa yang panjang. Namun ganjarannya di sisi Allah amat besar. Hatta Nabi mendapat didikan dari Jibril – biarpun boleh sahaja Nabi memohon didikan direct dari Allah. Siapalah kita tidak perlu dididik oleh sang guru…

Facebook Comments:

19 Comments

  1. syahirfuad says:

    Ana bersetuju dengan model follow-up yang dicadangkan oleh akhi.

    Cuma di sini, apa yang menjadi concern, siapakah mereka di dalam setiap tingkat model follow-up itu? Beberapa qiadah? Penggerak? Ahli MISG? Apakah terdapat certain criteria yang akan di evaluate oleh akhi bagi meletakkan kami di peringkat tertentu?

    Moga mendapat pencerahan berkenaan isu tersebut. =)

    • al-muntalaq says:

      Kriteria tersebut berdasarkan status yang ada skrg. Tidak ada kriteria tertentu. Cuma mana yang mudah akses antara murabbi-mutarabbi, maka itu akan menjadi sistemnya.

  2. nass_sare says:

    bismillah,

    Apa yang akhi nak buat memang dapat dilaksanakan dengan syarat ada kumpulan yang ikhlas dan komited dalam dakwah ini. Saya lihat dalam qiyadah memang ada orang2 yang demikian. walaubagaimanapun, marilah sama2 kita doakan dakwah kita berjalan lancar. Janganlah mengharapkan akhi fazrul sahaja.

    Banyak resources yang boleh di akses dengan hanya klik. halaltube.com blog saifulislam.com, al-muntalaq dan sebagainya yang boleh kita jadikan panduan untuk tarbiyah diri. Kita ada hamza yusuf, abu ammar, siraj wahaj mengajar kpd kita. Dengan ini saya nak berkempen kepada sahabat2 sekalian “satu ceramah/artikel satu hari” tajuk2 yang anda rasakan penting untuk diri anda.

    wasalam

  3. iliamirah says:

    Salam,

    Jaulah Murabbi memang sangat bermakna. Tambahan lagi, itu adalah aktiviti terakhir saya besama MISG di USA.

    Tetapi, untuk menyampaikan apa yang saya dapat bukanlah mudah dan bukanlah senang untuk dilakukan melalui percakapan. Dan bukan mudah membuat orang mendengar dengan teliti jika kita sampaikan perkara-perkara begini. Setakat ini bagi saya, jika masih belum mampu untuk menyampaikan secara lisan, kita masih boleh mempraktikkan apa yang dipelajari melalui perbuatan.

    Contohnya, sikap kita apabila melayan kawan dan keluarga (adakah kita menjalankan sebaiknya? adakah kita tidak menyakiti kawan kita? adakah kita mempunyai perasaan menjatuhkan kawan kita? are we being truthful to our parents?)

    Selain itu, adakah kita amanah ketika menjalankan kerja-kerja seharian kita? ataupun kita curi tulang? adakah kita menggunakan duit tajaan dengan baik?. Treatment kita kepada orang sekeliling bagaimana? Are we hurting anybody?

    SIKAP kita ini penting kerana ini merupakan “attraction” kita yang membuat orang akan lebih mendengar apa yang kita katakan.

    Namun, kalau tidak mampu juga dengan semua itu. Kita boleh mulakan dengan menanam “awareness” tentang apa yang kita telah pelajari. Kesedaran ini membuat kita melihat benda dengan perspektif yang lain. Perspektif yang akan membuat kita kembali kepada Islam. (Makes you see things in Islamic way which makes you act towards the things Islamically).

    Dari JM, kata-kata Akh Fazrul yang paling saya suka ialah “LEARN AS WE PROCEED AND AS WE TAKE ACTION” yang dikatakan semasa sessi “Business and E-Commerce” sebagai jawapan kepada soalan Sister Azie iaitu “Adakan penting untuk kita menuntu ilmu dan mengetahui hukum-hakam dalam perniagaan barulah memulakan business? ataupun start business dulu barulah belajar hukum-hakam?”.

    Mengikut pendapat saya, “LEARN AS WE PROCEED AND AS WE TAKE ACTION” patut direalisasikan dalam Usrah juga. (Kerana bagi saya, untuk duduk dalam usrah dan mendengar apa yang Naqibah sampaikan adalah perkara yang sangat mudah dan tidak memerlukan banyak “effort”. Tapi untuk melakukan apa yang disampaikan amatlah “challenging” dan memerlukan “effort” yang banyak.

    Contohnya, kita boleh saja mendengar sebanyak mana usrah yang menyarankan bersihkan hati, jadi orang baik dan selalu bertaubat. Tapi untuk kita menjaga hati kawan, menolong orang susah, tidak menipu, tidak buang masa, menyayangi anak yatim, amanah dalam tanggungjawab dan menghormati orang lain…..bukanlah mudah dibuat. Dan kebanyakan Muslim tidak melakukannya.

    Jadi, selamat berjuang dan meneruskan usaha anda semua. Semoga saya juga dapat membuat benda yang sama.

