Dunia ideal bukan untuk mereka

Dunia ideal adalah dunia yang mengambil kira yang terbaik dalam segenap aspek kehidupan. Memang ia amat sukar dicapai. Namun, sebelum kita membincangkan boleh atau tidak kita mencapai ideal, apakah kayu ukur kita untuk menilai sesuatu itu ideal atau tidak?

Ada manusia yang menyatakan 'ideal' itu maksudnya:

  1. Sempurna di mana fizikalnya sempurna, emosi sempurna, intelek sempurna dan segala-galanya sempurna. Ini banyak dipegang oleh individu namun ia jauh dari realiti.
  2. Ideal apabila bersesuaian dengan norma atau kebiasaan masyarakat. Kalau masyarakat itu kurang membaca, maka ideal apabila anda membaca walaupun hanya surat khabar atau bahan bacaan picisan.
  3. Ideal yang sesuai dengan penilaian Tuhan berdasarkan panduan Quran dan Sunnah. Inilah sebenarnya amalan dunia ideal di atas alam ini. Dunia ideal selepas ini ialah syurga. Kalau kita tidak suka hidup di dunia dan berputus asa kerana idealnya tak sama dengan di syurga, itu bukanlah kaedah yang terbaik dalam menghadapi dunia seharian.

Jadi tidak ramai yang memahami realiti ideal dari Allah. Ia memerlukan ilmu yang tinggi. Oleh itu, kalau ada individu yang menyatakan 'awak nie ideal sangatlah', tanya pada dia 'mengikut acuan Allah? Kalau ideal tu, memang saya nak sangat. Takpelah kalau orang  kata saya gila. Lagikan Nabi pernah ditohmah gila. Apatah lagi saya yang tak de apa-apa nie'.

Jadilah manusia ideal di sisi Tuhan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.  Jangan pelik kalau ada orang mengutuk anda dengan 'ideal' apabila anda mengikut perintah Yang Maha Esa. Dunia ideal bukan untuk mereka…

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kisah Penerjun Payung Terjun

Pernah saya dengar suatu cerita dari kawan saya. Beliau menceritakan kepada saya berkenaan dengan si penerjun payung terjun di US.

Close