Murid mereka POWERFUL

Jika dikaji secara sistemik, persoalan ini akan timbul:

gurumurid.png

Anak murid adalah satu komponen. Komponen lain ialah si gurunya, ajaran/ ilmunya. Yang paling penting ialah izin dari Allah. 

Mari kita lihat satu persatu hal ini.

Sebelum melihat si anak murid, lihat gurunya 

Si guru mungkin ada ilmu tetapi mungkin tidak cukup fokus pada si anak muridnya. Si guru mungkin tidak membina si anak murid sehingga betul-betul independence untuk membawa ilmu yang diberikan. Si guru mungkin tidak cukup kaliber atau tidak mendapat pengiktirafan. Banyak faktor yang menyebabkan si anak murid ‘tidak menjadi’.

Tetapi ini adalah muhasabah untuk si guru. Dalam berfikir secara menyeluruh, kita tidak akan meletakkan status  kita sebagai guru padahal kitalah pelajar tersebut. Jika tidak, kita akan menyalah si guru dan menyatakan guru ini banyak silapnya dan mempengaruhi saya. Secara tidak langsung, ia memberi maksud si anak murid mudah sangat dipengaruhi si guru ‘yang banyak silap’ dan ini membuktikan si anak murid memang ‘kurang menjadi’. Benarlah kata-kata Imam Muhammad ash-Shareef.

Memang ada guru / ilmu yang tidak jauh ke mana 

Memang dalam kita melihat guru-guru yang ada samada mengajar ilmu Islam atau ilmu subjek lain, ada yang tidak ke mana. Namun realitinya ajaran Rasyad Khalafa’, pembawa ajaran sesat di Arizona berhubung isu al-Quran itu masih wujud masjidnya sehingga sekarang!

Persoalan: Adakah kalau kita membawa kebenaran, ingin kita biarkan ia ‘kalah’ dengan ajaran Nabi palsu tersebut? Tentu tidak. Atas dasar itu, sebagai anak murid, kita akan bersungguh-sungguh dan tidak mahu menjadi anak murid ‘tidak menjadi’.

Pemerhatian pada al-Maghrib Institute. 

Jika anda ada kesempatan untuk melawat laman al-Maghrib Institute dan laman rangkaiannya, pasti anda akan tertanya-tanya, berapa ramai staf organisasi ini. Berikut ialah laman-laman berkaitan dan banyak lagi yang tidak tersenarai:

 

Tenaga utama dan sepenuh masa tidak lebih 10 atau 15 orang! Tentu tenaga seramai 10-15 orang ini tidak mampu membina web ini apatah lagi untuk menghidupkan aktivitinya tanpa ada anak murid yang dedikasi. Dan ia baru bermula sejak 2001. Pelajarnya amat ramai melebihi 50,000 orang. Merekalah pelajar yang berdedikasi. 

Mampukah kita menjadi anak murid yang dedikasi bukan kerana tuan gurunya tetapi kerana ilmu yang ingin disampaikan? Tepuk dada tanya iman… Agar kita menjadi anak murid dedikasi bukan sahaja untuk satu sumber ilmu malah untuk beribu-ribu guru…Itulah yang ditunjukkan oleh para ulama zaman dahulu yang berjuang di jalan agama.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Membina kekuatan ruh…

Jam kini 4.53 pagi Jumaat 18 April. Saya sedang membaca-baca forum al-Maghrib Institute kerana ada peperiksaan Ulum-ul-Quran pada Sabtu ini....

Close