    >Reading and learning will create awareness.
    >Awareness will trigger you mind.
    >Your mind will make you want to know the truth.
    >Truth will justify your mind and lead to the right action.
    >Action will make your reading and learning worth it.

    Ili Amirah

  4. Nurultini says:

    Bismillahirrahmanirrahim…

    Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih berpeluang untuk menambah ilmu dan meperbaiki diri. Model follow up ini adalah satu medium komunikasi yg sangat sesuai untuk saya mendapat input baru melalui pembacaan artikel dan posts yang menarik, membincangkan sesuatu isu dan mendapat pandangan yang berbeza dari pelbagai pihak. Secara generalnya, saya suka untuk melihat model ini lebih kepada satu sistem kelas, kerana adanya pendidik yang memberi ilmu, assignment melalui pembacaan dan medium komunikasi untuk bertanya soalan. Jadi sistem yang teratur sepert ini akan memudahkan saya sebagai “pelajar” untuk mengikuti setiap ilmu yg disampaikan dengan lebih sistematik, seterusnya membantu untuk lebih berdisiplin dan istiqamah untuk memperbaik diri sendiri sebelum menolong orang lain.

    Terima kasih kepada akhi Fazrul kerana sudi meluangkan masa untuk mengajar dan memantau kami agar usaha dakwah kita semua dapat dijalankan sebaiknya dan moga segala usaha ini akan sentiasa diberkati dan dimudahkan oleh Allah…
    Ameen…

  5. Zainal says:

    Assalamualaikum.

    Sebenarnya, ana masih kurang jelas dengan sistem follow up ini. Apakah yang perlu dilaporkan kepada akhi Fazrul? Diamanakah laporan tersebut akan diberikan? Berhubung pula kepada soalan akhi Syahir, bagaimana kita ingin tahu kita di peringkat mana?

    Wasalam

    • al-muntalaq says:

      Begini ye ..

      Fokus kita sekarang ialah menguatkan diri masing-masing.

      1. Apa yang perlu dilaporkan? Sebelum melapor, sila laksanakan beberapa cadangan yang ana berikan kepada setiap individu dalam email yang diberi (follow up JM atau fjm@getresponse.com). Laksanakan cadangan tersebut. Kalau perlu lapor, sila lapor. Kalau perlu share, sila share. Kalau perlu jawab soalan, sila jawab soalan.
      2. Diskusi dan laporal personal / customized di sampaikan di thread masing2 di Langkah Bermula. http://kmcforum.com/v1/forumdisplay.php?f=213
      Bacaan dan diskusi umum di thread Forum Kejayaan Total. http://kmcforum.com/v1/forumdisplay.php?f=199
      3. Bagaimana nak tahu kita di peringkat mana? Setakat ini, ana memilih seorang wakil qiadah yang menjaga tarbiah – Imran TY, wakil bro Eastern dalam JM – akh Syahir dan wakil sis Eastern JM – Sis Azie. Mereka adalah ‘Beberapa orang Qiadah’ setakat ini. Mungkin akan ditambah lagi.
      Manakala selain dari itu, semua qiadah dan penggerak lain dikategorikan sebagai ‘Penggerak’. Manakala kalau mana-mana individu sekadar menjadi ahli biasa, anda dikategorikan sebagai ‘Ahli MISG’

      Jadi kalau enta di bahagian Penggerak, sila tanya kepada ‘Beberapa orang Penggerak’ atau boleh juga merujuk kepada ‘Saya’ .

  6. Wan Ahmad Wan Khalil says:

    Nice juga cara pendatbiran ini. Menyenangkan semua org, setiap orang tahu tugasannya dan tahu kemanakah tempat nak minta bantuan. Cuma “saya” jelah tak ada tempat nak minta pandangan. tak pe, “saya” dah banyak pengalaman =)

    • al-muntalaq says:

      ‘Saya’ kena belajar dan jumpa pelbagai ‘SAYA’ lain untuk mengembangkan ilmu dan amal. Doakanlah ‘Saya’ untuk lebih rapat dan dapat cedok ilmu dengan masyayeikh yang ada di tempat tinggal ‘Saya’ ye ?

  7. Hanis says:

    salam.

    saya dapt bnyak pengajaran dari JM lepas. terima kasih kepada sesiapa yang terlibat.
    baca thread ni baru tawu macam mana nk ikut follow up tu 🙂

  8. farhan_wahab says:

    salam,
    sebagai seorang ahli MISG yang tidak menyertai JM, saya masih sangat la blur ke arah mana saya mahu pandukan diri ini denagn hanya membaca artikel2 di forum..turutan artikel mana yang perlu dibaca dulu juga masih kabur.

    tapi sekruang-kurangnya langkah pertama iaitu menyertai dan mendaftar di forum telah dilaksanakan 🙂

    saya setuju..komunikasi antara penerima dan pemberi perlu dikemaskan..
    Di tengah kekaburan ini, saya benar2 berharap ada video atau rakaman mp3 yang mampu memberi saya sedikit idea tentang JM selain dari menelaah artikel2 di forum..

  9. ansari says:

    saya sangat setuju dengan mengembangkan potensi diri sendiri dahulu. Ini tak pula bermakna kerana hendak fokus kepada perkembangan diri sendiri, kita tidak menghiraukan langsung usaha untuk berdakwah kepada yang lain. Sebagai contoh, saya gemar berada dalam usrah yang ‘critical’. Semua ahli mampu untuk mempersoalkan material yang dibincangkan, meskipun ahli tersebut tidak banyak menambah ilmu agama semasa berada di US, tetapi berdasarkan ilmu yang dipelajari di sekolah. Ataupun ahli tersebut peka dengan isu semasa tetapi kurang peka terhadap isu umat Islam, tetapi kerana rancaknya perbincangan, dia tidak segan untuk menyuarakan pendapatnya.

    Maka, sebagai fasilitator usrah tersebut, kita bertanggungjawab untuk mengukuhkan ilmu sendiri. Mampu untuk memberi pendapat, membuat kesimpulan yang baik daripada pelbagai sudut pendapat yang dibincangkan.

    Sudah tentu, jika tidak tahu, menjawab ‘saya tidak tahu’ pun merupakan jawapan yang valid, sepertimana yang diamalkan oleh Imam Malik apabila beliau tidak punyai jawapan yang diyakininya. Tetapi, adakah selama-lamanya kita akan menggunakan ‘tidak tahu’ sebagai jawapan, walhal kita masih punya peluang yang banyak untuk belajar ilmu agama? Lambat laun, mungkin kita akan kehilangan anak usrah.. tetapi pada masa yang sama, kita juga tidak mahu memberikan jawapan yang tidak tepat. Mungkin jawapan tersebut akan disebar2kan oleh anak usrah, maka kesilapan tersebut tersebar luas kepada org lain. Kita tidak mahu itu terjadi.

    Point saya terakhir, menulis dari pengalaman sendiri, saya sedar bahwa wpun seseorang itu kerap mendengar ceramah agama, dia mampu mendapatkan manfaat yang maksimum drpd ceramah hanya apabila dia faham asas kepada ilmu tersebut. Contohnya, jika penceramah bercakap tentang usaha pengumpulan al-Quran oleh Abu Bakr yang dicadangkan oleh Umar, mungkin kita boleh kaitkan dengan Umar yang banyak memperkenalkan konsep baru lain untuk maslahah umat yang tidak ada pada zaman Rasulullah seperti jizyah. Begitu juga dengan pengumpulan al-Quran, sebelumnya ramai huffaz yang tidak menulis ayat2 tersebut di lebaran. Itu usaha baru.

    wallahua’lam

  10. Pensel Kayu says:

    salam…
    sukar sekali melaksanakan apa yg dicanangkan ketika JM lepas. Semasa Akhi Fazrul mintak pandangan/pendapat ramai ttg usaha2 yg boleh dilakukan/follow-up dan sebagainya, masing2 berapi-api menyatakan itu dan ini, termasuklah ana sendiri. Tapi keazaman dan semangat tu semakin pudar. Agak-agak kenapa ye? Adakah perlu tingkatkan tarbiyah dzatiyah? Adakah perlu mendalami ilmu Islam sebanyak2nya? Perlukah diadakan liqa’ setiap hari utk sentiasa mengingatkan antara satu sama lain?

    • al-muntalaq says:

      Itulah cabaran teori dan praktis. Bukan mudah untuk klik resonan antara keduanya. Kerana dalam program, ia hanya di minda. Tenaga yang diperlukan ketika beramal adalah lebih lagi diperlukan. Itulah perlunya hidayah. Hidayah faham dalam program satu hal. Hidayah untuk beramal adalah perkara lain. Tidak semestinya liqa’ harian. Namun ia memerlukan tarbiah dzatiah yang mantap. Itu memerlukan mujahadah. Habis program, kita ada ilmu. Kalau tak beramal, kita akan dimurkai. Lantas ubat untuk penyakit ini ialah mujahadah. Mujahadah ada kaitan dengan tarbiah dzatiah. Adanya naqib atau murabbi yang ditaati dan mampu membimbing akan memberi kesan berbeza dengan amal sendirian atau tanpa murabbi.

  11. eTzaTiey says:

    alhamdulillah akh Fazrul.
    anda telah menyuntik semangat sy utk men’charge’ kembali semangat sy menyeimbangkan komitmen dengan tanggungjawab da’wah.
    doakan saya istiqamah ya.

    • etzatiey says:

      ustaz,
      depat ‘langkah bermula’ follow up tu,
      kena update setiap hari selama 40 hari ke?
      lepas tu kita nk tulis kebanyakannya psl diri sendiri eh?

      *takut silap forum je ni

      • al-muntalaq says:

        tak semestinya 40 hari berturut2..tapi kalau dapat disiplinkan pun bagus..terutama kalau ingin mendalami any skill untuk memantapkan diri dan mengajak rakan lain..boleh request any relevant topic..dan ana akan bantu mana yang mampu insha-allah

Leave a Comment

Read previous post:
Solat Jumaat sebelum waktunya

Hidup di US ni memang lain dari hidup di Malaysia. Peratusan populasi muslim bermazhab Syafie adalah kurang berbanding di Malaysia....

Close